.

Friday, November 28, 2014

Perempuan dah kahwin vs perempuan single...

Hari ni aku amik cuti 'khas', penat weh...hari-hari balik 2-3 pagi. Ikutkan cuti ganti berlambak-lambak tak berganti lagi, tapi tak apalah pelan-pelan aku langsaikan nanti hehehe.

Lepas Subuh, telan ubat, mesin kain, vacuum ruang tamu dan semua bilik, aku sambung tido. Huish...nikmatnya tido dengan peluh-peluh melekit kat badan. Arghhh...sapa peduli pun 'kan, dok sorang-sorang dalam rumah tak ada siapa tahu aku tak mandi lagi (melainkan aku gigih p up status kat fb/ig bahawasanya aku tak mandi pagi wakakakaka!).

Dalam 2 jam jugak aku bantai tido, sedar-sedar pun matahari suluh biji mata. So, nak tak nak kena 'lah bangun. Mandi, masak dan lain-lain. Jam 3pm, bersiap-siap nak keluar date dengan 'geng ibu-ibu' kat Festival City, KL. Alah, dekat je dgn rumah...drive tak sampai 10 minit dah sampai, kadang kalau rajin aku naik teksi jek...ekekeke!

Dekat jam 4pm barulah muncul muka geng yang beria ajak lepak sampai tak menyempat-nyempat tunggu Sabtu/Ahad!!! Petang ni, aku ada Ninie dan Opie. Dalam kami bertiga, cuma Ninie je yang dah ibu-ibu... aku dan Opie masih diberi peluang bawak badan sendiri je hehehe.

Percakapan petang ni dimulai dengan mood emo si Ninie yang asyik merunggut itu ini pasal anak/hubby dia. Si Opie yang memang terkenal kaki mengusik asyik kena siku, tendang kaki dek aku gara-gara gigih nak membahan orang yang tengah emo. Giler...orang emo diajak bercanda, cari penyakit namanya.

Lepas bernanah telinga mendengar omelan si Ninie, akhirnya aku masuk jarum. Bukan apa, tak nak dia melalui sampai ke part2 yang tak sepatutnya diceritakan kat orang. Hal 'dalam kain' jangan gigih sangat nak selak depan orang. Lagipun, aku nampak air muka Opie yang tak betah lagi dengar bebelan Ninie yang mengalahkan mak mentua bergosip pasal menantunya yang pemalas tahap diva!

 

Apa halnya si Ninie?
Biasa, cerita seorang wanita dah berkahwin yang stress tak ada masa nak pergi salon, spa, nonton movie, tido sampai matahari tegak (macam aku buat hari ni...ehehehe) dan banyak lagi la aktiviti terpaksa dikorbankan demi menguruskan suami dan anak.

Iya, kehidupan wanita berkahwin ni memang jauh beza dengan wanita bujang. Tak sama lagi, jangan beranganlah nak kembali ke masa lalumu ye! Umur 24 dah kawin, dapat anak sulong setahun kemudian...bagi aku kehidupan Ninie berjalan dengan lancar berbanding beberapa teman aku yang lain, mereka masih mengharap zuriat yang entah bila dapatnya walau dah bertahun-tahun kahwin.

Masuk anak kedua, Ninie nekad resign daripada kerjaya yang dicintainya demi suami dan anak-anak. Pada awalnya, aku nampak dia sangat happy dengan keputusannya tu. Katanya;

Aku seronok sangat sekarang ni, tak payah nak terkejar-kejar masa. Tak ada dah balik penat-penat kena masak, urus anak-anak. Boleh bercuti sekeluarga bila-bila masa je, kalau balik kampung time raya tu tak payah gaduh dah. Cutilah banyak hari pun, aku lagi suka!"

Macam tu 'lah lebih kurang kata Ninie depan aku dengan muka bahagia dan cerianya sambil memangku anak kedua dia. Sayangnya, baru dua tahun jadi suri rumah sepenuh masa dia dah merungut berbakul-bakul. Aku nampak (daripada luahannya) banyak benda macam tak kena dan selesa di mata hati Ninie.

Dah kenapa pulak si Ninie tu?
"Korang bayangkan, aku kat rumah huru-hara dengan anak-anak, dia (merujuk kepada hubbynya) suka-suka hati balik lambat. Alasan, lepak dengan kawan sekejap. Bukan sekejap masalahnya, berjam-jam. Dari 6pm ke 9pm, tak waras lagi ke kalau aku naik hantu?

Aku ni, seharian dengan anak-anak. Bila habis office hour tu harapnya dia balik terus, boleh ganti aku jagakan anak-anak. Aku nak rehat jugak, tapi korang tau dia cakap apa? Aku yang 24 jam dok kat rumah ni pun sibuk nak berehat bagai ke? Kenapa nak kacau masa dia? Korang rasa waras tak kalau aku senyum je dengar cakap dia yang macam g*&%$g tu?

Apa dia ingat, aku dok rumah goyang kaki. Lepas makan, tengok tv...tido! Dia lupa ke apa, aku kena jaga dua hero dia yang masyaAllah, seminit pun tak reti duduk diam! Aku stress wey...serius aku stress. Time aku kerja dulu, taklah stress macam ni. Aku dah tak tahan lagi nak hadap semua ni, aku rasa macam orang gaji dia je. Dia balik kerja, makan, tengok tv...layan group whatsapp...tido. Aku?"

 

Bila si Opie mencelah...
"Ko jangan pikir yang pelik-peliklah, Ninie. Chill je, adatlah dah kawin memang sibuk."

Tak semena-mena, kena sergahlah

"Ko senanglah cakap, hidup ko simple je. Pergi kerja balik kerja, lapar makan bungkus, kain baju hantar dobi. Senang, 'kan! Pasal kawin ni bukan ko reti satu pun! Esok-esok ko dapat laki, rasalah ko!"

Time Opie nak smash bola tanggung daripada Ninie tu, aku cepat-cepat sepak kaki dia. Pelan-pelan aku whatsapp budak bertuah tu.

"Orang tengah emo jangan ko bakar, kang terbakar Festival City ni sapa nak jawab?"

Opie kulum sengih kerangnya. Nampak imut-imut (comel) je, tapi reaksi Opie tu cukup panas di mata Ninie yang superemo petang ni!

"Aku nak kerja balik, anak-anak hantar ke nursery. Dia ingat, dia sorang je ada kawan-kawan, ada kerjaya. Tunggulah aku dapat kerja sok, biar dia pulak jaga anak - aku melepak dengan kawan-kawan! Hurghhh!"

 

Opie berbunyi lagi...hok'aloh!
"Ko tak takut ke, sekarang banyak kes pasal nursery ... babysitter. Kang tak pasal-pasal..."

"Biar dia pikirlah! Aku malas nak pikir, keputusan aku muktamat...aku nak kerja balik!"

                                                                        
                                                                             ***


Dua jam cuba chill dengan segala timbunan rungutan si Ninie, aku dah Opie akhirnya buat keputusan untuk terus bersabar. Kami kena faham, Ninie perlukan ruang untuk meluah rasa yang membusung dalam hatinya. Apatah lagi waktu tengok sepasang mata Ninie yang berkaca-kaca menahan pedih di hati, membuat kami jatuh simpati. Pada masa sama, aku terfikir apakah masalah dan dilema  dialami Ninie turut dirasai wanita berkahwin yang lain? Atau hanya Ninie je begitu kerana terlalu tertekan dengan 'tugasnya' sebagai isteri dan ibu? Mungkin juga sudah 'habis' fasa seronok menjadi suri rumah sepenuh masa?


Korang rasa???

#kahwin #bujang #surirumah #anak


No comments:

Post a Comment