.

Memaparkan catatan dengan label Resipi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resipi. Papar semua catatan

Ahad, 7 September 2014

Homemade Mini Tortilla Pizza's

My homemade Mini Tortilla Pizza's yang superspicy & crispy
Malam ni teringin nak makan yang ringan-ringan je, no nasi or nasi air. Ikut tekak memang melayan je, nasi dengan sambal telur hancur pun boleh habis sampai 2 pinggan. Pastu orang sound 'gemS', sentap! Hahaha...!

Sambil layan tv, teringat ada beli 3 pek pepperoni dan tortilla wrap. Jadinya, dapatlah idea nak masak-masak. Ikut hati, memang malas. Apatah lagi penat mengerjakan rumah kat Rawang semalam masih banyak berbaki dalam badan. Hurmmm...kalau tak masa siapa pulak yang gigih benar nak datang tolong memasak 'kan kan kan!

Dengan malas dan longlainya, melangkah ke dapur. Keluarkan semua benda penting untuk mengerjakan si Mini Tortilla Pizza's. Macam biasa, kena superspicy dan crispy, baru yumyummmm...!

Kalau uolls nak try, boleh. Senang sangat membuatnya, tak sampai setengah jam dah boleh ngap. Bahan-bahannya pun senang nak dapat dan resipi ni sama dengan mini tortilla pizza's yang aku post dalam entry sebelum ni cuma versi guna sosej sebab tak ada stock pepperoni.


Makanan kecik comel ni boleh dijadikan hidangan utk minum petang / mkn malam. Simple & sedap. Nah resipinya...

Bahan:
3 keping tortilla wrap, dipotong bulat mengikut acuan muffin
1 biji tomato, dipotong dadu
Sos pizza/ sos tomato secukupnya

Sedikit lada hitam kisar
1 mangkuk keju parut
Pepperoni secukupnya

Cara membuatnya:
1. Panaskan ketuhar 10 minit. Sementara itu, susun kepingan tortilla di dalam acuan muffin.
2. Oleskan sos pizza atau sos tomato pada kepingan tortilla dan tabur sedikit lada hitam.
3. Masukkan satu camca teh tomato yang dipotong dadu.
4. Bubuh keju parut dan akhir sekali letak serta susun pepperoni di atasnya.
5. Bakar 15 minit atau sehingga kepingan tortilla bertukar warna keperangan.

Sabtu, 30 Ogos 2014

Chicken Fritters gebu-gebas...

Sekarang ni, asal teringin nak mkn je terus teringat kat #resipimudah yg 'anak' aku share. Act dah lama dia share, tapi sebab tak pernah try rasa...so taklah rasa semangat nak membuatnya. Betullah, tak kenal maka tak cinta. Dah cinta, payah nak lupa hehehehe!

Namanya #ChickenFritters , kalau uolls tanya Mr. Google or Mrs. Yahoo sure ada mcm2 versi. Ikut cita rasa kita nak mcm mana, kalau rajin buat la versi yg grand sikit. Kalau malas mcm aku, boleh la cuba versi #resipiringkas ni. Memang ringkas sgt2, tak sampai 10 minit dah siap semua...tak percaya boleh try buat eh...makan panas2 memang layan der!


Resipi Chicken Fritters Gebu-Gebas
Bahan:
Isi ayam (saya guna bahagian dada, potong memanjang besar jari telunjuk)
Serbuk paprika, secukupnya (uolls bole je tambah apa2 jenis bahan perasa, ikut suka)
1 mangkuk tepung naik sendiri
1 biji telur
Sedikit garam halus
Susu segar, secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1.  Gaul isi ayam dengan serbuk paprika, ketepikan.
2. Di dalam mangkuk, campur tepung naik sendiri, telur, garam halus dan susu segar. Gaul rata sehingga adunan sebati.
3. Masukkan isi ayam dan gaul dengan adunan tepung sehingga bersalut sepenuhnya.
4. Goreng isi ayam menggunakan kaedah deep frying ye dan pastikan minyak betul-betul panas. (Kalau tak panas, tak menjadi chicken fritters nanti.)


* Resipi inspired by Danish Harraz (Instagram/Danish.Harraz)

Rabu, 27 Ogos 2014

Oh hoy... Mini Tortilla Pizza's

Cerita pasal makan lagi. Hari ni agak sibuk, tak byk masa untuk aku menaip di sini. Kali ni, memadailah kot kalau aku just share resipi untuk tea break. Macam biasa, pilihan aku tentunya #resipimudah. Resipi ni inspired by Danish Harraz, next time if ada masa saya share cerita pasal dia di sini ok.

Simpel gila resipi ni, tapi hasilnya sangat sedap...apa lagi makan time panas2. Sedar2, habis sepinggan. Aku kurang gemar dengan keju dan baunya, tetapi hairan yg ni boleh pulak makan dengan rakusnya hahaha. Dah...jom layan resipi...janji buat tau. Dah nanti try buat nanti komen kat aku hahahaha...

Resipi Mini Tortilla Pizza's
Bahan:
3 keping tortilla wrap saiz besar, dipotong bulat (aku potong ikut saiz bekas muffin)
Sos pizza/ sos tomato, secukupnya
1 biji tomato, dipotong dadu
1 mangkuk keju parut
Beberapa keping pepperoni, dipotong2 (aku pakai sosej sebab tak ada stock pepperoni)

Cara membuatnya:
1. Panaskan ketuhar 10 minit pada suhu 160 darjah.
2. Masukkan kepingan tortilla yang dipotong tadi di dalam bekas muffin atau apa-apa bekas bulat.
3. Sapukan sos pizza/ sos tomato pada tortilla.
4. Bubuh tomato yang dipotong dadu dan tabur keju parut.
5. Akhir sekali, susun kepingan pepperoni/sosej di atas keju tadi. Kemudian bakar 15 minit. Siap!

Ahad, 24 Ogos 2014

Patty burger homemade...

My homemade Patty Burger with slice cheese
Apa akan jadi apabila kita tak puas hati dengan makanan yang dibeli? Buang? Maki si penjual? Serik nak beli lagi? Jujur cakap, aku ni kalau marah boleh meletup tahap nak perang...hehehe, tapi selalu je cuba tahan nafsu amarah tu dengan mendiamkan diri.

Solusinya, aku usahakan buat sendiri apa-apa jua makanan yang teringin nak makan tapi 'ngerun' (ngeri + gerun hehehe) nak beli versi ready made. Iya, homemade. Itu solusi terbaik supaya tak panas hati. Memang banyak hal sikit bila buat sendiri ni, tapi tak apa daripada jahat mulut mengutuk hasil kerja orang lain...makan pun tak dapat berkat.

Misalnya patty burger ni, pernah jugak beberapa kali beli ready made punya. Sayang, tak kena selera. Act, aku bukanlah jenis cerewet maha diva. Cuma, kalau tak kena tahap pedas, masin, manis, pekat, cair dan yang sewaktu dengannya tu memang akan mengundang rasa nak meroyan hahahaha. Padahal, pegi makan di kedai2 yang kengkawan kata maha sedap...delicious bagai. Dapat kat tekak aku, hampeh! Macam mana?

Bukan nak puji hasil air tangan sendiri, tapi aku percaya siapa pun akan lebih puas hati kalau dapat DIY 'kan. So, hasil pertanyaan kat Mr. Google...dapat juga #resipimudah #resipiringkas untuk patty burger versi aku. Macam biasa, versi campak2 segala rempah, sos dan bahan perasa yang ada. Memang remeh sikit, tapi puas hati makan. Bermodalkan tak sampai RM20, dapat makan berkali-kali....happy me ^_^

Cuma pesanan aku, apabila ada usaha nak buat DIY kena sabar, rajin dan jangan putus asa. Kalau nak senang, memang beli aje yang siap...tapi kalau berhajat nak try masak sendiri, itulah petuanya. Sekali dua buat mungkin tak menjadi, so jangan putus asa dan meroyan kat dapur...not good ok!

Memasak ni kena rajin dan sabar. Orang pandai memasak kalau tak sabar, ke laut jugak hasilnya. Aku sendiri tak pandai memasak, cuma rajin mencuba dan nak memasak. Aku suka, sebab memasak antara terapi paling mujarab bila dilanda kegalauan emosi. Mudah 'kan!

Siapa nak try DIY patty burger  silakan, kat bawah aku share resipinya. Uolls boleh olah ikut cita rasa. Nak tambah, nak kurangkan tak ada masalah. Nanti dah buat sila share kat aku ye...^_^

Resipi homemade Patty Burger
Bahan:
1 bungkus daging cencang
1 biji bawang besar, dicencang
Sedikit serbuk paprika
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam, dikisar
Sedikit minyak zaitun
1 biji telur
Beberapa keping cheese
Sedikit mentega untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Di dalam mangkuk, campur daging cencang, bawang, serbuk paprika, lada sulah, lada hitam, telur dan minyak zaitun. Gaul sehingga sebati dan menjadi doh. Perapkan seketika.
2. Ambil segenggam doh patty dan kepal-kepalkan sehingga padat. Bulatkan doh dan leperkan sedikit supaya mudah ketika digoreng (jangan terlalu besar nanti lambat masak isi dalamnya)
3. Cairkan sedikit mentega dan goreng patty burger sehingga masak (kalau guna kuali ajaib tu, senang kerja).
4. Ketika patty burger masih panas, letakkan kepingan cheese. Hidangkan patty burger bersama sos pilihan.


Jumaat, 8 Ogos 2014

Laksa Penang oh Laksa Penang...

Aku ada 1 masalah besar. Iya, bila aku teringin nak mkn sesuatu payah nak bawak bersabar. Dan2 tu jugak nak cari, nak masak...kalau tak ada, tak lena tido! Serius 'kan masalah aku? Sama mcm ke teringin nak makan laksa. Nak mkn pulak versi homemade, tak nak beli kedai!

Adoi, musim2 raya cenggini memang payah nak cari bahan masak laksa, terutama bunga kantan. Act, dah tahu sejak bertahun, tiap kali raya sure bunga kantan akan 'pupus' secara drastik dan malangnya, selera aku tak belajar dari sejarah. Time2 darurat cenggini tekak sibuk nak makan laksa homemade!

Dua tiga hari saya ulang-alik pasar cari  bunga kantan...memang nan ado! Subuh hari ke pasar tani pun, jangan kata kuntum...batang bunga kantan pun tak nampak bayangnya. Bak kata si penjual, "kalau ada pun nasib2 la dik!"

Hadoilah...ikan dah dibeli, daun kesom dah dipetik (aku tanam sendiri dlm pasu tau...saja nak bagi tahu, sebab nak berlagak wahahaha). Mlm kelmarin saya gigihkan jugak buat kuahnya, konon2 masak dulu sebab syg ikan beli segar2 x nak simpan dlm peti ais lama2. Kononnya lagi, aku tengah buat kuah laksa versi 'postpone'. Esoknya nak teruskan misi mencari si bunga kantan lagi, tapi nengokkan kuahnya,hidu romanya...perghhh tak tahan.


Tak tipu, memang aku pulun kuah laksa ni dengan nasi...hehehe

Makan laksa dengan nasi? Ajegile...kuah laksa mkn dengan nasi! Itu ler yg aku buat! Hahaha...rare 'kan 'kan 'kan!

Lepas dua hari mereneh kuah laksa dan makan kuahnya tanpa laksa tapi nasi...akhirnya habis jua. Tak dan jumpa bunga kantannya. Tiga hari kemudiannya, waktu pergi pasar raya (tanpa niat nak mencari bunga kantan pun)...eh...ada pulak selonggok bunga kantan segar bugar! Apa lagi, aku rembat sampai 3 kuntum. Puas hati, harga pun tak semahal yg kawan2 beli (ada yg sanggup beli 2 kuntum RM15...giler! Macam ni, tokey bunga kantan boleh buat haji hari-hari)
Bunga kantan yg akan pupus secara misteri pada musim perayaan...hehehe
Dengan adanya bunga kantan, maka, hilanglah sudah kempunan aku nak makan laksa. Perghhh...rasa nikmat sungguh tiap kali menyuap laksa ke dalam mulut. hehehehe... Nah, kat bawah tu aku share dengan uolls resipi laksa cara aku...ingat ni versi #resipimudah & #resipiringkas... kalau tak sama dengan kebanyakan resipi yg uolls jumpa, harap maklum ye ^_^

Resipi Laksa Penang 
Bahan:
1 bungku laksa beras, direbus sehingga empuk, tuskan airnya
1 kg ikan sardin segar (atau ada org panggil ikan selayang)
2-3 ekor ikan kembung
20 tangkai cili kering, dikisar
6 biji bawang merah, dikisar
3-4 keping asam kandis (uolls boleh pakai je asam keping)
Garam dan gula secukup rasa
Bunga kantan secukupnya, dibelah 4 (aku potong bulat2)
Daun kesum secukupnya

Pelengkap:
Timun, dihiris
Telur rebus, dibelah dua
Cili padi, dihiris
Daun salad
Limau nipis/kasturi, dibelah dua

Cara membuatnya:
1. Rebus ikan sehingga masak dan asingkan isi ikan daripada tulangnya. Carik-carikkan isi ikan (part ni aku tak tumbuk sebab nak rasa ketulan isi ikan tu, so uolls boleh je tumbuk/kisar...ikut suka).
2. Di dalam periuk, campur air rebusan ikan, cili kisar, bawang merah, asam kandis, bunga kantan dan air secukupnya. Rebus sehingga mendidih.
3. Masukkan isi ikan dan kacau rata. Masak sehingga mendidih.
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa serta daun kesum. Kacau rata dan tutup api.

* aku memang tak masukkan belacan ye, bukan sebab tak suka...tapi hidung gatal kalau mkn belacan. Macam mana nak menghirup kuah laksa nanti kalau asyik menggaru aje 'kan 'kan 'kan.
 



Khamis, 24 Julai 2014

Cerita si buah melaka...



Kejadian tadi, di kedai runcit:

Aku: Dik nak kelapa parut sebiji, nak isi putih aje ye. Jgn sampai kena tempurungnya. Akak nak buat kuih Buah Melaka (...muka ada senyum manis).

Adik jual kelapa: Ala kak, bila dah jadi kuih mana nampak putih ke hitam. Dah dilapis2 tak nampaklah. (Muka ada poyoS)!

Aku: Apa yg lapis2?

Adik jual kelapa: Kuih akak nak buat tu ler, bila dah kena lapis mana nampak pun kelapa tu putih ke hitam. (Muka still poyoS + bibir dicebik, sumpah x hensem!)

Aku: Bila kala pulak buah melaka tu orang buat berlapis2? Yang dilapis2 tu namanya kuih lapis, bukan buah melaka!

Budak jual kelapa: (Sambil garu2 kepala, tinggal phone terus ke bakul kelapanya. Muka senyum simpul ala2 kena ngorat.)

* Kamu pernah mkn buah melaka ke tak, dik oiii!

Buah melaka yg dibuat dgn tangan sendiri, nikmatnya lain macam. Tak percaya, cuba buat!

Dok rumah bertingkek2 bukan alasan x boleh bercucuk tanam ye hehehe


 Nah, resipi Kuih Buah Melaka:-

Bahan2:
Tepung pulut secukupnya (* anggaran bahan uolls sukat sendiri la ye, sebab aku pun main terjun je)
Sedikit air kapur (kapur yg mkn dgn sirih tu
Air perahan daun pandan secukupnya
Sedikit garam halus
Inti gula melaka secukupnya
Kelapa muda parut secukupnya (kalau suka, boleh gaul dgn sedikit garam halus)
Air rebusan secukupnya

Cara membuatnya:
1. Bancuh tepung pulut bersama air kapur dan air perahan daun pandan. Uli sehingga tak melekat pada jari.
2. Bulat2 'kan adunan sebelar guli (ikutlah besar mana yg uolls nak...), pecit bahagian tengah, masukkan inti gula melaka. Bulatkan semula.
3. Rebus buah melaka sehingga masak (apabila buah melaka dah timbul, maknanya dah masak...boleh angkat, letak dlm pinggan berisi kepala muda parut. 

*p/s: Ada jugak org buat mcm ni, kukus sekejap kelapa parut dan garam halus dgn beberapa helai daun pandan, baru gaul dengan buah melaka. Macam2 versi, boleh buat ikut suka...aku buat cara mudah sebab aku nk makan tapi malas nak meremeh-temeh hehehe ^_^

Selasa, 1 Julai 2014

Apabila keyboard 'kerjung'...

Huishhh...penuh sawang kat 'belog' aku neh! Perghhh...lama gila tak tempek cerita di sini. Sibuk? Hemmm...Tak jugak, lebih pada malas dan tak ada mood nak bercerita...akhirnya, keyboard pun kerjunglah!

Ok...Aku dah datang blk neh, ada siapa2 rindu aku tak? (ok, sila muntah hijau jauh2 sikit ye, bahahaha). Uollz semua apa khabar? Puasa2 ni sure'lah sibuk 'kan. Puan2 tu tentunya bersilat kungfu bagai kat dapur, yang Encik2 tu pulak balik kerja kumpul tenaga nak p tarawih lepas tu berjaga tgk bola..kan ...kan? (Ke bola tgk dia? Hehehe).

Aku? Macam biasa, atas meja makan 'penuh' dgn lauk2 bujang ajelah. Paling penting, sambal yg kepedasannya tahap dewa mesti ada...tak kisahlah...sambal sotong ke, udang ke...ikan bilis or telur pun jadilah. Janji pedas!

Pasar Ramadhan memang jarang sgt2 singgah beli lauk/kuih or air. Bukan apa, tak nak sakitkan hati sendiri. Kang dapat makanan yg tak menepati selera tak, emo pulak 'kan! So, jalan selamat masak sendiri. Biarlah simple, janji puas hati. Paling penting, bersih dan dimasak penuh kasih sayang!

Setiap kali Ramadhan, mcm tu'lah cara aku. Sesimple yang mungkin, selain dpt jimat duit, tenaga dan menjaga perasaan. Masing2 punya caralah 'kan, ikut kemampuan dan keselesaan diri kita. Bahagia dan gembira berbuka juga bersahur bersama orang2 tersayang, tentunya memberi keseronokan lebih bermakna. Apa-apa pun, jaga2 jgn sampai membazir ye!

Bulan puasa ni, waktu paling seronok bagi aku tentunya time bersahur. Walaupun cuma makan roti atau kurma dengan milo panas, tetapi perasaan itu sgt indah. Arghhh...susah aku nak jelaskan dgn kata-kata.

Emmm...sebenarnya, byk benda aku nak cerita kat Ullos semua tetapi simpan dululah ye. Ni, aku nak share satu resipi mudah. Ni menu ulang tayang dan resipinya berubah ikut kerajinan (insyaAllah sedap, jangan risau), biasanya dua minggu sekali aku akan masak kari kambing ni. Kalau sambal gesek tu hampir setiap hari. Senang sgt membuatnya. So... Kot2 'lah, ada yang sudi nak cuba untuk hidangan waktu berbuka atau bersahur. Silalah ye...

Gulai Kari Kambing vs Gesek Bilis

Gulai Kari Kambing Cheq Mai


Bahan:
1/2 kilo daging kambing, (kalau boleh ambil bahagian yang bertulang...manis sikit rasanya nanti)
Minyak untuk menumis
1 labu bawang besar, dimayang
3 biji bawang merah, dimayang
3 ulas bawang putih, dimayang
1 cm halia, dimayang
4 camca besar rempah kari daging
3 camca besar cili kisar
Rempah empat sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis & buah pelaga)
2 tangkai daun kari
Air asam jawa, secukupnya
Air secukupnya

Sedikit kacang panjang, dipotong-potong
Sedikit lobak merah, dipotong memanjang
4 camca besar pati santan 

Cara membuatnya:
1.  Tumis bahan yang dimayang bersama rempah sekawan sehingga garing dan naik baunya.
2. Masukkan cili kisar, rempah kari dan daun kari, tumis sehingga pecah minyak.
3. Bubuh daging kambing, kacau rata. Tutup periuk dan masak sehingga daging empuk
4. Masukkan air asam jawa, kacang panjang, lobak merah dan sedikit air, kacau rata. Masak sehingga pecah minyak sekali lagi.
5. Akhir sekali, bubuh pati santan, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika dan matikan api.

Sambal Gesek Bilis Pedas Berdegung


Bahan:
Segenggam ikan bilis, digoreng garing
15 biji cili padi
Sedikit gula
Sedikit air perahan lemon/limau nipis

Cara membuatnya: 
1. Tumbuk ikan bilis bersama cili padi sehingga lumat (versi aku, tak suka lumat sgt hehehe).
2. Masukkan sedikit gula dan perahan lemon. Gaul rata.
3. Hidangkan sambal gesek bilis ni dengan Gulai Kari Kambing (perghhh...memang terangkat  *_*)


* Ok...jumpa lagi dilain 'kerajinan' yunk...hehehe


Isnin, 25 Februari 2013

Semerbak baumu wahai Kek Pisang ^_^....

Hari ni aku bercuti, ada temu janji perubatan. Hish tak ada la serius sangat, cuma pergi mencuba rawatan Akupuntur. Itu pun atas desakan kengkawan yang dah bosan dengar rungutan aku yang acapkali migraine. Migraine bukan calang-calang, selagi tak muntah hijau, tahan sakit kepala sampai berguling2 atas lantai...memang tak sah.
Kali pertama cuba rawatan Akupuntur-xde la sakit mcm yg digebangkan kengkawan aku tu. Hish...ok je, cuma ngeri skit bila tgk kat badan, leher, dahi dan bahu ada byk jarum. *PENGSAN*!!!
Memandangkan hari ni Isnin, jadi ramai orang di tempat rawatan dan aku pulak terdatang lambat. Hmmm...apa nak buat tunggu je la dengan tabahnya ^_^. Selepas selesai rawatan, terus balik rumah. Mengantuknya Tuhan saja yang tahu. So lepas solat Zohor, hajat hati nak lelapkan mata sejam-dua, tapi nan ado!

Bukan main bulat lagi biji mata ni. Hamboi...tadi bukan main menguap macam anak badak (anak badak pun takut tgk aku menguap agaknya). Dek tak boleh tido, aku pun masuk dapur (aktiviti biasa bila bosan...cari makanan!). Hmmm...nak makan nasi malas, bukak peti ais nampak pisang yang dah 'lemau'. Mulanya nak buat Jemput-Jemput Pisang, tapi bertukar menjadi Kek Pisang.

Dapur Anis...^_^
Di -Dapur Anis- dengan gigihnya aku menggodek bahan buat Kek Pisang versi moist. Sedap ooo...maklumlah sendiri buat 'kan, kalau sendiri tak puji sapa lagi la yang nak puji 'kan. Sekarang ni aku tengah tunggu adunan kek masak. Dah 41 minit, belum masak sepenuhnya. So, buat sementara ni aku tayang versi The Making Banana Cake dulu ye. Bila dah masak keknya aku update.

Eh, jap-jap...oven dah bunyi. Maknanya Banana Moist Cake aku sudah masakkk! Huhuhu...jap pi tengok sat apa rupanya. Ahah...kalernya sgt la menarik, huhu dah boleh tempek kat sini, tak payah nak update bagai *_*


The Making...Banana Cake Moist
Inilah rupa Banana Moist Cake. Now nak belasah dgn air sirap huhuhu *_*

Resipinya untuk Banana Moist Cake mudah saja:
Bahan:
1 cawan pisang lenyek
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk soda (bikarbonat)
1 cawan gula
1 cawan mentega
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Sedikit perasa pisang-tak nak bubuh pun ok jek
Sedikit choc rice-kalau suka & tak bubuh pun ok jek, Uolls

Cara buat:
1. Pukul telur bersama esen vanila mentega dan gula sampai kembang.
2. Masukkan tepung, serbuk penaik dan serbuk soda. Pukul lagi sehingga sebati.
3. Akhir sekali bubuh pisang dan choc rice.
4. Tuang adunan dalam loyang dan bakar sehingga masak pada suhu 170 darjah celcius (yang ni ikut suhu oven masing-masing la ye).





Rabu, 19 September 2012

Baking time...

Lepas raya, ni kali pertama membaking semula. Wah, rindu bau kek yg baru masak, terutama bauk Choc Moist Cake. Dek kerana teruja membaking balik, mcm2 rupa kek singgah dlm kepala. Tapi, last2 kek choc juga jadi pilihan.

Jenguk dlm esbox, ada lgi choc power dan telur. Tepung dan lain2 pun masing bersisa, cukup utk buat 2 adunan choc cake (dah mcm rojak bahasa aku neh, layan je la ye...jgn guna utk panduan amik exam lak, nahas korang hehehehe).

Makanya, bersilat ala aku di tgh gelanggang. Bau choc cukup membangkitkan keterujaan, tapi 'M Powder' tetap terlebih. So, Choc Moist yg biasanya aku kukus bertukar tempat. Choc Moist versi bakar...huhuhu sgt senang dan cepat.

Sebenarnya ni perkara biasa bg aku, mmg rajin nak masak...tp memang malas nak layan step yg remeh-temeh wahahahaha. Tapi...hah, walaupun dibakar dekat 40 minit, Choc Cake bikinanku tetap moist uolls...malah hasilnya sama macam dikukus (aku sendiri pun terkejut beruk...beruk pun terkejut lalu lari bertempiaran hahahaha).

Aku suka Choc Moist Cake versi tak dak toping, bila makan tak muak sgt. Lagipun, takde la rasa bersalah sgt kerana menjahanamkan berat badan yg mmg mengerikan ketika ini. Wey, aku nak kurus neh...tapi kenapa x turun???

Dlm masa 60 minit...cewah...pro la sgt kan...semuanya selesai. Peralatan baking siap dicuci, bahan mentah siap disimpan tempat sepatutnya dan kek pun siap dingap!!! Sgt mudah, nak try buat...cuba la...aku google je resipi ni, tolak sana...tolak sini...kadang jadi cantik...kadang jd buruk...kadang tiada kejadian langsung hahahahaha!

Bahan asas utk Choc Moist Cake ni mudah je, korang mesti ada:-
  • Tepung gandum / tepung naik sendiri
  • Baking soda
  • Choc powder
  • Gula
  • Garam
  • Susu
  • Air
  • Telur
Stepnya, aku buat ikut suka dan ikut logik. Bagi yg dah biasa dok membaking, senang je la buat step sendiri.Tapi bagi yg tak biasa boleh tanya Pakcik Google (sila rajin2 kan diri korang). Dan kek ni boleh dibuat 2 versi, bakar dan kukus. Hasilnya sama (kalau kena gayanya), kalau tak sama juga try sampai jadi sama. Kalau takut nak try, boleh masuk kelas baking (aku tak mampu nak masuk kelas, mampu DIY je sampai la puas hati).

Berbalik pada Choc Moist Cake, aku plan nak bg jiran sebekas dan bawa ke opis itu share dgn kengkawan. Depa memang layan kek ni, so far x pernah lagi depa beli kat aku dan aku pun x pernah jual kat depa...kenapa? Tak tau! Lagipun aku selalu bawa kot, so x beli pun x pa hahahahaa (baik tak aku...baik kan...kan...kan)

Ok lah, malas cerita pjg2. Lagipun takde istimewa pun kek ni sama mcm kek2 yg aku buat sebelum ni. Ok jemput layan gambar yg sj2 snap pakai phone jek ne ;)

Ini dah siap potong masuk dlm bekas utk bawak p opis ;)



Sabtu, 1 September 2012

Alahai 'Karipop Mini' gua ^_^

Mlm ni tiba-tiba rasa nak main tepung lak, terus google resipi yg berasaskan tepung gandum. Hmmm...ada mcm2 yg menarik hati terutama kuih Kaswi dan Karipap. Ikutkan rasa teringin tu, nak aje buat Kaswi. Tapi memandangkan tahap kemalasan nak buat kerja2 mengukus sukar dikawal, jadi aku buat karipap jek.

Sebab2 utama aku pilih buat karipap, nak sumbat serunding daging yg dok menjanda tepi dinding sejak awal puasa tu ari. Kesian beliau, drpd membazir baik jadikan inti karipap jewk. Nak buat karipap pun dekat 30 minit menggoogle. Bukan apa, mencari resipi yg mudah dan nampak sedap. Cari punya cari, aku nampak gambar karipap yg sgt memikat mata kat blog http://qurrataaayun.blogspot.com.

Daripada bahan dan cara mcm senang, nak menguli pun sekejap je (pakai tgn je senang). Tp dek tak pandai nak kelim, maka kelancaran membuat karipap ini terbantut. Cuba guna acuan, lagi ke laut...semuanya terburai balik...stress mak!!!

Last2 aku redha, kena kelim sendiri walaupun tak cantik dan huduh rupanya (mungkinkah sebab aku buat versi karipap mini, jadi karipap ni dah bertukar menjadi 'karipop'???)

Lepas 1 jam, aku pun gorenglah yg mana menjadi tu. Sedih betul, dr dalam kuali lagi aku nampak betapa huduhnya 'karipop' ku itew. Hai...lantak le, malas nak sedih2...emo2...biasalah pertama kali buat mungkin mcm tu kot. Next time try lg la ye...Anis ^_^

Ini bahan2 yg aku gunakan (ikut resipi yg ada dlm http://qurrataaayun.blogspot.com)
4 cawan tepung
2 sudu besar margerin
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan air
Sedikit garam

Cara-cara:
1. Panaskan margerin + minyak, curah dalam mangkuk berisi tepung.
2. Gaul adunan sehingga sebati menggunakan garpu atau senduk kayu.
3. Kemudian campurkan garam dalam air, dan tuang dalam adunan. Gaul sehingga sebati dan menjadi doh yang lembut.
4. Bahagikan adunan pada bebola kecil, canai dan letak inti kesukaan (aku sumbat serunding daging). Cantum dan kelim kemas bahagian tepi. Goreng karipap (aku punya versi 'karipop mini') sehingga kuning keemasan.

Sekarang korang layan la gambar2 'Karipop Minit' gue hukhukhuk

Sabtu, 12 Mei 2012

Pisang Bersira @ Pisang Sira?...

Pisang (aku x makan pisang mentah, x tertelan rasanya), selain buat kek pisang sedap juga dibuat pengat (bersantan) atau sira (tiada santan). Biasanya, bila teringin nak makan, aku redah jalan ke Kg Baru jewk. Kat sana macam2 makanan ada, mmg best!

Tapi hari ni aku rasa mcm nak sira sendiri jek pisang yg dibeli kat NSK-Pisang Awak namanya. Keadaan pisang, sedang2 elok...taklah masak or muda sgt...just nice la kiranya. So, mmg just nice jugak la utk buat pengat or sira.

Sira, mcm mn rupa n rasanya? Simple jewk. Rasa manis dan kuning. Hahahaha! Nak 'kerjakan' pisang dijadikan sira senang sj. Bahan2 nya pun tak cerewet, korang cuma perlukan:-

Pisang tgh mandi manda dalam air mendidih
Dah nak siap ni, sekejap lg boleh mkn ;)
Aku suka pisang sira versi sejuk, so lepas masak sejukkan seketika kemudian masukkan dalam peti ais. Perghhh dpt makan time sejuk2 mmg sodap!!!
Bahan2:
* Pisang 
* Gula
* Daun Pandan
* Bunga Cengkih
* Sedikit garam
* Sedikit pewarna kuning
* Air secukupnya

Cara buatnya:
* Pisang dibelah dua.
* Didihkan air  bersama gula, garam, bunga cengkih dan pewarna.
* Apabila air mendidih, masukkan pisang dan daun pandan.

* Masak seketika, lebih kurang 5-7 minit. Angkat.



p/s: ...perghhh dah mcm rupa blog masakan ye, hehehehe apa salahnya sesekali 'bertukar' rupa yek. Layannn ;)

Isnin, 7 Mei 2012

Baking again *winkS*...

Serius lama gila tak baking coklat kek. So, mlm ni 'terpaksa' rajinkan diri membakingnya sebab dapat order + nak bg sorg member FB merasa kek ni. Kebetulan, beliau akan turun KL dr Terengganu esok.

Dapat 7 bekas + 2 bekas extra utk member FB itu...hehehehe, sgt gigihkan. Nasib baik membaking hari Ahad, kalau tak mmg ke laut lah ;)

Mlm ni jugak ada extra order utk butter cake, 2 bijik jewk pun...tp x tau la napa 'hazab' sgt nk membuatnya. Sadisnya sebab terpaksa buat semula adunan, sebab lupa boh telur n gula. Wakakakaka...sgt sadiskan! Kali kedua pula, gula halus habis. So, nak tak nak terpaksa blend gula kasar. Tp cerdiknya, boleh terlupa ubah sukatan...kasihan, kek butter ku jd terlebih sweet (sgt sweet utk org yg mmg x suka sweet, cuz MBBF aku kata rasanya ok jewk).

Dalam12.43 mlm selesai projek membaking. Berlemuih seluruh badan dengan tepung, lekit gula n telur. Belum lg part coklat kek. Kata MBBF, mcm rupa bibik 88 hari x mandi! Cit, apa dah...x kisah la janji order org dpt disiapkan. Walau untungnya x sebanyak mana, tp kepuasan dan kualiti dijamin terjaga hahahaha (apa da ayat aku nih, terbelit2 ...berbelit2).

Siap membaking, perut rancak berdangdut. Lupa, belum mkn mlm lg. Last mkn, pukul 3 pm. Jenguk2 peti ais, yg ada cuma soya kotak, bihun goreng (yg dah 2 hari punya) dan sebijik telur (lebihan membaking tadi). Hrmmmm...apa nk buat, hantam sajalah labu...janji ada kederat nk tarik selimut sedey!

Buat peng'order2 kekku, terima kasihlah kerana sentiasa sokong minat dan usaha aku sekali gus beri kepercayaan pd aku. Alhamdulillah, setakat ini belum ada yg masuk ward or cirit-birit gara2 mkn kek aku hahahaha...so, teruskan lah meng'order kekku ye dan doakan aku dapat segera buka cafe...sgt tak sabar nih ;)

Dah jom layan gambar, sbb aku dah tak larat nk mengetuk keyboard ni. Kat bawah ni rupa kek coklat hasil kerja tangan kerasku. Layannn...
Adunan kek coklat, suka buat kek ni sebab boleh pukul pakai tangan jewk ;)
Dalam bekas siap sedia utk kukus time ;)
Si hitam manisku sudah pun masak-Alhamdulillah, gebuS & moist seperti selalunya ;)
'Sos coklat' siap sedia utk disiram atas kek...jom mandi coklat ;)
Ini pulak adunan 'kedua' utk Butter Cake ;(
Siap sedia utk dibakar, tolong naik cantik2 ye ;)
Alhamdulillah, akhirnya selesai juga...bekas kedua Butter Cake-gebuS n moist tp sedikit sweet utk gua

Ahad, 8 April 2012

The making of...Serunding Ikan

Arghhh, stresslah!

Ye, aku tgh stress layan En. InDesign yg asyik buat perangai sejak dua menjak nih. Huru n hara rutin aku dikerjakannya. Hari ni, nyaris seharian dok melayan kerenahnya. Entah apa beliau nak, x tau la. Hope2 lepas install yg baru ni beliau berhentilah cari pasal dgn aku.

Sementara tunggu selesai install, masuk dapur jenguk apa dok ada dlm peti ais. Hmmm...serius x tau nak masak apa. Td, time p lawat kawasan kat care4 rambang mata sampai x tau nak beli apa. Sempat rembat ikan, cili kering, tembikai n jus buah jek (padahal punya la seksa cari parking).

Aceli aku cari daging segar sebab teringin nak makan serunding daging superduper pedas! Selalunya kalau beli yg dah siap, ada je halnya. X pedas tu mmg semestinya, tp yg paling sakit bin geram bila rasanya manis. Mmg potong stim betul! Dek kerana x dak daging, x jd la nk bikin serunding daging.

Pk punya pk, akhirnya dpt idea nk menderhaka resipi. Serunding daging kita tukar jd serunding ikan...apa mcm? Cun tak??? Belasah je la labu, janji bikin superduperhot! Biar birat mulut hahahahhaa!

Semua bahan dah tersedia, mcm biasa aku mmg suka menderhaka kat resipi n main belasah jek. Itu le perangai aku, sapa sanggup makan layan la...sapa yg x tu boleh le bikin sendiri or beli jek! Tarak hal punya!

Dah siap blend semua bahan, campak dlm kuali. Kasi garing n pecah minyak, lepas tu campak le isi ikan pulak. Senang kan! Mmg senang sebab si pemalas yg masak hahahhaa (ampun Ma, anak mu sorang ni mmg pemalas ya ampun hahahahaha).

Tak yah ckp byk, la ni nasi putih versi lembik bangat (dah ala2 nk jadi nasi air aku kerjakan) dok ada semangkuk atas meja. Apa lagi, jom belasah dgn serunding ikan. Jemput mkn...;-)
Cantik je kalernya, ini kalau dpt daging segar sedap betul ;-(
Akhirnya serunding daging dah jd serunding ikan, x pa la janji pedas!
Pencuci mulut, kena belasah tembikai byk2 sebab BP tgh mencanak naiknya ;-(

Sabtu, 24 Mac 2012

The making - Bubur Jagung...

Mlm ni malas nk main masak2 sgt, just masak benda paling simple untuk alas perut. Apa yg terfikir di kepala, nak masak Bubur Jagung je.

Kebetulan dua hari lepas p Care4, ada jagung murah.Rm 0.69 seketul. Aku dah rembat 7 ketul, so mlm ni boleh la main masak2 simple. Resipinya mudah jek: Jagung, gula melaka, santan dan sedikit garam. Siap!!!

Taraa...dah siap dah Bubur Jagung, meriahkan kalernya ;-)

Mlm ni mkn 2 senduk jek, masuk peti sejuk esok makan lg

Jumaat, 16 Mac 2012

The making - Pau GebuS ;-)...

Dah seminggu semangat nak ‘mengepau’, tapi dek kerja yg bertimbun2 kat opis n asyik balik dlm kepenatan dan kestressan, terpaksa pendamkan semangat tu dlm2. Tapi mlm ni, walaupun penat yg amat sgt, gigih nk buat pau. Nasib baik semua bahan dah siap dibeli tinggal nk buat je.

Jam 10pm, susun semua bahan atas meja. Bubuh satu demi satu bahan dalam mangkuk adunan. Semua main pukul rata, x timbang2 bagai sebab malas. Leceh satu hal, biasalah kerja org malas ‘kan.

Aceli byk resipi yg berjaya dikutip dlm internet, pilih je nk yg mcm mn dan seperti biasa tentunya aku pilih resipi yg paling mudah n terbukti menjadi (berdasarkan komen2 org yg pernah mencubanya).

Dengan resipi paling mudah dan dikatakan mmg menjadi tu, maka aku penuh semangat menguli adunan. Lebih kurang ½ kilo tepung diuli. Intinya cuma kacang merah, plan nk buat kari ayam tp x time la nk berkari2 bagai. Sumbat je la kacang merah tu.

Selepas 2 jam, kejadian pau hasil tangan comel ku menunjukkan sesuatu yg memberangsangkan. Kejadinnya sgt gebu n montok. Kemain hepi perasaan aku tgk pau menggebu dlm pengukus (bercermin lut sinar).

Mcm biasa, sesi pose-mengepose x kan dilupakan. Pau yg tgh panas2 tu aku ajak pose, oh sgt lah hepi.

Selesai mengukus, masuk bekas siap2 sebab plan nk bg budak opis merasa sikit begitu jugak anak2 buah. Itu satu kemestian apabila cuba resipi baru. X kisah apa komen depa, yg penting aku ikhlas bg depa rasa. Dah, jom kita layan pose ;-)
Tepung siap diuli
Puaslah menggodek2 adunan nk jd kan bentuk pau mcm kat kedai tu
Siap susun dlm pengukus
part2, tunggu turn nk dikukus
Inilah kejadian pau hasil ku uli td, sgt montok kan
Taraaaa...pau inti kacang merah
Susun elok2 dlm bekas nak bahagi2 kat kengkawan n anak buah