.

Khamis, 3 September 2015

Hidup semakin mencekik...!

GST sana sini! Nasi + sayur boleh balun sampai RM7. Eh nasi bungkus pun ada GST? Memanglah tak ada, tapi bila kita tanya kenapa mahal sangat kata penjual semua barang naik harga sejak ada GST ni. So, nak tak nak depa terpaksa naikkan harga untuk cover modal, gaji pekerja dan segala kos yang membabitkan DUIT!

Memang naya 'kan, dah tu gaji bukan naik setiap 6 bulan. Setahun sekali pun belum tentu! Kalau merungut pun siapa nak dengar, tambah sakit hati bila dengar/baca komen-komen 'menteripasolatido' yang bikin panas satu badan!

Apa aku merepek ni? Sorry naaa...Ampa semua terpaksa baca repekan aku hari ni, sebagai salah satu daripada tindak balas ketidakpuasan hati aku atas desakan hidup yang semakin mencekik sekarang ni! Misalnya semalam, aku tak sempat sediakan bekal ke tempat kerja macam biasa. Jadi, redhalah beli nasi bungkus kat gerai tepi jalan berdekatan office.

Nasi putihnya semangkuk plastik kecik tu, berteman tiga jenis sayur je pun (sekeping terung goreng berlada, cendawan masak bening dan gulai pucuk paku). Serius tak ada sekor pun binatang terselit dalam nasi bungkus aku tu, jumlahnya tau berapa RM? RM7. Termasuk air Teh Ais, RM9.

Ni 'la nasi bungkus yang aku beli, dalam sayur tu memang takde terselit sekor binatang pun ye. Tukang jual siap kuis-kuis pakai sudu ok!
Mahal ke murah? Ada kata oklah tu, ada kata pasai pa mahal nak mam...? Aku kata? Tak terkata sebabnya terjuling, terkedu tengok muka tukang kira nasi bungkus tu. Sorry, bukanlah aku berkira pun. Setakat nasi dan sayur kemudian air sebungkus boleh cecah RM10, iya la kurang RM1 jadilah RM10 'kan!!!

Aku menjinjing nasi bungkus tu sampai ke office dengan perasaan yang berbaur. Ye la, itu sekali bungkus...kalau hari-hari bungkus dengan harga macam tu, bila kata nak menyimpan? Jawabnya sampai ke tua kena gigih bekerja siang malam (bukanlah maksud aku bila dah tua tak perlu kerja, cumanya bila dah umur 50-60 tu nak la rasa hidup selesa. Bekerja pun sebab suka-suka sambil mengeluarkan peluh bukan sebab masih menanggung hutang bank ke apa!).

Keadaan ni jugaklah yang membuatkan aku selalu gigihkan diri memasak. Walaupun cuma makan sorang, tetapi rasa sangat berbaloi kalau masak di rumah. Selain kebersihan terjamin, jimat, kita tahu sumbernya memang selamat untuk dimakan. Kalau dulu dengan RM9 tu macam-macam jenis makanan boleh dibungkus, sekarang zaman dah berubah. Sekarang zaman hidup semakin mencekik!

Petangnya, walaupun padan penat aku gigihkan jugak memasak. Simple saja, gulai Kari Ayam. Cuma ayam dan 2 ketul ubi kentang je yang ada kat dapur (selain rempah ratus yang memang sedia ada dalam kabinet). Seperiuk kecik gulai ayam tu cukup untuk hadap 2-3 hari, siap boleh bekal ke office. Puas hati ;)

Dulu-dulu, zaman rajin dan gigih makan nasi bungkus memang tak reti nak buat gulai itu ini. Berbanding Ma dan Kak Ain, aku memang tak reti masak. Aku lebih suka cuci pinggan, cuci kain, kemas rumah...bab memasak Alhamdulillah, selalu gagal. Masak apa pun memang ke laut.

Itu dulu 'la. Zaman tak reti apa-apa, malas pulak nak belajar 'kan. Sampaikan Kak Ain selalu sangat tegur, bila ko nak menyimpan duit kalau setiap hari makan nasi bungkus?  10 tahun kebelakangan ni aku buat anjakan paradigma yang sangat drastik, terutama lepas buat loan rumah dan kereta. Memang terpaksa berjimat dan sedar diri juga ruang lingkup hidup.

Aku banyak belajar dari program memasak kat TV, youtube, blog dan bertanya kat Encik Google, Puan Yahoo juga Miss Safari. Hasilnya, Alhamdulillah. Retilah memasak, siap boleh menjual lauk dan kek bagai. Walaupun tak meriah macam perempuan2 hebat lain, tapi aku banggalah juga dengan pencapaian diri sendiri.

Oklah, tak nak melalut panjang sangat nanti semakin Ampa bosan. Ni aku share sekali resipi gulai Kari Ayam versi aku. Sangat simple, tapi sekali Ampa pekena memang takmo beli di kedai. Lagipun kalau beli, seketui kari ayam dengan nasi putih dah RM7-8, belum masuk sayur dan air. Jadi, marilah kita pakat masak sendiri.

Ni masa proses mengecutkan ayam dengan segala rempah ratus. Proses ni memang layan, wangi satu rumah. Lepas ayam kecut, dah empuk dagingnya bolehlah masukkan air dan santan secukup rasa.

Nah resipi Kari Ayam (versi cair hehehe, kot ada yang nak cuba):-
Bahan:

1/2 ekor ayam (aku guna bahagian bertulang je)
2 tangkai daun kari
Sekuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih, sebatang kayu manis, 3 biji buah pelaga)
1 labu bawang besar, dimayang
2 ulas bawang putih, dimayang
1 ruas ibu jari halia, dimayang
2 camca besar bawang merah dan bawang putih kisar
1 camca besar cili kisar
3-4 sudu besar rempah kari (aku guna jenama Cap O/ jenama Babas pun sedap sangat)
2 biji ubi kentang dipotong 8
4-5 camca besar santan pekat
Minyak utk menumis
Air asam jawa
Air secukupnya

Cara buat:
1. Tumis daun kari bersama bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga. Bila naik bau masukkan bahan yang dimayang dan bawang kisar. Tumis hingga garing dan naik baunya.
2. Bubuh cili kisar, tumis sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan serbuk kari. Juga sedikit air (takut hangit).
3. Bila rempah sudah pecah minyak, masukkan ayam dan ubi kentang. Gaul sebati dan masak sehingga empuk.
4. Bubuh air asam jawa, gaul sebati. Didihkan sebentar, masukkan air secukupnya dan santan. Tahap kepekatan atau kecairan terpulang cita rasa masing-masing.
5. Akhir sekali masukkan tomato (kalau suka), garam dan gula secukup rasa. Siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan