.

Khamis, 28 Januari 2021

Hidup Tanpa Ropol

Kredit: Getty Image


Hidup tanpa ropol, memang sempoi. 

Tenang-tenang saja pandang drama dunia di sekeliling. 

Ahad, 24 Januari 2021

Resepi Kuah Rojak Pekat Likat Memikat

Kredit resepi: Cik Pooja



Kuah rojak buah homemade plak ampa oii...

Ada yang bagitau Cik Pooja...dia dah cuba resepi simplelicious byCikpooja nie dan dah boleh jadi pendapatan sampingan seorg surirumah.

Pokok pangkal, ghajin jeeee...kannnn!!!....mesti boleh punya😁

Bende Simple, mudah dan yngg penting mmg sedap😁

Resepi👇👇👇
KUAH ROJAK PEKAT LIKAT MEMIKAT 😁😁😁

Bahan:
💚 segenggam cili kering(dipotong dan dibuang bijinya dan dibasuh bersih dan direndam sekejap ngan air panas yea dalam 5mnit je pas tu toskan)
💚 Belacan(cikpooja guna belacan melaka dan cikpooja guna separuh dr dalam pic dibawah ye..rujuk pic)
💚 1cwn gula merah(bukan gula perang yea..)
💚 3cwn gula pasir
💚 1/2cwn kicap(kicap yg dok makan ngan nasi tu)
💚 5sb sos cili
💚 3sb tepung jagung(dibancuh dgn 1/2cwn air)
💚 2sb garam(bleh boh ckit2 kalau takut masin)
💚 2sb bijan
💚 Segenggam kacang tanah digoreng tanpa minyak dan diblande kasar

Cara masaknya:
👉 cili + belacan +secwn air diblande smpai halus(masukkan lam kuali)

👉 Gula merah dibancuh dgn secawan air dan ditapis(masukkan lam kuali)

👉 Masukkan gula pasir

👉 Masukkan kicap dan sos cili

👉 Masak dulu semua bahan2 td smpai mendidih...jaga2 sbb dia cepat meruap ..kang melimpah banjir plak dapo kome...selalu kacau2 kuah tu yea.

👉 Bila kuah dah mendidih... masukkan garam secukupnya.. supaya balance rasa dia.

👉 Pas tu masukkan air bancuhan tepung jagung td... kacau2 sebati.

👉Time nih mmg kene kacau selalu guna api slow yea.

👉 Masak smpai kuahnya agak pekat.

👉 Barulah masukkan 2sb bijan dan 2sb kacang tanah yg di blande....kacang blande yg lebih tu bila time nak makan..baru ditabur lagi atas rojak na.

👉 Masak lagi smpai pekat hitam memikat.

Siap sudahhhh 😍

Sekian.

Sabtu, 23 Januari 2021

Resepi Ayam Bakar Blackpepper


Kredit resepi: Dani via MAHN

Selamat berhujung minggu rakan mahn. Masak ape tuuuuu? Hari ni saya buat ayam bakar, tabur lada hitam sikit.

Macam biasa la resepi ringkas je, boleh ubah suai bahan sesuai selera ye. Boleh jugak kalau nak pakai sos kimball tu, tapi saya takde tu yang buat mcm ni

Bahan A

👉 1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan


Bahan B
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia

👉 Boleh kisar atau tumbuk.


Bahan C (kuantiti sesuai selera ye)
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
Lebih kurang 1 sudu besar planta

👉 Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.


Bahan D
👉 Gula atau madu. Boleh skip kalau x suka, sy letak madu supaya tak de la nnt rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap td.
👉 Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.
👉 Bakar dalam oven ikut suhu masing² ye. Sy guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.

 

Jumaat, 22 Januari 2021

Memujuk Hati


Suatu hari, waktu dalam keadaan sedih dan kecewa yang bersangatan.

Tiba-tiba, notifikasi whatsapp berbunyi.
Saya memandang dan membaca setiap huruf yang tertera di dinding telefon dengan mata bengkak, basah.
“Nis, Tuhan tak pernah membiarkan kau berjuang sendirian walau sedetik. Terus kuat ye, kita doa sama-sama. Jangan putus harap.”
Tulisan dan pesannya itu mendakap erat hati saya yang kala itu lemah dan sakit.
Allahu...
Terima kasih, Alhamdulillah...
Telah Engkau hantar seseorang bersama pesan yang amat berharga.
Sungguh, Tuhan... Engkau Maha Baik.
Dan, kala emosi tak keruan, pesanan itu saya ulang baca hingga kering air mata.
Alhamdulillah

Rabu, 20 Januari 2021

Suatu Hari, Cerita Di Dalam Ward

Post ni naik balik di dinding facebook

Cerita lebih kurang tiga tahun lepas dan aku nak kongsi semula di sini.


Sudilah membacanya sampai habis😌😀



👉Suatu ketika, cerita di dalam ward.👈

Jam 1.15 tengahari, saya sempatkan diri ziarah seorang teman yang baru selamat melahirkan anak petang semalam di sebuah hospital kerajaan.

Alhamdulillah, dia dapat ward yang menempatkan hanya 6 katil saja. Agak selesa dan kebetulan kedudukan katilnya dekat dengan pintu masuk juga tandas. Syukurlah. Tuhan permudahkan urusan dia.
Waktu sampai di katilnya, dia senyum. Nampak pucat tapi tetap manis dan comel. Errr... Kita sebut saja nama teman saya itu, Fatima.
"Allahu, terima kasih datang Nis. Aku nak gi toilet, tapi susah bangun. Nak buang air..." kata Fatima, perlahan sebaik saja nampak muka saya. Waktu saya sampai, dia sedang baring mengiring membelakangkan pintu masuk.
Saya letak buah tangan di atas meja kecil bersekali dengan mini kabinet. Saya selak kain selimut putih tebal yang membaluti separuh tubuhnya.
"Jom, kita masuk toilet." Kata saya, sambil paut tubuhnya perlahan dan hati-hati.
Dalam tandas, selepas pastikan dia duduk dengan selamat. Saya palingkan badan menghadap pintu. Sambil tanya...
"Dari pagi tak buang air ke?"
"Buang, tadi aku paut kat tangan nurse. Lepas tu jalan sendiri masuk toilet...Susah, perit. Nak angkat badan pun ngeri." Katanya lembut.
Oh ye, lupa nak beritahu. Ini pengalaman pertama Fatima bersalin dan secara pembedahan.
Secara detail saya belum sempat tanya sepenuhnya. Cuma diberitahu suami dia, bayi mereka nyaris lemas. Tiada pilihan, terpaksa dibedah.
Selesai melepaskan hajatnya, Fatima cuci muka dan lap badan. Katanya rasa lesu sebab lama duduk dan baring. Dia kata lagi, nurse dah pesan supaya kerap berjalan. Cuma dia takut-takut sebab rasa perit di bahagian perut.
Selesai urusan dalam tandas, saya papah dia ke katil. Dia pandang bekalan yang saya bawa...
"Aku bawa roti dan milo panas, kau nak?"
"Boleh juga, tadi tak selera makan," katanya. Saya pantas buka bekalan yang sempat dibeli di kafe tadi dan letak atas 'meja makan'.
Dua keping roti tawar sekejapan lesap dalam perutnya. Kemudian milo panas dihirup perlahan-lahan. Sedang dia melayan minumannya dan saya merapikan kabinet...


Makcik Berbaju Kurung Coklat Tanah

"Bila beranak ni?" Seorang wanita berusia lingkungan 50-an menegur teman saya itu.
"Petang semalam Makcik."
"Ooo... Nampak susah benar jalan tadi, berjahit banyak ke?"
"Oh, saya bersalin operate Makcik."
"Belah perut? Kenapa? Sayanglah tak beranak biasa. Makcik ni, tujuh anak. Semua bersalin biasa. Dua orang songsang, tapi mak bidan pandai pusing...Elok je keluar ikut bawah.
"Anak menantu Makcik semua beranak biasa, cuma sorang menantu tu la...kena belah perut, tak reti nak meneran! Doktor sekarang semua nak kerja senang, nak cepat... belah je perut selesai masalah... yang menanggungnya, kamu!
"Tu, anak Makcik kat katil hujung sana (kata dia sambil menunjukkan arah katil anaknya). Beranak malam tadi, elok je beranak biasa. Pagi ni dah boleh berjalan sendiri. Itu untungnya beranak biasa ni, belah perut memang senang. Tak sakit, tapi leceh... Banyak kerja!"
Huishhh... Saya dari awal perbualan dah berapa puluh kali berdesing telinga dengan patah-patah perkataan yang keluar dari mulut 'Makcik Berbaju Kurung Coklat Tanah' tu.
Dari berdiri, saya duduk. Saya pandang tepat muka Makcik itu sambil 'menunjuk' senyum selebar mungkin. Lalu, dengan penuh tertib saya...
"Makcik, rezeki setiap orang tu tak sama. Kandungan kawan saya ni ada masalah sikit, baby dia nyaris nak lemas dalam perut. Takkan nak biar anak lemas 'kan.
"Tak ada doktor yang suka-suka nak belah perut orang, Makcik. Mereka (doktor dan nurse) lagi suka kalau kita dapat bersalin cara biasa (normal).
"Mana Makcik tahu belah perut tu senang? Tak sakit... Kalau tak sakit, tak ada la kawan ni jalan bongkok tiga. Nak bangun pun susah... Syukur anak Makcik bersalin normal, tapi sekali lagi semua ni ketentuan Tuhan.
"Bersalin normal ke, belah perut ke... Tetap sakit Makcik. Kesakitan, kesusahan dan kesenangan yang berbeza-beza. Tak boleh buat perbandingan pukul rata je. Paling penting, kita nak ibu dan anak selamat.
"Minta maaf ye, Makcik kalau saya terkasar dan terlebih cakap. Tapi... jujurnya, saya tak setuju dengan kata-kata Makcik tadi."
Wanita itu hanya diam, senyum kelat dan mula nak mengatur langkah ke katil anaknya. Sebelum itu, saya bingkas bangun...
"Saya minta maaf sekali lagi ye, Makcik..." Saya pegang tangannya dan salam. Dia sambut dengan muka tanpa reaksi. Sentap agaknya...huhuhu (akhirnya saya jumpa juga 'Makcik Bawang sebenar'. Biasa jumpa dalam media sosial je hahaha).
Saya kembali ke katil Fatima yang dari tadi membisu seribu bahasa.
"Aku minta maaf, tak boleh tahan..."
Dia senyum..."Aku dah agak..." katanya sambil senyum lagi dan sambung minum. Dia capai sekeping lagi roti. Celup dalam cawan, kunyah dan telan. Habis dua keping lagi. Berselera betul dia walaupun baru lepas tengok live drama hahaha...


Kecewa

Hmmm... Sungguh, saya kecewa dengan pandangan Makcik itu. Pada tahun 2018 ni, kita (masyarakat wanita) masih lagi dimomokkan dengan "bersalin belah perut ni senang kerja, tak sakit...kurang pahala. Rugi... Doktor ni memanglah, nak kerja mudah...bla...
bla...blaaa!"
Saya, muak! Apatah lagi, apabila yang mengeluarkan perkata-perkataan itu tak pernah pun ada pengalaman terbaring di atas meja bedah.
Tiada pengalaman berjalan sendirian ke tandas selepas tiup kencing dicabut (selepas 6 jam, kena turun katil. Buang air sendiri. Lepas nurse buka tiup kencing, memang akan rasa terus nak buang air... Siapa ada pengalaman kena bedah perut, dia akan tahu macam mana rasa gigilnya -yang luar biasa -nak angkat badan..kaki turun dari katil kemudian berjalan...huishhh...ngeri...seksa.)
Saya percaya, semua ibu mengandung dan bakal melahirkan mahu bersalin secara normal, tanpa ubat bius tanpa perlu terbaring kaku atas meja bedah. Pun, siapalah kita nak menolak takdirNya. Kita merancang, berharap... tetapi tiada daya dan upaya kita melainkan dengan izin Dia.
Saya harap sangat, tak akan dengar, jumpa lagi orang bercakap bab "senang beranak belah perut!"..."Ah, doktor nak kerja senang!" Apatah lagi di hadapan ibu yang baru saja melahirkan anak secara pembedahan.
Kalau kita dan keluarga semua dapat rezeki bersalin secara normal, usahlah sedap mulut menghamburkan kata-kata yang menghiris hati seperti itu. Pahala tak dapat, mengumpul pula dosa kering. Rugi berganda!

👉🏻 Ni kejadian semalam, baru pagi ni rasa nak share. Pagi, sejuk sikit hati...

Selasa, 19 Januari 2021

Resepi Sambal Balado Ala Indonesia



Kredit resipi:  Mazliana Mazlan


Resepi sambal ala balado ini, adik saya dapat dari kawan dia yang berasal dan menetap di Indonesia.

Lepas saya cuba resepi dari Indonesia ini, saya dah tak pernah buat carian resepi lagi di internet untuk sambal balado. Saya dah jumpa resepi yang betul-betul kena dengan lidah. Padu sangat rasa dia, pelbagai guna lagi, memang stok yang tak pernah putus yang perlu ada di rumah saya.
Tumis bawang, kemudian masukkan sambal dan telur, gaul dengan nasi. Siap nasi goreng tak sampai 5 minit.
Tumis bawang holland, masukkan sambal, masuk air dan perasakan dengan garam. Siap untuk digaul dengan ayam atau ikan goreng. Makan dengan sup sayur pun dah tak ingat orang sebelah.
Buat peminat sambal, anda wajib cuba resepi ini tau!
Resepi Sambal Balado ala Indonesia;-

(Kuantiti yang saya tulis hanya sebagai guideline sahaja. Boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diingini. Saya banyak kali cuba olah bawang lebih, sambal lebih, tomato lebih, akhirnya saya suka dengan kuantiti yang ini.)

Bahan-bahan :
1. 1 biji bawang besar
2. 1 biji tomato
3. 3 ulas bawang putih
4. 3 biji cili merah
5. 3 genggam cili padi (campur merah dan
hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)
6. 2 inci belacan
7. 2 sudu besar gula
8. Garam secukup rasa
9. Minyak

Cara penyediaan boleh lihat di gambar ya.

Ini bahan-bahannya. Saya kehabisan bawang besar yang betul-betul besar,
jadi saya masukkan 3 biji bawang besar yang bersaiz agak kecil. 
Siapa yang suka pedas meletop, boleh lebihkan cili padi merah.
Kalau rajin, boleh tumbuk bahan-bahan ini.

Cara saya yang kurang sikit rajinnya dan nak cepat,
saya masukkan semua dalam food processor. Jangan letak air langsung ye. 
Kalau guna blender biasa pun boleh, letak air sikit je okay.



Kisar jangan lumat sangat, biar nampak ada serdak-serdak cili gitu.

Panaskan minyak, agak-agak je. Saya guna minyak masak lebihan goreng ikan
bilis masa buat sambal tempoyak haritu.
Sekali harung buat stok semua bahan.



Masukkan dalam kuali. Masak sampai agak kering airnya untuk tahan lama,
biar betul-betul kering. 
Masukkan gula dalam 2 sudu.
Saya guna organic raw cane sugar. 
Masukkan garam Himalaya secukup rasa.
Apa-apa garam pun boleh.


Siap! Boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam chiller.
Tak perlu sejuk beku, boleh tahan dalam 2 minggu.



Selamat mencuba!