Memaparkan catatan dengan label Lifestyle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lifestyle. Papar semua catatan
Sabtu, 5 Oktober 2019
Jemputan
Buat apa Uolls petang minggu gini? Makan, lepak...tidur?
Bestnya.
Kerja?
Oh, samalah kita. Bukan gila bekerja, tetapi perlu berkerja. Sebab, niat hati dan masuk umur 50-55 tahun nanti, boleh tumpu pula pada hobi.
Apa hobi kau orang?
Kalau aku, berkebun, travel, menulis dan membaca. Bunyinya macam biasa dan membosankan. Iya, begitulah. Masing-masing dengan hobi dan kesukaan sendiri. Mungkin sama, cuma tak serupa.
Jadi, sekarang ni kita pulunlah kerja. Buat sehabis baik, kerah tenaga, usaha dan semangat. InsyaAllah, pasti ada hasilnya.
Memandangkan banyak benda nak diurus, jadinya dapat masuk sekejap saja di sini. Biasanya menaip di blog waktu malam. Sayangnya, sampai jam 2-3 pagi pun kerja tak habis lagi.
Oh ya, sebelum terlupa. Nak jemput kau orang layari portal baru tempat aku bekerja. Bacaan free aje, kalau rajin komenlah. Semoga mendapat manfaat bersama. Kalau ada cadangan, beritahu eh.
Jemput masuk GAYA360.COM dan subscribe youtube
Terima kasih banyak-banyak.
Wassalam.
Isnin, 11 Ogos 2014
Pabila jadi 'style stalker'...
Aku suka warna dan bentuk, tambah ghairah apabila terbabit
dalam dunia penulisan. Menjadi writer di surat khabar dan majalah buat minat pada bidang kreatif
lebih menyerlah terutama fesyen. Sayangnya, kalau uolls tgk gaya harian aku
memang ke laut la bahahaha!
Serius aku suka fesyen, waktu jadi writer di beberapa buah
majalah lifestyle dulu setiap bulan
kena fikir pasal konsep, gaya fesyen terkini, cari baju, model, makeup, pose, assg' fashion show
dan semuanyalah. Perghhh...Penat, tapi seronok sebab banyak benda baru dapat belajar.
Sampai sekarang pun masih buat benda sama cuma medium media
berbeza. Dulu di majalah versi print, sekarang portal online dan bagusnya tak
rasa bosan. Apatah lagi kalau dapat team yang menyenangkan. Kerja jadi enjoy
dan lebih kreatif.
Kalau kat Instagram tu, aku suka jadi follower utk IG
berkait fesyen. Puas je rasa dapat belek setiap masa hehehehe. Btw...bercakap
pasal fesyen dan gaya, terkini aku suka aura fesyen percikan daripada Olivia
Palermo. Kelibat wanita cantik
ni memang selalu ada je di mana-mana fashion show brand-brand fesyen terkenal termasuk Chanel,
Christian Louboutin dan Prada.
Menariknya
pasal selebriti berusia 27 tahun ni, apapun yang dia pakai selalu nampak fashionable (... sebab
itu dia diberi julukan 'The IT girl'). Hah, dia ni memang ada sense fashion yang awesome
dan elegan, jadi tak hairanlah kalau dia selau je tersenarai dalam kategori
Best Dressed di setiap acara yg dihadirinya. Hebatkan. Bagi aku hebatlah, sebab gaya dia selalu
chic, tapi tetap nampak santai dan effortless.
Siapa Olivia Palermo ni? Ha, whether you’re into high
fashion or vintage finds, you’ve most likely seen this face. Olivia Palermo
first hit the scene when she premiered in the 2008 MTV spinoff The City, dia
kerja dengan Diane Von Furstenberg as a public relation’s assistant. Sejak tu, dia created quite a name for herself
in the fashion arena for her remarkable sense of style.
Dia juga menjadi pilihan cover beberapa high end fashion magazines, termasuk Elle
Mexico, Marie Claire UK, Asos, Harper’s Bazaar Argentina dan banyak lagilah. Lagi
best, dia pernah menjadi juri jemputan untuk Project Runway and Britain’s
Next Top Model. Hah, lagi satu Palermo
ni dulu pernah muncul dalam reality show The Hills dan sekarang dia juga jadi blogger di webnya sendiri (www.oliviapalermo.com). Haruslah dalam blognya tu meriah dengan gambar2 mood fesyen dia, 'kan.
Bercakap pasal Palermo ni, jujur kata aku selalu rasa terinspirasi
bila tengok gaya dia yg stylish tu. Perghhh...beranganlah
kalau2 aku ni bertubuh tinggi macam dia, bentuk badan cantik, slim je pakai
apa pun terletak kat badan. Kalaulah aku 'Olivia Palermo'...Huishhh...berangan ni bab paling best 'kan. Bukan kena bayar pun, 'kan... bahahahaha!
Langgan:
Catatan (Atom)