.

Memaparkan catatan dengan label Destinasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Destinasi. Papar semua catatan

Jumaat, 7 November 2014

35 minit di Pasar Payang...

Kuala Terengganu, Aku Datang (part 1):

WALAU bukan kali pertama menjejak kaki di Terengganu, tetapi ni pengalaman kali pertama dapat meronda-ronda tanpa perlu bekerja.  Ya, maksud aku bukan datang kerana urusan kerja sebaliknya hanya untuk cuci mata dan fikiran.

Part ni aku nak cerita pasal sekitar Pasar besar Kedai Payang dulu, tempat lain tu tunggu turn rajin. Hehehe...!

Apa yang menarik sangat Pasar Payang ni, sampai hampir semua orang yang datang ke Kuala Terengganu mesti singgah sini?

Pasar Pusat yang dikenali sebagai Pasar Payang ni terletak di tepi Sungai Terengganu dan menjadi salah satu destinasi pelancong paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar yang terletak di dalam bangunan ni menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade, barang logam, sayur dan buah-buahan segar serta aneka makanan yang menyelerakan.

Barangan tempatan kat sini harganya masih boleh dikatakan murah.  Lagi satu, pasar ni juga tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya orang Terengganu.

Sejujurnya, kalau Uolls macam aku yang memang suka masuk pasar, tempat ni memang 'wajib' masuk. Kenapa? Selain cuci mata, banyak benda susah tengok kat pasar raya ada dijual kat sini. Paling aku suka, barang-barang atau makanan yang bercirikan tradisional/tradisi.

Waktu aku masuk dalam pasar ni, masih agak pagi. Jam 8.30am...banyak kedai belum dibuka, tapi gerai-gerai jual buah, sayur dan makanan pagi tengah meriah dengan pembeli. Memang seronok tengok gelagat orang, sama ada si peniaga atau pembeli. Aku? Cuci mata sambil ber'snapsqueen...hehehe!

Punyalah seronok tengok itu dan ini, sampai tak sedar keluar dari perut pasar dengan tangan kosong. Nasib baik di luar kaki lima pasar ada orang jual gula 'nise' dan dodol lipat, jadi aku sempat rempat tu aje sebelum gerak ke destinasi seterusnya.

 
Actually, aku nak ronda lama-lama kat dalam pasar ni, tapi dek terlanjur berjanji dengan member nak sarapan bersama terpaksalah gerak awal dengan janji dalam hati akan datang lagi next time. Gitu!


#PasarPayang #KualaTerengganu

Selasa, 22 Oktober 2013

Nyaris kerjung dalam Gua Khao Kob...


Trang memang tak begitu dikenali kalangan pelancong asing walaupun kedudukannya berdekatan Phuket dan Krabi, namun wilayah yang terletak di selatan Thailand ini tetap mempunyai keistimewaan tersendiri untuk diterokai. Selain keindahan pantai, pulau dan lautan yang membiru kehijauan.

Dalam perjalanan menuju ke Krabi Ahad lalu, aku berkesempatan ke Gua  Khao Kob yang menawarkan pengalaman penerokaan cukup berbeza. Terletak di daratan, ruang gua ini disaliri air sungai dan untuk masuk ke dalamnya, perlu menaiki sampan.

Di dalam gua ini ada pelbagai bentuk stalagmit dan stalaktit yang menyerupai bermacam objek dan hidupan, ada kelihatan seperti anak gajah dan pelamin, ada juga tak ubah bagai tulang belakang naga. Ruang di dalam gua ini ada saliran, jadi sesetengah laluan memerlukan pengunjung menundukkan kepala bagi mengelak terkena siling gua yang sangat rendah.

Lebih mencabar,  ketika dalam perjalanan keluar kami bukan saja perlu tunduk, malah berbaring lurus di dalam sampan kerana jarak di antara sampan dengan siling gua tidak sampai sejengkal (kira-kira 350 meter menuju pintu keluar).

Kedua-dua pengemudi sampan awal-awal lagi memberi amaran supaya kami tidak bergerak ketika berbaring bagi mengelak kecederaan atau sampan terbalik. Seorang pengemudi menolak siling gua untuk menggerakkan sampan manakala seorang lagi menyuluh jalan.

"Don't worry, i save you. You save...you save!" Begitu kata-kata yang sering diucapkan pengemudi sampan, setiap kali kami menjerit kerana berasa lelangit gua begitu rapat dengan muka dan sampan merempuh dinding gua.

Perasaan aku waktu tu hanya Tuhan saja Maha Mengetahuinya. Pelbagai bayangan melintas di dalam fikiran. "Hah, macam mana kalau tiba-tiba air naik?", "Macam mana kalau lelangit gua tiba-tiba runtuh ke bawah dan menghempap sampan kami.", "Masya-Allah, macam sedang di tanam hidup-hidup."

Perjalanan menuju ke dalam perut gua Khao Kob
Rupa dalam perut gua
Takjubnya saya melihat keindahan isi gua ni
Apa lagi posing la sebelum balik...
 Apa tidaknya, ketika lelangit gua sangat hampir menyapu muka Ya Allah...gerunnya! Belum lagi dengan tiba-tiba pengemudi mengeluh keras, "I have no power...huh!"  Maksudnya apa? Dia tak ada tenaga mahu mengemudi sampan yang kami naiki, jadi bagaimana nasib kami (tapi jangan risau mereka tetap menolak sampan itu hingga ke pintu keluar walaupun kedengaran nafas mereka yang tercungap-cungap).

Keadaan di dalam Gua Khao Kob, ini belum cukup rapat dengan muka...ke depan lagi hambik...melaung sorang-sorang/gambar yang ni aku Google

Jadi, suka aku nasihatkan kalau Uolls ada masalah kesihatan serius seperti penakut (over penakut), sakit jantung, lemah jantung atau darah gemuruh sila jangan cuba-cuba masuk di dalam gua ini ya. Huh...Sebaik melihat semula cahaya dari pintu keluar, barulah perasaan cuak, bertukar lega. Semakin jauh sampan dikayuh, mata tidak lekang menatap keindahan alam yang ditinggalkan di belakang yang semakin mengecil hingga langsung tidak kelihatan.

Sewaktu  berangkat meninggalkan wilayah Trang dan meneruskan perjalanan ke Pulau Krabi, terbayang-bayang pengalaman meneroka keunikan dan keajaiban alamnya. Kenangan yang pasti terpahat kuat dalam ingatan.


*p/s: Terima kasih kepada Hotel Sungai Petani Inn (sebelum ini dikenali sebagai Hotel Aman Pura, Sungai Petani) & CT Global Travel And Tour, Alor Setar yang menaja perjalanan, makanan serta penginapan sepanjang berada di Sungai Petani juga Pulau Krabi.






Selasa, 15 November 2011

Gembang-gembang sekitar Jakarta Fashion Week...

Walaupun penulisan mengenai pentas fesyen bukan bidang kemahiran aku, tp sejak jd writer di beberapa majalah berkonsep lifestyle termasuk JELITA, maka aku perlu biasakan diri. Mmg semak kepala, nasib baiklah reti serba sikit hal2 yg berkait dgn fesyen dan yg penting ramai jugak yg mengkagumi cita rasa fesyen aku (...walaupun style aku setiap hari x de la fesyen mn, tp ok la drpd jd mangsa fesyen khenn).

Cover event Jakarta Fashion Week 2012 pd 12-17 November lepas utk yg ke-2 kalinya sejak berkhidmat di JELITA dan ini kali entah ke berapa sejak terbabit dalam penulisan lifestyle magazine. Alhamdulillah.

Mmg seronok sebb dpt tiket foc...tajaan penginapan di hotel bertaraf 5*, cuma bab mkn je kena pandai2 cari sendirk. Rasanya lebih baik sebab walaupun berada di Jakarta yg katanya hampir sama je dgn Malaysia. Tp bab2 mkn ni kena jaga skit, bukan semua hangpa boleh tibai. Dan aku selalu rasa sgt bersyukur jd org M'sia sebab segalanya masih terkawal. Nak tahu penjualnya Islam ke bukan, halal or non halal masih boleh dibezakan.

Hotel Mahakam, Jakarta
Lobbynya so sweet
Kalau kat negara kita, kita bebas mkn kat gerai2 Mak Bedah, Pak Mat Sulung or Kak Limah Janda tepi jalan. Tp kat Jakarta jgn buat pasal, korang nampak je muka cam Melayu tp agamanya belum tentu. Kat sana, org cina depa pun fasih cakap Indon...cam na gamaknya???

Sepanjang 5 hari kat kota Jakarta badan mmg letih, tp seronok cuz dpt buat sesi cuci mata. Pakaian2 indah silih berganti kat depan mata, model2 pulak cun-melecun...hehehe lapang otak sekejap. Cuma nk berjimba sakan tu x de la cuz kali ni aku p dgn Puan Boss. So kena kawal perasaan sikit, x leh nk buat ikut kepala aku jek.

Nasi Padang-telur belado, rendang daging dan sayur pucuk ubi.
Kami menginap di Hotel Mahakam, Jakarta. Sib baik tempatnya agak strategik cuz sgt dkt dgn gedung Block M dan di sekitarnya ada 7E yg aku boleh kata best la sebab semua ada. Paling aku suka teh tariknya...walaupun sgt manis tp supersedap! Tp aku x le minum manis2 tu, apa susah balik bilik hotel tambah 2 gelas air panas lagi...sgt jimat sampai ke pg boleh minum ;-)

Teh tarik segera n meggi cup.
Sebenarnya, byk benda yg aku plan nk beli terutama novel2 lokalnya. Dan nasib aku baik cuz penyelaras event tu sudi bawak aku ke gedung Gramedia di Grand Indonesia. Mmg superduper besar gedung tuh, silap2 boleh sesat barat dan aku pun mmg nyaris2 nk sesat bagai.

Byk novel yg aku teringin sgt2 nk beli tp x de stock. Mungkin jugak aku terlepas pandang cuz nk cepat takut org tggu lama sgt. Jd apa yg aku jumpa depan mata, kalau berkenan itulah yg aku rembat. Yg di cari ada beberapa buah x jumpa2...mmg habis stock betul gamaknya. Mmg frust sgt tp redha je la nk buat mcm mn khenn...tp aku plan nk dtg lg esoknya, kebetulan jadual x padat sgt.

Inilah antara novel2 yg sempat aku rembat.
Esoknya, lepas temankan Puan Boss dan writer drpd Majalah Cosmopolitan berbelanja di Tanah Abang (kat sini aku saja dera derang naik Bajai...hahahaha huru-hara aku tgk muka Puan Boss dan adik Cosmo yg cuak sakan. Aku biasa2 jek, cuz dh pernah beberapa kali naik masa bekerja kat Kota Wisata,Cibubur, Jakarta sebelum ni-sgt nakal mak kan noks...wakakakaka)

Sweet je model ni.
Aku suka model yg ni...sgt suke...sorry gua buka les ye!
Lepas fashion show selesai jam 3pm, aku terus ajak Puan Bos ke Grand Indonesia semula. Kebetulan depa nk p Thamrin City yg kedudukannya bersebelahan dgn gedung yg aku nk p tu...kira aku ni tgh buat sesi sambil menyelam minum air la kan. Ingat senang2 hati nk ajak Puan Bos merewang time keje???

Aku minta 1jam utk berlari dan cari buku kat Gramedia.Mmg kelam kabut sebab kena ingat jln masuk dan jalan keluar nanti sesat susah la aku. Tak sampai 40 minit, aku keluar balik sebab buku yg aku cari mmg x de, sgt2 frust der. Tambah sedih bila keluar2 je gedung gadang tu hujan maha lebatnya hai.

Perjalanan nk ke gedung Thamrin City terasa sgt jauh sebab kena redah hujan dan nasib aku sgt2 x baik sebaik sj sampai kat depan pintu lobi utama gedung tu, aku jatuh terlentang gara2 lantainya licin. Malunya jgn ckp la, sambil tahan sakit aku terus bangkit...time angkat kepala tu aku terus pegang belakang kepala dan alhamdulillah x berdarah walaupun sakitnya Tuhan je tahu. Tp masa angkat kepala tu leher aku berbunyi semacam, aduh cuaknya...tp sebab tgh malu sebab org dok tgk aku terlentang tgh2 alam bertemankan hujan lebat tu...aku abaikan je rasa aneh tu. Lg aneh bin pelik sebab x de sekor manusia pun yg sudi nk tolong aku time tu. Kesiankan!!!

Dgn baju yg basah kuyup dan badan serta kepala yg sgt sakit...aku gagahkan diri cari Puan Boss and the geng. Entah kat mana depa tunggu aku pun xtau...naik mentel aku carik depa. Dkt 40minit sama2 mencari, akhirnya van depa muncul depan pintu. Masuk je dlm van, aku terus bersandar. Sambil berdoa byk2 supaya x de kejadian x diingini berlaku pd aku kerana jatuh td.

3 jam terperuk dlm jem mmg menyeksakan, perut pulak sgt lapar. Kebetulan dr pg perut ni cuma beralas roti bakar dan telur dadar. Mmg aku x de selera nk mkn pg tu, mungkin sebab kenyang dok belasah teh tarik yg berganda2 lepas ditambah air ;-)

PHD kat Jakarta.
Sampai depan pintu hotel, aku terus ke 7E. Ingat nk mkn meggi cup je, tp perut kata nk makan makanan berat...so aku pun masukkan Pizza Hut. Walaupun tahu x kan habisnya pizza tu, aku ikutkan juga kata hati. Sian kat perut aku ni, biarlah mlm ni mkn byk skit...dr pagi kot dia berlapar.

Datuk Bernard pun ade.
Lepas mkn dua potong pizza, aku terus tido. Badan x leh nk cover sakit lg...dan nanti2 la aku sambung entry ni ye ;-)

Selasa, 28 Jun 2011

Si gajah putih yg x putih...

Bersama Fathia, Irma Hasmie, Zul Fazli (makeup artist), bos restoran Cili Padi Fahmi & Myra...bos aku, Sarimah Husin
Urusan kerja sekali lagi, aku berlepas ke Kota Bangkok utk 3 hari 2 mlm bermula 27 Jun-29 Jun 2011. Kali ni agak ramai yg ikut serta, eh mmg la trip ini aku bersama bos yg rancang. Jd, kami bawa bersama 2 artis yg tgh naik daun-Irma Hasmie & Nur Fathia (Stanza Cinta).

Tgh tunggu BTS (mcm LRT) nk ke mall mencuci mata
Sesekali best gak buat rombongan cik bedah ni, tp mcm biasalah 'pecah' kepala mengatur jadual kerja. 3 hari 2 mlm waktu yg sgt singkat utk buat mcm2. Seawal jam 5am (waktu M'sia 6am) aku dah bangun uruskan semua benda...gosok baju...susun padanan yg sesuai...sediakan aksesori...gantung dlm beg biar senang nk pikul...jam 6am kejutkan artis pulak utk dimakeup...kalau lambat makeup lambatlah start shooting.

Perkataan Bangkok je yg aku paham...lain2 x yah paham la
Mmg sgt penat n mengantuk, nak pulak sebelum berlepas aku pulun siapkan deadline...mmg sengsara otak aku bulan ni...kesian kat otak nanti kita rehat la ye...mungkin raya nanti boleh cuti lama skit.

Sepanjang berada di Kota Bangkok, byk sungguh pengalaman best n x best, tp redah sj nama pun kerja...meroyan pun x guna...umpama tepuk air atas dulang nanti terpercik kat muka sendiri (...eh betul ke peribahasa ni, cam x kena tempat jek...lantak la...).

Dlm perjalanan nk p tempat shooting, di Ayuthaya yg ambil masa 2 jam utk sampai...bapok jauh!
Mlm, kedua sempat merayap sekejap...kebetulan ada yg sudi bwk jln...boleh la beli ole2 utk kengkawan terutama yg dok pesan baju I Luv Bangkok tu...hehhehee. P outstation kali ni terasa sgt2 nk balik KL secepat mungkin...tensionnya Tuhan jek tahu...nama jer writer tp semua benda nk kena buat...huh apa la nasib...apa pun x bolehhhh

Mcm ni la rupe Thai Massage, sgt best rugi x cuba kalau p Thailand.
Malas la nk cerita pjg2, nanti makin diingat makin dicerita...semakin parah luka kat hati aku ni. Apa pun setiap benda yg aku lalui ada pengajarannya, semua tu buat aku jd lebih positif memandang hidup...aku x kan sekali2 mengaku kalah...biar sesakit mana pun dugaan yg dtg...aku akan tabah mengharunginya...cewah...bermotivasi la sgt!

...dan apa pun, Bangkok tetap best di mata aku...paling best dpt ke spa n buat Thai Massage selama 2 jam dgn harga cuma RM45. Mmg murah, tp best...Foot Massage pun best RM15 jek...mknan...aku n kengkawan rela jln kaki p restoran anak M'sia, Cili Padi. Bila makan cam ada kat KL lak...layannnn sgt sedap.

Jumaat, 21 Januari 2011

Chiang Mai part2...

Sempat sambut new year kat Chiang Mai...hepi nu year 2011!!! - Gambar ni aku shoot sendiri tau!

Melancong ni pengalaman menarik bagi setiap orang, terutama bg aku 'lah...lagi pun aku mmg suka berjalan...sakan sgt kalau dpt p melancong mana2...nk pulak keje aku mmg kena 'merayap'. Korang ado???

Korang pernah p melancong mana2 tanpa orang yg dikenali di sana? Hmmm...What would you do? It's kinda a 'gamble thing' to do.. And hell yeah, i did.. *wink*

Kalau korang yakin boleh melancong secara 'gamble', its a fun thing to do. If you don't have any confidence, i strongly suggest you NOT to do it.. Sebarang kemungkinan boleh berlaku di negara orang kalau tak bersedia sepenuhnya terutama mental & duit...kekekeke!
Jumpa Joni kat Chiang Mai...hehehehe...sempat lg..:)
Baru2 ni editor dgn baik hatinya antar aku p Chiang Mai Thailand (aku dah citer skit dlm entry b4 ni). Secara peribadi, Thailand-Chiang Mai negara unik. Paling best utk kaum wanita, semestinya SHOPPING!! 

Yesza, banyak handbag 'berjenama' celup yg boleh korang rembat di sepanjang jalan sekitar bandar Chiang Mai neh... especially kat pasar2 tgh mlmnya yg sakan happening. Lebih meriah daripada bazar2 kat KL...size pasarnya adalah dalam 3-4 kali ganda lebih besar (bukan nak bandingkan, cuma nak bagi tahu betapa besarnya size bazar depa)...Perghhhh...giler dowh!!!...lagi best bila boleh tawar-menawar dengan peniaga di sana yg very smoothly. Jgn takut...derang ni boleh berkomunikasi dgn English. So, absolutely tiada masalah langsung utk korang...hehehehe!

Aku hantu aksesori...sakan la rembatnya;)
Tak caya...try la...ha ada satu makcik jual aksesori kat tepi jalan pon boleh tahu cakap English.. Hehehe.. Well, of course they use broken English but as long as korang boleh communicate with them without any misunderstanding, its very cool..kan!

Aku jugak ada lepaking kat satu shopping compleks kat Airport Plaza... building besarnya mcm Sogo...Heheheh.. It's a heaven to shop handbags! Extremely huge selection. Hmm banyak sgt handbag sampai aku rambang mata... tak tau nak nk pilih mana...tp tetap rembat 6 ketul handbag termasuk utk my sista n mummy. Kena ada untuk depa, tanda kenangan aku dah sampai Chiang Mai dengan kerjaya yang depa sendiri tak paham hahaha.
Berangan time...kenkonon kat London hahahaha
Bagi urusan penginapan, korang boleh pilih hotel mengikut kemampuan. Hotel 3 bintang pun  ok der, cuz korang bukannya nak habis masa di hotel...sure korang anda keluar n ngabiskan masa berserta duit korang kan...kan...kan...!!!


Lastly, have fun!! ;-)

Sabtu, 14 Mac 2009

Aku, dia & kamu di Belum Rainforest Resort...






Seronok dlm kepenatan...maklum le mkn angin sambil bekerja, bila otak bekerja badan pun rasa penat. Apa pun selama 3 hari 2 mlm di Resort Pulau Banding, ia suatu pengalaman yg sukar nk aku jelaskan dgn kata-kata. Meredah hutan dan pulau2 kecil sekitarnya buat otak rasa lapang...x percaya, pergilah dan rasai sendiri. Di tgh2 keindahan ciptaan Tuhan itu, aku rasakan betapa kerdilnya diri ini...betapa DIA Maha Kaya...Maha Sempurna...Masya Allah...



Info(dr pelbagai sumber):
  • Pusat eko pelancongan terkemuka ini menjadikannya sebagai pintu masuk utama atau ‘Gerbang Ke Alam Semulajadi’ terunggul.
  • Kompleks Hutan Belum Temenggor merupakan khazanah alam semulajadi yang meliputi kawasan seluas 300,000 hektar yang dikelilingi air (Tasik Temenggor) yang berkeluasan 45,000 hektar, hutan simpan, hidupan liar, flora dan fauna yang dipelihara dan diurus dengan baik supaya generasi akan datang dapat terus menikmati keindahan alam.
  • Ia terbahagi kepada empat sektor iaitu Hutan Simpan Gerik, Hutan Simpan Temengor, Hutan Simpan Belum dan Taman Negeri Diraja Belum.
  • Kawasan ini adalah antara kawasan hutan hujan tertua di dunia dan dianggarkan berusia 130 juta tahun iaitu lebih tua dari Hutan Amazon dan Hutan Congo, Afrika.
  • Dari keluasan Kompleks Hutan Belum Temengor ini, hanya Taman Negeri Diraja Belum berkeluasan 117,500 hektar yang diberikan status sebagai Taman Diraja pada 31 Julai 2003 oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan digazetkan sebagai Taman Negeri Diraja Belum pada 3 Mei 2007.
  • Bagi memastikan keindahan yang tidak ternilai terus dipelihara, Kumpulan Emkay memajukan Belum Rainforest Resort dan Pulau Banding Rainforest Research Center untuk menjadikan Pulau Banding laluan keluar masuk ke alam semulajadi.
  • Belum Rainforest Resorts adalah kemudahan infrastruktur untuk pelancong dan Pulau Banding Rainforest Research Centre adalah satu lagi pusat penyelidikan dalam bidang bio-diversiti dan pharmaseutikal.
  • Daerah Hulu Perak memiliki alam semulajadi dan Hutan Diraja Royal Belum kaya dengan biodiversiti hutan tropika yang telah berusia 130 juta tahun.
  • Ia merupakan projek pelancongan yang amat bernilai jika dibangunkan secara holistik dengan memastikan bahawa khazanah negeri terus terpelira.
  • Projek ini dilancarkan oleh Sultan Perak, Sultan Azlah Shah pada 9 Julai lalu.
  • Bagi merealisasikan projek ini, Kumpulan Emkay, yang diterajui Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar selaku pengerusi, telah melabur jutaan ringgi bagi menaik taraf kemudahan penginapan kepada 70 buah bilik bertaraf tiga hingga empat bintang.
  • Ia adalah salah satu daripada lima fasa pembangunan Pulau Banding bagi tempoh 10 hingga 15 tahun.
  • Resort ini lengkap dengan kemudahan tambahan seperti Restoran Hornbill, bilik mesyuarat, surau dan kemudahan serta pakej rekreasi ke Kompleks Hutan Belum Temenggor serta jeti yang menempatkan beberapa buah bot dan sebuah bot penyelamat.
  • Kumpulan Emkay melalui Yayasan Pulau Banding turut menjalankan kajian bagi pemuliharaan hidupan akuatik di Tasik Temenggor terutamanya bagi pembiakan anak benih ikan kelah dan temoleh yang semakin pupus ekoran pembalakan tidak terkawal di kawasan tersebut.
  • Projek ini dijalankan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan melantik Usains Holdings untuk membuat kajian bagi mengatasi masalah kepupusan spesies ikan di Tasik Temenggor yang menjejaskan kehidupan dan pendapatan masyarakat Orang Asli di sini.
  • WWF Malaysia pula menjalankan kajian terhadap bilangan harimau yang masih wujud manakala penyelidik daripada FRIM mengkaji tanda-tanda yang menunjukkan sesuatu kawasan hutan itu masih terpelihara untuk digunapakai apabila sesuatu pembangunan hendak dijalankan di kawasan lain.
  • Dengan adanya kajian perintis ini, ia diharap akan menggalakkan kedatangan lebih ramai penyelidik dari dalam dan luar negara untuk membuat penyelidikan terhadap kepelbagaian khazanah alam yang terdapat di Kompleks Hutan Belum Temenggor demi manfaat manusia sejagat.