.

Rabu, 28 Oktober 2015

Migrine + Homemade Kek Pisang

Hari ni MC, badan ok, tapi kepala tak daya nak drive, hadap jalan jem yang entah apa-apa je, semedang je jem 'nya! 

Lepas Subuh, telan ubat, sambung tidur. 

Jam 9 pagi tersedar  bunyi mesin rumput sekitar taman tepi bilik tidur. Aduhai...Paksa diri bangun, mandi dan cari makanan dalam peti ais. 


Bila duduk rumah, badan tak reti duduk diam, migraine pun sibuk nak main masak-masak. 

Dalam 30 minit mengerjakan #pisang40hari kat #dapurkecikgua . 

Campak-campak je, sekali tgk dalam oven...amik ko...#overload! Tapi bau #bananacake ni memang menusuk kalbu huhuhuhu. 

Sekian cerita migraine + #homemade #kekpisang gue😎

Jumaat, 23 Oktober 2015

Perempuan zaman edan...


Kejadian 'lawak' dalam perut LRT. Ada dua perempuan lingkungan umur 20-an. Aku di sebelah, 'terpasang telinga' (logik pun, depa bukan cakap mcm berbisik dalam kelambu).

Perempuan A: "Stress 'la dengan ex-wife boyfriend Aku tu. dah bercerai tu dah la, ni sekejap2 call...sms...mintak itu ini. Dah mcm laki bini, tak macam orang bercerai pun!"

Perempuan B: "Apa kes pulak kali ni?"

Perempuan A: "Ye la, diorang dah cerai, tapi ex dia tu still mintak duit. Konon nak beli susu anak la, pampers...duit taska bagai. Dah cerai tu dah la, dia bukan tak kerja. Pasal nak ganggu, mintak duit semua kat boyfriend Aku!"

Perempuan B: "Ala, dengki la tu tengok ex dia bahagia dengan ko. Ko kena hati-hati, nanti kalau korang dah kawin ex dia still buat perangai mcm tu masak ko. Hidup mcm orang bermadu lak, menanggung anak & ex wife!"

Perempuan A: "Tu yang Aku stress, melampau betul perangai ex dia tu. Benci aku, move on la tak payah nak menggendeng duit bekas laki. Tak malu agaknya!"

Perempuan B: "Ko kena tegas sikit, kalau sampai kawin mcm tu, susah ko nanti."

*Panjang lagi 'bual bicara' depa, tapi cukup takat tu je aku share. Aku cuma nak kata sejujurnya, dua2 'bingai binti bengap'!

Keduanya, kalau cari penasihat jangan jenis otak 25%. Memang melingkup la!

Selasa, 20 Oktober 2015

Kamu, limited edition...


Aku akui, aku memang tak ramai kawan. Boleh dikatakan sangat-sangat terhad, tetapi bagi saya berbaloi sebab yang ada dalam genggaman hati saya semuanya jenis limited edition. InsyaAllah.

Ada orang kata, aku tak pandai berkawan...Aku tak pandai cari kawan. Aku kedekut nak berkawan-kawan. Mungkin, sebab akutak nak rosakan nilai seorang kawan. Kalau sekadar berteman, tiada masalah. Datanglah 10 kali, hilanglah 100 kali...Aku takkan berasa hati.

Apabila berkawan, aku memang akan 'jaga' betul-betul, walaupun ada masa hati aku dikorbankan. Tak apa, aku puas hati. Ego tu ada masa untuk diri sendiri aje, tak perlu tunjuk semua kat kawan kita kan.

Sabtu, 10 Oktober 2015

Seronok ke sendirian...?


Ada orang cakap kat aku, "Seronoklah You 'kan, hidup sendiri. Tak banyak komitmen, selesaikan hal hidup You je...lain-lain tak perlu ambil tahu!"

Aku diam mendengar tanggapannya...Hmmm, mudahnya dia 'membaca' hal hidup aku. Bagi dia, hidup aku nampak mudah, simple dan tak banyak ragam. Mungkin tak serumit hidup dia, barangkali. Cik kak, hidup siapalah yang tak ada komitmen? Sama ada ko hidup sendiri atau berdua, bertiga, berlima mahupun bersepuluh, komitmen sentiasa ada. Bezanya, banyak mana...seserius mana komitmen tu.

Memang aku tak ada anak yang membuat hidup aku kelam-kabut setiap kali nak berpergian, sama ada ke tempat kerja atau ke mana saja, tetapi itu tak bermaksud mudahnya untuk aku bergerak ke sana sini. Tak juga membawa maksud, aku senang hati nak ke mana saja. Mungkin langkah lebih panjang, tetapi halangan tetap ada. Kalau tak ada, agaknya dah lama aku travel ke sana sini. Merantau ke negara orang untuk beberapa tahun, barangkali.

Kadang, aku selalu teremosi apabila orang pandang remeh hal hidup aku. Ayat-ayat macam; "Alah, ko senanglah bukan ada siapa nak dijaga!", "You bolehlah, dapat gaji semua masuk poket sendiri...tak susah nak berkongsi dengan suami!", "Kalau aku jadi ko, dui gaji aku sure selalu habis pergi travel je!"... Ye, antaranya macam tu bunyi tanggapan mudah mereka berkait hidup aku.

Aku senyum saja, malas nak kata apa-apa. Aku sedar, hanya diri sendiri tahu apa yang kita lalui. Orang lain hanya nampak luaran saja, bukan salah mereka. So, abaikan saja. Emo pun pendam sajalah, jangan tunjuk nanti diri sendiri nampak bodoh sebab mereka bukan nak faham. Silap hari bulan, kita pula dikatakan poyo...tak bersyukur. Manusia, biasalah. Macam-macam 'kan!

Jumaat, 9 Oktober 2015

Khabar yang hilang...

Selagi Dia mengizinkan, selagi itu aku terus menanti khabarmu muncul didengarku...InsyaAllah
Hari ni ulang tahun kelahiran aku yang ke... ^_^, macam tahun sebelumnya nampak gaya tahun ni perasaan kecewa dan terkilan tu masih tersangkut dalam dada aku. Masuk tahun ke-3, aku tak terima apa-apa ucapan istimewa daripada 'dia'. Tiada langsung sepatah kata, paling tidak 'HB'.

Dia betul-betul 'menghilang' walaupun aku tahu dia sentiasa ada je, cuma tak pernahlah kami terserempak di mana-mana. Atau mungkin kalau dia nampak aku, dari jauh dia dah 'lari' menjauh. Hmmm!

Hari bahagia ni, jujur kata, tiada yang aku harapkan selain tanda ingat daripada dia. Cukup sekadar, "Selamat hari jadi, Anis." Cukup! Bukan nak panjang-panjang. Mungkin dia dah lupa, mungkin juga masih ingat tapi sengaja lupakan. Tak pasti...Tak tahu!

Aku cuba untuk tak berasa apa-apa apabila tiba hari ni. Aku cuba segigihnya untuk tak ingat tarikh hari ni, tapi sia-sia! 24 jam, aku asyik menanti. Macam si bodoh!

Khamis, 8 Oktober 2015

Soto Bulu Ayam....Dammm!

Bukan main banyak lagi bulu ayam yang 'tertinggal' dan di supkan utk kuah soto ni....waaaa kembang tekak aku!

Tadi beli soto bungkus, balik panaskan. Masuk dalam pinggan. Sambil2 nak gaul sup dgn cili kicap tu jumpa pula benda asing (atas tapak tangan tu). Jenuh belek, rupanya bulu ayam! Omg...kembang tekak weh.
Itu pasallah aku cerewet bab makanan siap mkn ni. Rela masak sendiri walaupun taklah sesedap beli. Janji kebersihan terjamin.

Kepada peniaga makanan semua, tolonglah. Tolonglah masak dan sediakan makanan jualan anda macam anda nak makanan sendiri. Tolong ikhlaskan kerja dan usaha anda. Jangan fikir nak jual saja. Tolonglah...tolong dgn sangat2!

Sepinggan soto ni RM4.50 (guna ayam pencen) berakhir ke tong sampah! AllahuAkbar, nanges aku nak terjunkan makanan ni dlm tong sampah.

Rabu, 7 Oktober 2015

Homemade Kek Sarang Semut...


Kejadian jam 3 pagi, ni la aktiviti penyelamat bila tak boleh tido. Mula-mula nak buat butter cake tapi butter pulak x cukup. Dkt 10 minit berdiri tgh dapur, last dapat idea bikin ‪#‎keksarangsemut‬ a.k.a ‪#‎kekgulahangus‬ . Lama jugak tak buat kek ni, sebab nak kena peram bagai...sgt malas.

Dek terlebih vitamin R + layan movie kat playbox, berjalan lancar aktiviti ni. Hasilnya nanti petang sikit kita potong eh. *walaupun tgh rajin tetap malas nak setting mixer, so gua guna blend jek. Orang malas selalu byk idea #‎dapurkecikgua‬


Nampak kejadiannya naik cantik, rupa di dalam tak tahu lagi. Harap ada semut2 sudi buat sarang masa peram tadi. Sabarlah hati, petang kang kita buat keratan rentas ye.

Bahan untuk buat kek ni mudah je, stepnya pun simple. Cuma, antara rajin dengan malas je, berlumbalah korang tengok sapa menang...hahaha ^_^ 

Ni aku tempek bahan keperluan untuk buat kek sodap neh;

Bahan: 
1 cawan gula*
1 cawan air*
2 sudu besar mentega*

Semua bahan bertanda * tu korang masak, carannya kena masak gula dulu sampai likat dan berubah warna keemasan. Kemudian masukkan air, slow-slow kang meletup kena tangan/muka korang yang licin suci tu. Bila dah sebati semua, padamkan api dan masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair, sebati dengan air gula hangus tu. Sejukkan.

Bahan kering:
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh soda bikabinat*
1 sudu besar baking powder*
Sedikit garam halus* 

Semua bahan bertanda * tu korang ayak bersama dan gaul sebati (lepas diayak tu).

Bahan mixer: (tang ni aku guna blender je, malas nak setting mixer)
3 biji telur (pastikan korang basuh bersih kulit telur tu, kang makan taik/bulu ayam)
1-2 camca teh esen vanila
1 cawan susu sejat manis

Mula-mula blend/mix telur dengan esen vanila sampai kembang. Kemudian masukkan susu sejat manis, mix lagi sampai sebati. Time ni aku blend berkali-kali sampai adunan nampak putih sikit.

Ok, sekarang korang boleh tuang bahan yang diblend/mix ke dalam campuran tepung tu. Gaul rata dan sebati. Selepas tu, masukkan bancuhan air gula hangus. Gaul sebati lagi. Cara aku, aku tapis adunan kek siap-siap dalam acuan/loyang kek (aku tak perap dalam mangkuk adunan sebab takut tergodek adunan masa nak tuang, kang terkacau sarang semut tu tak menjadi pulak sarangnya). Kemudian perap 2-3 jam. Nak bakar nanti, setkan oven ikut suhu oven korang. Suhu oven aku, 170 darjah masak 30-40 minit.

Selasa, 6 Oktober 2015

Alahai 'Abang Duda'...


Pagi ni, buka blog, ada komen berbunyi.."Hi, Awk dah kawin. Sy duda, tak ada anak. Suka baca blog awk, rajin masak dan berjalan. Bini sy dulu tak suka masak tapi rajin berjalan-jalan. Berapa no telefon awk?"

(Aku: Erkkk...)

Nasib baik buat setting komen, kalau tak terlepas la komen sengal tu kat blog gua.

Bang, ada gua kesah isteri lu dulu tak suka masak? Gua bukan kembar bini lu! Hahaha...apa pun mekasih la, kasi gua modal gelak pagi-pagi buta ni. Komen Abang memang 'win'!

Isnin, 5 Oktober 2015

4 amalan sebelum tidur...


Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “

Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrohmaan irrohiim,
‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “
“ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa Muhammad wa’alaa aalii Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau
“ Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar ( 3x )
( Tafsir Haqqi)

Subhanallah,  kepada yang berkongsi pesanan ini semoga akan dijauhkan daripada kesusahan, keterpurukan dan keputusasaan. Aamiin.

Jumaat, 2 Oktober 2015

Alkisah...Gulai Kari Ikan Pelaling...

Ikan Pelaling - Gambar: Google

Macam biasa hari ni bawak bekal ke office. Semalam ke NSK, beli 1kg ikan pelaling. Lepas subuh tadi, bikin kari tanpa santan. Meriah seperiuk. Aku bawak lebih, macam biasa. Niat nak share dgn staff lain mcm selalu.

Dia: "Lauk apa hari ni?"

Aku: "Kari ikan pelaling takde santan smile emoticon"

Dia & Dia: "Ikan pelaling? Ikan tu bukan utk kasi kucing makan ke?"

Aku: "Ramai je manusia makan smile emoticon"

Dia: "Hish...Tak selera la nak makan, kalau ikan kembung tu oklah. Pelaling mana orang makan. Ko ni pelik la, siap buat kari lagi."

Aku: "Takpe, tak paksa. Aku makan sorang pun boleh habis."

Gulai Kari Ikan Pelaling tanpa santan, special frm #dapurkecikgua
 
[Kami makan sebelah menyebelah, makan makanan masing-masing.]

Dia: "Sedap pulak bau kari ko ni, mintak sikit kuahnya."

Aku: "Ni kari ikan pelaling, ko mana makan. Ni taraf kucing je makan."

Dia: "Aku nak rasa kuahnya je, itu pun sentap."

Aku: "Tak sentap haih, aku beritahu je. Ko jugak ckp tadi tak selera nak makan. Kuahnya pun ada rasa ikan pelaling gak!"

[Aku sambung makan, sambil menyudu kuah kari dan sambal belacan.]

Dia 2: "Rasa sikit eh, nampak sedap tgk akak gaul nasi dgn kuah kari, sambal belacan tu."

Dia 2 menyudu kuah kari ke bekas nasinya. Sambil pejam-pejam mata.

Dia 2: "Huh, piaw betul rasa karinya. Takde santan ni, pasal elok je pekatnya? Kalau saya buat cair mcm sup kalau tak letak santan."

[Dia 2 menyudu pula ikan, dia ambil bahagian kepala. Aku pandang je.]

Dia 2: "Eh, sedaplah ikan ni. Manis isinya. Saya tak pernah teringin nak beli ikan ni walaupun harga dia murah daripada ikan kembung. Lepas ni boleh la beli. Masak kari mcm ni, sedapnya."

Aku: "Buah sambal pun sedap, cubalah. Tak cuba tak tahu, kalau kucing makan tak mati apalagi kita. Nikmat Allah beri, jgn sombong."

‪#‎cerita‬ ‪#‎kariikan‬