.

Jumaat, 13 Februari 2015

Selamat berehat di negeri abadi, Tok Guru Nik Aziz...

Anak: "Ayah, kenapa orang baik meninggal dunia lebih awal?"
Ayah: "Anakku, apabila kamu beradi di dalam sebuah taman, bunga mana yang kamu akan ambil dulu?"
Anak: "Bunga yang paling cantik, Ayah."

Bah besar di bumi 'bergelar' Serambi Mekah penghujung 2014 baru-baru ini, bagaikan petanda daripada-Nya. Alam terlebih dahulu menangis kerana 'mengetahui' akan kehilangan seorang Ulama' berjasa, bumi menerima air bagi 'membersihkan' diri untuk menerima jasad seorang Murobbi Hebat nan zuhud.

AllahuAkbar...AllahuAkbar...AllahuAkbar, Jumaat amat hiba, begini rasanya sedih pedih kehilanganmu wahai Murobbi Ummah. Ketat dada menahan semua rasa yang berbaur, namun anakanda redha. Saat pergimu dengan amat 'tenang' dan penuh 'kemuliaan'.

Segala kebaikan, jasa dan ilmu yang diberi akan terus abadi dalam ingatan 'anak-anakmu'. Selamat beristirehat 'Ayahanda', selesai sudah urusanmu di dunia ini. DIA telah menjemputmu pada saat penuh berkah. Biar diratapi sekalian banyak, 'senyummu' sudah menguntum. Lelahmu lepas sudah, tinggal kami menyambung juang.

Tatkala jenazahmu 'dihantar' ribuan insan, jelas lagi nyata Ayahanda benar-benar dikasihi, akan dirindui sampai bila-bila.







Semoga damailah Ayahanda di sana, anakanda semua pasti menyusul, entah esok, lusa....entah bila dan di mana, namun janji-Nya pasti tiba tepat saat dan ketika.
MURSYIDUL Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, 84, meninggal dunia kira-kira jam 9.45 malam tadi. Bekas Menteri Besar Kelantan menghembuskan nafas terakhir kira-kira satu jam sebaik tiba di rumahnya, selepas keluar daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). -sumber- BHOnline .
AllahuAkbar. AllahuAkbar.AllahuAkbar. Innalillah. Tenanglah di sana, berehatlah. Semoga senantiasa dalam lindungan, rahmat, berkah dan kasih sayang-Nya. Aamiin.
Moga kami setegarmu mempertahankan kesucian agama kami. Berangkatlah ke negeri abadi setenangnya, 'anak-anakmu' redha.

Selamat berangkat wahai Murobbi Ummah. Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Al-Faatehah - Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat - 12022015- AlFaatehah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan