.

Ahad, 23 Mei 2021

PKP & Rindu



Tahun kedua kita semua hadap #PKP dek penularan wabak Corona Virus. Entah bila virus ni nak hilang. lenyap terus dari muka bumi, tak tahulah.


Sejak C19 (Covid 19) masuk ke dalam negara kita ni, terlalu banyak hal yang kita semua rindu. Secara peribadi, untuk aku... Serius, terlalu banyak. 


Aku, sejenis lone-ranjer, kebebasan itu sangat penting buat seorang Aku. Sebelum C19 datang melanda, aku bebas ke mana-mana saja. Buat macam-macam perkara yang aku suka, merata aku jelajah demi mencari kepuasan diri.


Itu juga cara aku tenangkan diri, dapat idea baru dan pulihkan kesakitan dalam diri. Aku lemas kalau berkurung dan dikurung. Aku serabut. Stress!


Dan, aktiviti yang paling aku suka dan missing sejak C19 dan PKP ni, apabila tak dapat cuci mata di pasar malam dan pasar pagi.



Serius, dah lama gila tak ke sana. Aku rindu, tapi aku taku. Siapa tak takut mati, aku pun takut. Apa lagi bila ada nyawa lain yang perlu aku lindungi. 


Kalau aku tak jaga dan lindungi diri aku, macam mana aku nak lindungan nyawa-nyawa yang sangat aku sayang?


Ini yang membuatkan aku terpaksa fikir beribu kali kalau nak keluar dari rumah. Balik dari pasar pun aku dah kecut perut nak hadap nyawa lain dalam rumah, apa lagi kalau saja suka-suka masuk cuci mata dan poket di pasar malam/ pasar pagi.


Tak boleh, aku tak boleh buat macam tu.


Setiap masa aku doa (kau orang pun tentu buat hal sama, bukan?), supaya C19 ni cepat-cepat menghilang dari muka bumi ni. Supaya kita dapat kembali menjalani hidup seperti sedia kala.


Tapi, sejak beberapa hari kebelakangan ni, aku rasa keadaan semakin memburuk. Angka-angka semakin naik dan tak nampak bayang nak turun. Allahu.


Kalau kena total lockdown macam tahun lepas, macam mana? Ramai yang akan terkesan. Kesan tahun lepas pun masih ada segelintir tak mampu bangkit lagi. Aduhai.


Kalau tak buat total lockdown, dibimbangi keadaan bertambah serius. Lebih buruk jadinya, semakin tak terkawal.


Ya Tuhan, semoga Engkau Yang Maha Baik terus melindungi kami daripada virus ini. Permudahkan dan lapangkanlah perjalanan hidup kami dunia akhirat. Aamiin.

Khamis, 20 Mei 2021

Rahmat Tuhan Buat Seorang Ibu



Perginya orang yang sayangkan aku macam anak sendiri.


Kematian yang dipermudahkan-Nya. Diambil semula dalam keadaan ‘bersih’ dan tenang sekali.


Allahuakhbar, nikmat-Mu yang mana berani aku dustakan?


Hasnah Musa.


🌹


Al-Fatihah.

Rabu, 19 Mei 2021

Homemade Popia Sira Pedas


Dah 4-5 hari dok cakap, rindunya #PopiaSira #pedas hasil air tangan B (Mardziyatun Hazir ).


Punya rindu, punyalah teringin sampai termimpi-mimpi.


Housemate: “Sedap sangat ke? Tak boleh buat sendiri?”


Aku: “Tak sama. Tak akan sama.”


Housemate: “Janji nampak macam sama, buat pujuk hati.”




Hahaha... Selepas beberapa kali bertangguh dan tak yakin rasanya akan-akan macam B buat, petang ni beranikan diri.


Hasil:

Ranggup.

Pedas.

Manis - pedas.

Tapi...


Rindu B.


Rindu Abah.


Rindu Mak.


Rindu gelak ketawa saat bersama tiga beranak ni (Ampang with

❤️ πŸ’• πŸ’πŸŒΉ).
πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

B & Mak, semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya dunia akhirat.


Abah, semoga sedang bahagia di Syurga terindah-Nya.

Sabtu, 15 Mei 2021

Alamakkk... Gas Habis!!!

Tiba-tiba...


Gas habis malam tadi. 


Kedai gas buka hanya hari Isnin.


Huhhh...!


Nasib baik ada induction cooker, dapatlah masak, panaskan rendang juga kuah kacang (semalam lupa nak simpan dalam peti ais - nasib baik masuk hari ke-3 masih ok), cepat-cepat hangatkan semula, takut basi tak dapat makan waktu berbuka nanti.








Rebus ketupat segera pun dalam periuk nasi je. Janji masak dan jadi ketupat.


Pagi-pagi tadi, ada anak jiran datang ‘nak beraya’ kata depa.


Faham.


Sesi ziarah kumpul duit raya macam biasa.


Kita pun, sediakan apa-apa yang patut. Masukan dalam paper bag dan sangkut pada pagar.


“Maaf anak-anak, Ummi tak dapat ajak masuk ye. Kita tengah PKP ni. Nah, ambil ni seorang satu... Ok.”


Depa senyum lebar bukan main. Bersinar mata bila tengok isi di dalamπŸ˜€

Maaflah anak-anak, kita tak dibenarkan buat ziarah Aidilfitri. 


Selain tak nak cari pasal kena denda, kita pakat-pakat jaga diri dan lindungan orang lain daripada virus C19, ok
πŸ‘ŒπŸ»

Selasa, 11 Mei 2021

Duit

Kredit foto: Awani



“Aku ingatkan... Jadi manusia berduit ni banyak kelebihannya. Macam aku, bila berduit boleh cari guru mengaji. Boleh jemput ustaz datang bagi tazkirah kat rumah.


“Ada duit ni, kita buat pergi umrah, buat haji. Boleh bersedekah dengan bebas (daripada perasaan takut-takut sendiri makan tak cukup).


“Ada duit ni, nak membahagiakan hati mak bapak dan adik-beradik pun lebih senang. Depa sebut, kita berdesup hulur. Tak sebut tapi tengok muka adik macam ayam berak kapur, berdesup kita hulur.


“Kalau ada member terdesak, boleh hulur dengan pejam mata. Depa tak bayar pun, kita tak kisah mana.


“Bab nak beli makanan berkhasiat, segar bugar lagi mudah. Tak ada la terkemut-kemut kira bajet tepi bakul belanja. Tak ada la terpaksa memilih-milih bawang elok rupa dalam timbunan bawang busuk/basah kat pasar borong.


“Ambil kata beli telur la, boleh beli yang mahal. Kurang-kurang segar dari ladang, tak pun berOmega 3, bukan sepapan gred C RM6.90.


“Tapi, berduit ni bagusnya time-time pkp macam ni, hati tak libang-libu. Nak beli apa-apa kita pakat shopping online saja. Pilih-pilih, bayar.


“Cuba tengok orang-orang kayangan, ada depa meroyan di media sosial pasal barang mahal, harga ayam naik mencanak? Anak tak cukup susu? 


“Baju dan biskut-biskut raya depa tetap bersusun depan mata, walaupun raya dalam pkp.


“Dak la, aku tak dengki pun dengan geng berduit ni. Sungguh pun, dah berduit... gunalah kot mana sekali pun, dah memang berduit.


“Lain geng tak berduit, terkemut-kemut kira bajet nak teruskan hidup. 


“Betul jugak, cash is king. Itulah kehidupan zaman la ni. Tak ada duit, kita cakap apa orang tak pandang. 


“Post status bagus kat media sosial pun orang tak heran haihhh. Kita bukan siapa-siapa nak.


“Itu pasal budak muda-muda la ni kalut hidup cari duit. Boleh tayang kereta bagus, rumah besar gunung, awek/bini lawa kalah puteri gunung ledang.


“Tak berduit ni pun jadi punca banyak hal. Tak berduit, kau tak pandai ngaji nak minta orang ngajar duit tak ada nak modalkan.


“Hari raya, nak hulur kat keluarga sekeping duit pun semput habis, kau sendiri pun dah nyawa-nyawa ikan.


“Adik-beradik susah kau tak boleh hulur, depa kata kau tak guna seduit. Tak boleh nak menolong. Sedih wooitt.


“Belum tang kawan, dapat jenis bila ada duit depa laju mengendeng. Poket kering, sebelah mata tak mandang.


“Sebab tu aku dok kata, duit ni punca. Ya, cash is king. 


“Sebab duit, ramai hilang maruah diri. Bakul sampahkan amanah dan tanggungjawab yang dok pikul ada bahu. Janji hidup dia aman damai, tak putus duit.


“Duit ni punca, yang menang jadi melukut tepi gantang, yang kalah tiba-tiba jadi hero. Janji ada duit, semua beres.


“Berapa ramai manusia berduit hidup tak terkuis musim C19 ni? Aman saja hidup depa, buatlah apa saja... kebal... bila kena cuit kata kita jaki.


“Huhhh... Duit... Duit... Duit... Punca semua duit. Tak pernah cukup, dapat seguni nak segunung. Dapat segunung, berhendak selaut.


“Semua duit, tak heran mana kiamat sudah dekat. Tak heran mana pesan dan janji Tuhan dalam Al-Quran.”


“Semua duit.”

Jumaat, 7 Mei 2021

Aku Dan Motosikal

Kredit foto: Sinarin Memandu



Sudah 3-4 kali aku nyaris nak terlibas ‘moto’ (motosikal), terutama waktu nak keluar simpang.


Rasa nak gugur jantung waktu break mengejut, “Allah nasib tak libas orang. Kalau tak, sama-sama mendapat ni.


Belum lagi yang jenis tiba-tiba muncul, waktu nak membalas ke kiri tengok-tengok ... “Eh ada moto. Mana datang?”


Lagi satu, di kawasan perumahan. Pakat laju berdesup tekan minyak, pasal apa entah.


Aku tak suka hon-hon kenderaan orang. Termasuk moto, dah habis mengalah kadang. Masih juga nak terkena.


Macam pagi tadi, aku nak keluar simpang kemudian nak balas ke kiri (sebelah kanan jalan besar yang kenderaannya banyak dan laju-laju termasuk lori).


Jalan dah clear sebelah kanan, saya nak balas ke kiri. Tiba-tiba datang moto menyelit rapat sebelah kiri. Terus aku brek mengejut (nasib tak ada kereta di belakang). Punya dia gigih selit sampai badan moto kena pintu kereta.


Nasib baik balas dalam keadaan slow, kalau tak... Waalaikumsalam, libas moto ‘lah jawabnya.


Walaupun kereta aku banyak kali kena sondol dek moto (dek kelajuan dan tak sempat berhenti di lampu isyarat, kena sondol waktu kereta saya elok dok menunggu lampu isyarat bertukar).


Kemek habis sebelah kiri bumper belakang. Siap berubang lagi.


“Sorry... Sorry, saya tak sempat brek. Tak perasan lampu tengah merah.” Kata tuan moto.


Tak perasan kata dia. Mamai ke apa.


Semua kenderaan waktu tu tengah slowkan kenderaan sebab lampu merah. Kereta depan memang dah berhenti.


“Macam mana ek, saya tak ada duit nak ganti.”


Hmmm...


Aku, kalau nampak kelibat moto memang seboleh mungkin beri mereka ruang. Apa lagi kalau mereka tengah di depan dan dok main ke tepi ke tengah.


Atau jenis yang keluar simpang tak pandang kiri kanan. Tangan sebelah pegang phone dan mata khusyuk pandang phone... Maka, habis slow dan sangat berjaga-jagalah aku drive. 


Punya takut terlanggar dia (dan kadang, aku sengaja masuk jalan lain untuk beri laluan).


Sebab, aku tahu betapa sakitnya kesan kena langgar dan jatuh moto (aku pernah berkampung dalam ward 3 bulan langgar).


Jadi, minta sangatlah tuan/puan/cik puan yang bawa moto jangan menyelit (maksudnya ruang tu dah sempit sangat) sebelah kiri terutama nak keluar/masuk simpang.


Macam kes tadi, tuan moto jalan terus sambil langgar cermin sisi dan sagat badan kereta. 


Dan dia membalas ke jalan sebelah kanan (motif menyelit sebelah kiri, kemudian pangkah ke kanan? Kenapa tak ikut sebelah kanan sebab nak ke kanan, ‘kan? Hadoi... nasib tak libas moto dia, kalau tak pakat tak beraya ler).


Kredit foto: Sinarin Memandu

Aku faham, dia mungkin tengah kejar masa nak hantar barang orang. Tapi keselamatan dia dan orang lain pun mesti dijaga sama.