 |
Gambar hiasan. |
Aku ingat #JerukManggaAsamBoi jadi
rival kat fb je, rupanya kat
Instagram pun sama.
Scroll,
bersepah dok tayang jeruk ni dengan macam-macam versi. Padahal, resipi
buat jeruk segera tu dah berzaman dan ramai pun buat cara sama, cuma
baru sekarang orang dok pakat tayang sana sini. Hihihi...!
Aku, dari zaman dok menyewa lagi gigih buat jeruk ni. Aku belajar daripada seorang
Auntie bangsa cina yang ada kedai jual jajan.
Time tu, aku memang pelanggan setia kedai dia untuk beli stock jajan buat teman makan depan tv.
One day, aku
skip
beli jeruk mangga dan sengkuang yang dijual 'timbang' kat kedai dia.
Dia tanya, kenapa tak beli hari tu. Biasa aku mesti beli setiap kali
pergi. Aku cakap, aku batuk-batuk dekat seminggu tak baik. Perut pun
rasa pedih je dan dia jugalah yang beritahu aku memang tak elok makan
jeruk dalam botol yang dah diawetkan. Dia dan anak-anak pun tak pernah
makan jeruk
ready made tu, kalau nak makan depa buat sendiri.
 |
Jeruk Zabit frm Thailand ni memang murah, tapi rasa asamnya tu menyengat sampai ke ulu hati |
Hari tu jugak, aku dapat resipinya. Cukup mudah, sampai aku ingatkan
Auntie tu membohong aku! Biasalahkan...orang meniaga ni jarang sangatlah 'baik hati' nak
share benda yang boleh menjejaskan keuntungan dia.
Dia suruh aku
try, kalau tak sedap dia akan belanja aku jajan berharga RM20. Wah...berbunga-bungalah hati aku, maklumlah
time tu gaji bukan besar mana pun (
lebih kurang 11 tahun lepas).
Maka aku pun menyahut cabarannya sekali gus membayangkan aku bakal
dapat RM20 untuk beli apa-apa jajan kesukaan aku pada minggu berikutnya.
Ekekeke!
Selang 2 hari, baru aku ada masa nak buat jeruk guna resipi yang
Auntie tu beri. Beli mempelam telur kat pasar malam je,
time tu
RM3 penuh plastik! Bahan-bahannya mudah, jadi tak remeh mana pun proses
membuat jeruk ni. Cuma jenuh nak mengupas kulit mangga tu, sampai
sebahagiannya aku biarkan je dengan kulit sekali (
vitamin M tu bukan main gadang lagi dalam badan ekekeke)!
Lepas dibiarkan 2 malam (
termasuk untuk proses meranggupkan mangga tu), dengan
excitednya
aku try jeruk mangga yang buat kali pertamanya buat sendiri. Allahu
Akbar, sedapnya! Kebetulan, rasa masin, manis dan masamnya sekata...(
biasalah, buat main campak-campak...dah buat baru 'ngeri' nak rasa hahaha'). Lebih sedap dan 'mari' daripada versi jeruk beli (
yang kebiasaannya peniaga ambil daripada pemborong di Thailand).
 |
Ni anak sedara
aku try, dia datang melepak kat rumah sibuk nak makan jeruk mangga mcm
yang rival dlm fb. Kalau aku yang buat, harus macam-macam bahan lain aku
tambah, tapi tak apalah...dia nak cuba sendiri, biarkan. |
Sejak hari tu, aku dah tak beli lagi jeruk
ready made
kat Auntie tu dan dengan rasa sangat gembirannya aku buatkan Auntie tu
sebalang jeruk mangga. Bukan main lebar senyum dia, rupanya anak
perempuan dia yang waktu tu berumur 12 tahun cukup suka makan jeruk
mangga dengan aiskrim (
yang ni pun aku dah try jugak, sedap gila...).
So, dah lama gila aku tak makan jeruk
ready made...lantak la orang kata sedap macam nak mati pun, suka hati
Uolls la. Aku nak makan sedap, pada masa sama tak nak tempah penyakit. Kesian badan aku ni!
Motif
aku cerita pasal jeruk mangga dalam entry ni? Motifnya, nak suruh
Uolls
semua rajinkan diri buat sendiri, jangan gigih sangat nak makan-order,
pastu komplain macam-macam (
sebab aku jumpa byk
complain dalam fb/insta kononnya bayar RM10-22 tapi hasilnya jeruk
macam hampeh...termasuk jeruknya tak rangguplah...rupa tak cantik mcm
gambar promosilah...mahal la...mcm-mcm lagi!).
Cuba-cubalah buat sendiri, resipinya mudah je (
boleh sila Google ye adik-adik...kakak-kakak..makcik-makcik), ada pelbagai versi cuma ditambah itu ini nak kasi lagi umph...(
yang
tu pandai-pandailah Uolls beli jiwa, rajin bertanya dan cuba. Jangan
jumpa 1 resipi...malas nak buat 'RND' tapi nak sedap. Letih ar gitu!). Aku sendiri pun jenuh menggodek dan
try tambah itu ini baru dapat ikut cita rasa tekak aku. Ingat tau, kena rajin...kalau malas,
order je. Ekekeke...!