.

Rabu, 9 Oktober 2019

Oktober Yang Terpilu


Tarikh hari ini, kalau boleh aku tak mahu ingat langsung. Sejak beberapa peristiwa hitam berlaku pada tarikh ini, aku off telefon. Hilang seketika daripada media sosial.


Walau tak ramai yang tahu atau perasaan, aku berusaha keras hilangkan diri hanya untuk melindungi emosi sendiri.


Bagi aku secara peribadi, tiada yang manis di bulan OKTOBER.


Walau aku berkongsi Oktober yang sama dengan arwah Abah ( Tuan Remli Tuan Ibrahim), tetapi Abah tak ada. Banyak hal yang aku terkilan dan rasa sangat berdosa membabitkan Abah. Sampai sekarang, aku masih mampu maki diri sendiri dek rasa itu.


Pada tarikh sama seperti hari ini, aku kehilangan seorang sahabat. Biar kami berlainan bangsa, tetapi dia istimewa dalam hati aku. Becca, aku rindu kau.


Oktober, tiada lagi ucapan manis daripada seorang TTM. Aku tahu dia di mana, tetapi aku tak boleh lagi mendekatinya. 


Dan sama seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini aku masih dalam 'hidup dan emosi' sama menyambut #Oktober ,


Aku masih tak mampu mengucapkan #HelloOctober . 


Oktober, masih lagi menjadi yang terpilu dalam hatiku. Merangkul kemas dan kejab.


Maafkan aku.

Sabtu, 5 Oktober 2019

Jemputan


Buat apa Uolls petang minggu gini? Makan, lepak...tidur?

Bestnya.

Kerja?

Oh, samalah kita. Bukan gila bekerja, tetapi perlu berkerja. Sebab, niat hati dan masuk umur 50-55 tahun nanti, boleh tumpu pula pada hobi.

Apa hobi kau orang?

Kalau aku, berkebun, travel, menulis dan membaca. Bunyinya macam biasa dan membosankan. Iya, begitulah. Masing-masing dengan hobi dan kesukaan sendiri. Mungkin sama, cuma tak serupa.

Jadi, sekarang ni kita pulunlah kerja. Buat sehabis baik, kerah tenaga, usaha dan semangat. InsyaAllah, pasti ada hasilnya.

Memandangkan banyak benda nak diurus, jadinya dapat masuk sekejap saja di sini. Biasanya menaip di blog waktu malam. Sayangnya, sampai jam 2-3 pagi pun kerja tak habis lagi.

Oh ya, sebelum terlupa. Nak jemput kau orang layari portal baru tempat aku bekerja. Bacaan free aje, kalau rajin komenlah. Semoga mendapat manfaat bersama. Kalau ada cadangan, beritahu eh.

Jemput masuk GAYA360.COM dan subscribe youtube

Terima kasih banyak-banyak.

Wassalam.