.

Wednesday, January 4, 2017

"Bila terakhir kali kau sedekah?"


Petang tadi macam biasa, lepas kerja aku call Pak Yusof, teman ngeteh bawah pokok cermai, tepi surau, Setapak. Biasanya kami lepak malam. Memandangkan aku ada kerja malam ni, jadi aku ajak Pak (Pak Yusof) ngeteh awal sikit.

Macam biasa, kalau jumpa Pak tak sah kalau tak kena 'basuh'. Pak memang akan kasi 'cuci' bersih kepala otak aku yang selalunya berkeladak dengan macam-macam hal (semua nak simpan, tak nak buang...sayang...hahahaha).

Bersama 2 gelas teh tarik kurang manis, aku dan Pak bersembang macam-macam topik termasuk hal sedekah.

"Bila kali akhir kau sedekah?"

Aku sengeh. Aku tahu, Pak ada modal nak 'membasuh' aku petang ni. Jadi, aku yang tengah sarat dengan beban kepenatan hanya mampu senyum dan serah diri.

"Kau sakit, kau bersedekah. Kau susah, sedekah. Kau susah hati, tertekan...kecewa, marah, sedih...sedekah. Tak banyak pun tak apa, paling penting sedekah tu 'sampai kat hati perut' kau. Jangan ingat bila ada duit saja kena bersedekah. Kau ada RM5, kau sedekah RM2.

"Pak cakap ni kau jangan nak sengeh-sengeh saja. Buat! Tu, bawak kereta jangan macam pelesit kena simbah air yasin. Mati ko nanti, sapa nak teman Pak ngeteh?"

#Pak Yusof, teman ngeteh bawah pokok cermai tepi surau, Setapak.

Monday, January 2, 2017

Merai sahabat...

Lama betul sahabat sorang ni tak datang rumah. Kelmarin dia sms kata nak singgah rumah, bawa anak dan isteri sama. Gumbira betul, macam biasa dia 'order' #nasiberlauk #gulaiikantongkol dan #sambaludangpetai. So, pagi lagi dah berperang kat dapur. Pencuci mulutnya nanti cuma tembikai dan puding jagung.

Mula-mula masak yang susah dulu, Gulai Ikan Tongkol. Susah tu bukan pasal apa, kena perah santan bagai. Lepas perap kelapa parut dengan air panas, baru blend dan perah. Kemudian, tumbuk rencahnya. Barulah terjunkan dalam periuk. Tak lama mana, dalam 15-20 minit siap seperiuk.

Lepas tu, masak pulak Sambal Udang Petai. Ini senang sebab semalam dah siapkan cili kisar. Jadi, pagi ni cuma tumbuk bawang je. Lebih kurang 10 minit dah siap sekuali. Semerbak wangi satu rumah bau petai. Aduhai.

Puding Jagung aku dah sediakan malam tadi (lupa snap gambar). So, potong-potong letak dalam pinggan. Tembikai pun potong sekali. Siap. Air sirap sama air suam. Siap.  Harap dia sekeluarga puas hati.

Friday, December 30, 2016

Andai ini takdirku...


"Susah itu nikmat. Ujian itu nikmat, dengan syarat kita bersyukur, redha. Nikmatnya akan kita rasa." - DUKE

Ye, semuanya akan menjadi susah payah, sendat padat, sengkak senak, huru-hara, kacau-bilau bila kau tak redha. Akhirnya, buat kau menggelupur kesakitan dek tak mampu memikirkan jalan keluar. Tak mampu sebab kau hanya habiskan masa dan tenaga meratapi nasib ada segala kesusahan dan ujian yang Dia berikan pada kau. Kau cuma nampak itu, hanya itu.

Kau tak nampak lain selain itu, jadi mana mungkin kau nampak hikmah disebalik semua susah payah yang sedang kau jalani, ye dak?

Begitulah aku pun. Berbulan-bulan berperang dengan emosi, meratap kenapa Allah campakkan ujian yang tak terfikir dek akal aku sepanjang hidup ni. Langsung, tak pernah. Kenapa Allah pilih aku? Kenapa aku? Berbulan-bulan aku cuma nampak itu saja. Hanya memikirkan itu dan itu semata-mata.

Rutin hidup aku berubah 360 darjah. Semua jadi malas, segalanya tak suka. Pendek kata, macam orang tak ada semangat lagi nak hidup. Serius, kalau boleh memilih. Aku mohon Tuhan matikan saja aku ketika itu. Menangis dan menangis. Itulah kerja aku berhari-hari, berminggu-minggu. Waktu solat menangis, doa menangis. Mandi pun sama, menangis saja semahu-mahunya. Berat badan aku turun mendadak, bukan sebab skip makan. Aku makan, tapi tak tahu ke mana perginya. Macam angin masuk dalam perut, sumbat-sumbat kenyang.

Orang-orang terdekat kata, sabarlah. Sabar...sabar...sabar. Sampai aku muak dengar. Rasa nak lempang aje mulut orang yang suruh aku sabar tu. Sampai aku warning depa, kalau kau sebut perkataan sabar depan aku lagi, aku tampar!

Hingga suatu malam, tepatnya sepertiga malam. Sama seperti kebiasaan, aku bangun solat tahajud dan taubat. Dalam sujud terakhir, aku ingat aku sebut kata-kata ni dengan sepenuh hati..."Ya Allah, kalau ujian yang sedang aku terima ini adalah kifarah dosa-dosaku...Aku mohon dengan sangat, Engkau ampuni aku. Aku bertaubat kepadaMu dengan sesungguhnya, terimalah aku kembali. Terimalah taubatku, bersihkan diri dan hatiku daripada segala dosa."

Lama, lama sekali aku sujud. Sampai aku rasa oksigen macam dah tak sampai ke otak. Aku rasa pening dan menggigil. Habis solat, entah...aku rasa begitu lega. Sangat! Aku sambung zikir sampai waktu Dhuha. Kemudian aku tidur sekejap.

Dua jam kemudian....(nanti aku sambung ye, sorry banyak benda pulak mengganggu ni. Jumpa lagi ye...)

Friday, June 10, 2016

Blogku terbiar sepi...

Ya Allah, lambat nak mati blog aku ni terbiar sepi tanpa khabar...cewahhh...sendiri malas post entry bikin ayat sendu lak. Puihhh!

Sebenarmya, banyak benda nak share dengan korang...cuma cari masa sesuai untuk disharinglan (hehehehe...macam biasa). Nanti aku postkan sikit-sikit ye. Hari ni sebagai permulaan (ini pun time kat phone, jenuh dok kecik beso...kecik beso 'kan screennya huhuhu...nampak tak tahap kemalasan aku? Nampak???), kita santai-mantai je ye.

Actually tengah panaskan lauk untuk sahur, sambil tu layan blog yang dah bersawang-mawang nich! Puasa korang macam mana setakat ni, meja mesti penuh dengan makanan 'kan. Aku macam biasa, 1 lauk (pedas punya) & 1 sayur (or ulam), cukup. Bukan nak jimat, malasnya yang berbakul-bakul. Lagi satu, malas nak buat tayangan ulang siaran dalam peti ais & meja makan. So, macam tu je la caranya untuk elak semua tu.

Allah, serius aku rindu sangat nak post entry kat blog aku nich. Macam-macam nak cerita, nak ngadu nak share. Nantilah eh, kita post satu persatu. Nak recall balik apa dah jadi sepanjang 'kehilangan & kemalasan' aku nich.

So korang, hidup baik-baik. Puasa elok-elok. Banyakan doa...doa...doa sebab kita berada di bulan penuh berkah, rahmat dan keampunan. Sepanjang bulan ni kita pakat-pakat rebut peluang buat amal banyak-banyak, bukan berebut nak post makanan siapa paling dahsyat kat fb/ig tu. Tak kisahlah kalau nak post pun, tapi tak payah nak gigih sangat. Ala kadar sudahlah...kan...kan...kan ^_^

Oklah, kita jumpa lagi di lain entry, tolong doakan aku supaya jadi blogger yang rajin post entry kat blognya macam korang ^_^

Salam Ramadhan & selamat berpuasa.

Sunday, December 20, 2015

Apabila Allah tarik nikmatNya...

*GAMBAR HIASAN SAHAJA*
#copypaste

PERINGATAN SECUKUP RASA: (28.11.2015): KENAPA MENGANDUNG DAN BERSALIN
ANAK LUAR NIKAH LEBIH SENANG?


1] AKIBAT dari perhubungan yang salah, ALLAH Subhanahu wataala CABUT RASA KEPAYAHAN MENGANDUNG itu, supaya wanita tersebut TIDAK MENDAPAT PAHALA sebagaimana wanita-wanita lain yang bersusah payah ketika hamil, hasil pernikahan yang sah….

2] KETAKUTAN DAN RASA MALU membuatkan seorang “GADIS YANG TERLANJUR”, dapat mengatasi rasa sakit melahirkan anak dengan mudah…. TAKUT DAN MALU JIKA DIRINYA yang mengandung di luar nikah diketahui orang, terutama kaum keluarga, rakan2 dan sebagainya….

3] Kadang-kadang, TANDA-TANDA SEBAGAI ORANG HAMIL JUGA TIDAK KELIHATAN... Perutnya tidak nampak besar, boleh pula berjalan seperti biasa…. Kadang2, boleh pergi sekolah dan buat aktiviti padang sebagaimana pelajar lain, sedangkan dia sebenarnya sedang mengandung… Itu satu lagi NIKMAT YANG DICABUT...

4] KETIKA BERSALIN PULA, MUDAH SAHAJA BAYI ITU KELUAR, hingga di dalam bilik tandas pun boleh selesai... Maka, PAHALA SAKIT KETIKA BERSALIN, TELAH DIANGKAT DARIPADANYA…. Padahal, wanita biasa pun, dalam keadaan begini perlu dibantu oleh bidan yang mahir…

5] SETELAH BAYI ITU LAHIR, MEREKA BUANG KE DALAM TONG SAMPAH, atau campak ke bawah dari bangunan yang tinggi, atau sumbatkan ke dalam mangkuk tandas dan flush!... Mengapa mereka begitu kejam sekali?... KERANA PERASAAN KASIH SAYANG SUDAH DICABUT DARIPADA MEREKA…. Wallahu a'lam.... *GAMBAR HIASAN SAHAJA*