.

Jumaat, 30 Disember 2016

Andai ini takdirku...


"Susah itu nikmat. Ujian itu nikmat, dengan syarat kita bersyukur, redha. Nikmatnya akan kita rasa." - DUKE

Ye, semuanya akan menjadi susah payah, sendat padat, sengkak senak, huru-hara, kacau-bilau bila kau tak redha. Akhirnya, buat kau menggelupur kesakitan dek tak mampu memikirkan jalan keluar. Tak mampu sebab kau hanya habiskan masa dan tenaga meratapi nasib ada segala kesusahan dan ujian yang Dia berikan pada kau. Kau cuma nampak itu, hanya itu.

Kau tak nampak lain selain itu, jadi mana mungkin kau nampak hikmah disebalik semua susah payah yang sedang kau jalani, ye dak?

Begitulah aku pun. Berbulan-bulan berperang dengan emosi, meratap kenapa Allah campakkan ujian yang tak terfikir dek akal aku sepanjang hidup ni. Langsung, tak pernah. Kenapa Allah pilih aku? Kenapa aku? Berbulan-bulan aku cuma nampak itu saja. Hanya memikirkan itu dan itu semata-mata.

Rutin hidup aku berubah 360 darjah. Semua jadi malas, segalanya tak suka. Pendek kata, macam orang tak ada semangat lagi nak hidup.

Serius, kalau boleh memilih. Aku mohon Tuhan matikan saja aku ketika itu. Menangis dan menangis. Itulah kerja aku berhari-hari, berminggu-minggu.

Waktu solat menangis, doa menangis. Mandi pun sama, menangis saja semahu-mahunya.

Berat badan aku turun mendadak, bukan sebab skip makan. Aku makan, tapi tak tahu ke mana perginya. Macam angin masuk dalam perut, sumbat-sumbat kenyang.

Orang-orang terdekat kata, sabarlah. Sabar...sabar...sabar. Sampai aku muak dengar. Rasa nak lempang aje mulut orang yang suruh aku sabar tu. Sampai aku warning depa, kalau kau sebut perkataan sabar depan aku lagi, aku tampar!

Hingga suatu malam, tepatnya sepertiga malam. Sama seperti kebiasaan, aku bangun solat tahajud dan taubat.

Dalam sujud terakhir, aku ingat aku sebut kata-kata ni dengan sepenuh hati...

"Ya Allah, kalau ujian yang sedang aku terima ini adalah kifarah dosa-dosaku...Aku mohon dengan sangat, Engkau ampuni aku. Aku bertaubat kepadaMu dengan sesungguhnya, terimalah aku kembali. Terimalah taubatku, bersihkan diri dan hatiku daripada segala dosa."

Lama, lama sekali aku sujud. Sampai aku rasa oksigen macam dah tak sampai ke otak. Aku rasa pening dan menggigil.

Habis solat, entah...aku rasa begitu lega. Sangat! Aku sambung zikir sampai waktu Dhuha. Kemudian aku tidur sekejap.

Dua jam kemudian....(nanti aku sambung ye, sorry banyak benda pulak mengganggu ni. Jumpa lagi ye...)

Jumaat, 10 Jun 2016

Blogku terbiar sepi...

Ya Allah, lambat nak mati blog aku ni terbiar sepi tanpa khabar...cewahhh...sendiri malas post entry bikin ayat sendu lak. Puihhh!

Sebenarmya, banyak benda nak share dengan korang...cuma cari masa sesuai untuk disharingkan (hehehehe...macam biasa). Nanti aku postkan sikit-sikit ye.

Hari ni sebagai permulaan (ini pun time kat phone, jenuh dok kecik beso...kecik beso 'kan screennya huhuhu...nampak tak tahap kemalasan aku? Nampak???), kita santai-mantai je ye.

Actually tengah panaskan lauk untuk sahur, sambil tu layan blog yang dah bersawang-mawang nich! Puasa korang macam mana setakat ni, meja mesti penuh dengan makanan 'kan.

Aku macam biasa, 1 lauk (pedas punya) & 1 sayur (or ulam), cukup. Bukan nak jimat, malasnya yang berbakul-bakul. Lagi satu, malas nak buat tayangan ulang siaran dalam peti ais & meja makan. So, macam tu je la caranya untuk elak semua tu.

Allah, serius aku rindu sangat nak post entry kat blog aku nich. Macam-macam nak cerita, nak ngadu nak share. Nantilah eh, kita post satu persatu. Nak recall balik apa dah jadi sepanjang 'kehilangan & kemalasan' aku nich.

So korang, hidup baik-baik. Puasa elok-elok. Banyakan doa...doa...doa sebab kita berada di bulan penuh berkah, rahmat dan keampunan.

Sepanjang bulan ni kita pakat-pakat rebut peluang buat amal banyak-banyak, bukan berebut nak post makanan siapa paling dahsyat kat fb/ig tu. Tak kisahlah kalau nak post pun, tapi tak payah nak gigih sangat. Ala kadar sudahlah...kan...kan...kan ^_^

Oklah, kita jumpa lagi di lain entry, tolong doakan aku supaya jadi blogger yang rajin post entry kat blognya macam korang ^_^

Salam Ramadhan & selamat berpuasa.