.

Wednesday, September 2, 2015

Penangan Mok Cun...!

Aku jarang ada masa nak nonton TV, baik waktu siang atau malam. Biasalah, kerja tak tentu masa... Bila ada masa sikit sibuk nak main masak-masak, nak ke pasar, nak layan media sosial (hehehe), manja-mana dengan anak buah dan macam-macam hal lagilah. Pendek kata, kalau bab nak follow drama siri kat TV tu payah sikit.


Tetapi, ya tetapi. Lain halnya dengan drama siri 'Mok Cun' ni. Penangannya memang lain macam, mungkin sebab latar cerita dan pelakon-pelakonnya menepati minat aku. Jadinya, senang nak masuk ke hati. Plot ceritanya yang simple, lagu temanya yang cathy dan pelakonnya yang hebat belaka membuat aku tak mahu lepas menontonnya setiap episod. Kalau terlepas, cepat-cepat cari di www.tonton.com.my. Gitulah hebatnya penangan #MokCun nich wehhhh!

Aku layan Mok Cun ni sejak telefilem Spain Oulss, kemudian dibawa kesinambungannya dalam drama siri Ajaibnya Cinta dan kembali dengan sekuel terbaru 'Mak Cun'. Sesuai dengan tajuknya, kali ini cerita lebih fokus kepada watak Mok Cun dan anaknya Atol di kampung mereka, di Kokdiang.

Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Erma Fatima (Mak Cun), Balkisyh Semundur Khan (Saidatul/Atol), Dato Rahim Razali (Pak Akob), Nora Danish (Atun). Penampilan baru juga menambah rencah dan memantapkan lagi sekual 8 episod ni. Seronok tengok Zennat Manisa (Umie Aida) yang muncul kat kampung untuk hingga memanaskan keadaan dan mencetuskan macam-macam kejadian tak seronok dalam hidup Mok Cun sekeluarga. Ada juga Azwan Kombos (Kamarul) yang jatuh hati pada Atol tetapi ditentang hebat Mok Cun dan Zennat.

Drama arahan Bade Hj Azmi ni memang memancing penonton termasuk aku untuk terpacak depan TV setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam. Sampai ada waktunya naik stress sebab tayangan bertukar dengan perlawanan bola sepak!








Bagi aku Erma berjaya menangkap penonton dengan plot cerita biasa tetapi cukup rencahnya. Drama siri Mok Cun ni hanya bercerita pasal perusahaan bedak sejuk Mok Cun yang semakin menjadi-jadi. Bukan saja di Kokdiang, bedak sejuk Mok Cun sudah sampai ke merata negeri di Malaysia ini. Rumah Mok Cun menjadi 'kilang' kecil yang memproses bedak sejuk Mok Cun ni. Memang gigih Mok Cun ni, kagum dengan semangat dia.

Pada masa sama, Zennat ada hati kat Pak Akob. Zennat memang suka gila dengan Pak Akob terpaksa tetapi berdepan dengan persaingan apabila Pak Akob lebih tertarik kat Mok Cun. Zennat jadi dengki dengan Mok Cun hingga sanggup sabotaj perniagaan Mok Cun. Bunyi macam serius je, tapi depa semua melakonnya dengan cara yang cukup mencuit hati.

Selain ceritanya yang cukup dekat dengan masyarakat, lagu-lagu yang menyerikan drama ni pun cukup layan. Cathy habis sampai budak-budak pun kemaruk menyanyikannya di sana sini. Aku teringat minggu lepas, waktu memasak kat dapur (dapur aku menghadap taman permainan) terdengar beberapa budak terjerit-jerit mengajuk lagu hot 'Mok Cun' dengan riang-rianya..

Mok cun mok cun mok cun lah
Mok cun mok cun mok cun lah
Mok cun mok cun mok cun lah
Loqlaq loqlaq dia
Tengok jadi apa

Geli hati dengar budak-budak tu menyanyi, maknanya budak pun layan drama Mok Cun ni. Bukan senang tau budak-budak nak suka drama Melayu. Kira hebatlahkan penangan drama Mok Cun ni.

Esok dah episod akhir drama Mok Cun ni, sedih pulak rasanya, tapi dengar berita daripada IG Erma...akan ada sekual Mok Cun ni...kali ni, Mok Cun Sawadikap. Bakal ditayangkan bulan ni jugak, tapi tak tahu berapa hari bulan. Tak kisahlah, aku tetap akan tunggu tayangannya sekali gus bagi sokongan kat warga Mok Cun!!!

Tahniah Erma dan semua warga Mok Cun, kalian semua the best la ^_^ . Kita jumpa lagi ye Mok Cun... ;)




No comments:

Post a Comment