.

Rabu, 24 Ogos 2011

Ayuh Pompa Bensin...

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku men’cintaimu

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana
Aku merindui mu
Hmmm Kerana aku sentiasa menyintaimu

Isnin, 22 Ogos 2011

Pesanan isteri kepada suami...

Dpt emel ini, so aku nk kongsikan dgr korang di ruangan ini...
1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami ”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!).

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. Itu hipokrit atau dalam bahasa Arab disebut Munafik. (ustaz/ustazah yg ada kat sini kalau silap sori yek)

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

Ahad, 21 Ogos 2011

Kekal dalam iman, tenang dlm sabar...

Selamat malam ۞
۞ Selamat berqiyamulail. Selamat beri'tikaf ۞
۞ Selamat bermunajat. Selamat beribadah ۞
۞ Selamat bertahajjud. Selamat mencari Lailatul Qadar ۞
۞ Mudah-mudahan beroleh kesejahteraan ۞
۞ InsyaAllah bi iznillah~Ameen Allahumma Ameen ۞
۞ Salam maaf dari hati untuk tiap kekurangan walau sekecil zarah

Sabtu, 20 Ogos 2011

Tangan kayu + ketupat= ke laut...

Kan best kalau ketupat yg cantik ni adalah hasil anyaman tgn aku...kekekekekeke...berangan lg!
Sumpah, aku mmg x pandai anyam ketupat, tapi tiap2 tahu azam aku adalah nk anyam ketupat sendiri. Tiap2 tahun jugak aku dok daunnya utk buat ketupat, last dok menjanda atas rak dapur :(

Sejak kecil, famili aku x ada acara anyam2 ketupat neh...biasanya kakak aku ambik kontrak buat nasi impit jek, himpit pun dgn lesung batu...sok pg potong kecik2...mmg x de rupa ketupat daun la...sedey :(

So, bila dah keje mmg aku berazam nk buat sendiri, belajar kemain lagi dan alhamdulillah G.A.G.A.L!!! Omg mmg dasar tangan kayu, mana mau nyer menjadi ketupat tuh...jgn kata rupe ketupat bawang or ketupat jantan...rupe tikar mengkuang pun x jd...ke laut ada ler...!!!

Tahun ni, aku masih dgn azam yg sama...tp sapa lah yg mampu ajar aku sampai L.U.L.U.S ni....sob...sob...sob!

Aku mmg teringin sgt nk merasa nikmatnya anyam ketupat dgn 10 jari aku yg x berapa nk runcing neh...teringin nk rebus ketupat dlm periuk kawah...teringin nk main asap masa angkat ketupat yg dh masak n gantung mcm yg aku selalu tgk kat umah kengkawan aku tuh...tp...bila agaknya impian itu akan dpt aku realisasikan???

Selain ketupat, aku teringin sgt nk merasa buat n bakar lemang...bila tgk citer kat tv mlm raya org dok bakar lemang aku syahdu sengsorang...adoyai byknya impian aku yg x kesampaian lagi...hop2 x kempunan lah hendaknya.


Jumaat, 19 Ogos 2011

Aishah + Pulanglah = Terkenang...

Pulanglah

...Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah...

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )

Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya

SATU HARI DI HARI RAYA - M NASIR


Khamis, 18 Ogos 2011

Aurat...

Sesi berkongsi ilmu...

Hmmm...yg mana satu cara kita menutup aurat?

Rabu, 17 Ogos 2011

S.Jibeng + Musafir Di Aidilfitri = Sayu

Musafir Di Aidil Fitri

Gema takbir di subuh hari
Menjelang sudah aidil fitri
Tapi hamba musafir diri
Ke sana sini membawa diri

Ayah ibu lamalah pergi
Pergi menyahut seruan Illahi
Tinggal hamba seorang diri
Tiada siapa ingin hampiri

( korus )
Oh Tuhan Yang Maha Kaya
Hamba menangis di pagi raya
Aidil fitri hari bahgia
Tapi hamba dilanda derita

Pusara ayah dan juga ibu
Di pagi bahgia hamba kunjungi
Dengarlah ini ratapan anakmu
Hamba musafir di aidil fitri

Isnin, 15 Ogos 2011

M.Nasir + Satu Hari Di Hari Raya = Syahdu

Satu Hari Di Hari Raya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

Khamis, 11 Ogos 2011

Selasa, 9 Ogos 2011

Kubahagia...

Makna bahagia itu sgt subjektif, bergantung sudut pandang seseorang itu...

Isnin, 1 Ogos 2011

Terkenang & terliur...

Perghhh lama betul x membaking, sejak2 pindah umah ni mmg aku x pernah usik langsung brg2 baking...waima secubit tepung pun kekeke...mmg pemalas!

Serius aku mmg kepingin nk membaking tp x time...memanjang je kerja n asimen, blk dh penat, hari minggu aku berebut nk tido...so bila kalanya nk membaking2 bagai?

Gambar ni hiasan semata2, x de kena-mengena dgn resipi aku kekekeke..pinjam daripada Mr Google...;)
Masalahnya aku asyik terkenang2 n terliur nk mkn moist cake coklat hasil air tangan sendiri...kalau beli kang ada jek yg x kena...terlebih manis la...terlebih padat la...x berapa nk moist la...coklat x tulen la...mmg byk komen aku bila mkn makanan yg dibeli huhuhuhu!

So, bila aku nk start membaking sebenar2nya? Entah, tak tahulah! Tggu raya la kot, jgn oven mahal aku merajuk sudah...parah kalau kena beli lain...beribu aku beli tuh!

                                           

                                 ...wahai cik coklat moist dtg la menjelma dlm mulut ku...kekekekeke