.

Monday, August 11, 2014

Pabila jadi 'style stalker'...



Aku suka warna dan bentuk, tambah ghairah apabila terbabit dalam dunia penulisan. Menjadi writer di surat khabar  dan majalah buat minat pada bidang kreatif lebih menyerlah terutama fesyen. Sayangnya, kalau uolls tgk gaya harian aku memang ke laut la bahahaha!

Serius aku suka fesyen, waktu jadi writer di beberapa buah majalah lifestyle dulu setiap bulan kena fikir pasal konsep, gaya fesyen terkini, cari baju, model, makeup, pose, assg' fashion show dan semuanyalah. Perghhh...Penat, tapi seronok sebab banyak benda baru dapat belajar.

Sampai sekarang pun masih buat benda sama cuma medium media berbeza. Dulu di majalah versi print, sekarang portal online dan bagusnya tak rasa bosan. Apatah lagi kalau dapat team yang menyenangkan. Kerja jadi enjoy dan lebih kreatif.

Kalau kat Instagram tu, aku suka jadi follower utk IG berkait fesyen. Puas je rasa dapat belek setiap masa hehehehe. Btw...bercakap pasal fesyen dan gaya, terkini aku suka aura fesyen percikan daripada Olivia Palermo. Kelibat wanita cantik ni memang selalu ada je di mana-mana fashion show brand-brand fesyen terkenal termasuk Chanel, Christian Louboutin dan Prada.





Menariknya pasal selebriti berusia 27 tahun ni, apapun yang dia pakai selalu nampak fashionable (... sebab itu dia diberi julukan 'The IT girl'). Hah,  dia ni memang ada sense fashion yang awesome dan elegan, jadi tak hairanlah kalau dia selau je tersenarai dalam kategori Best Dressed di setiap acara yg dihadirinya. Hebatkan.  Bagi aku hebatlah, sebab gaya dia selalu chic, tapi tetap nampak santai dan effortless.

Siapa Olivia Palermo ni? Ha, whether you’re into high fashion or vintage finds, you’ve most likely seen this face. Olivia Palermo first hit the scene when she premiered in the 2008 MTV spinoff The City, dia kerja dengan Diane Von Furstenberg as a public relation’s assistant.  Sejak tu, dia created quite a name for herself in the fashion arena for her remarkable sense of style.

Dia juga menjadi pilihan cover beberapa  high end fashion magazines, termasuk Elle Mexico, Marie Claire UK, Asos, Harper’s Bazaar Argentina dan banyak lagilah. Lagi best, dia pernah menjadi juri jemputan untuk Project Runway and Britain’s Next Top Model.  Hah, lagi satu Palermo ni dulu pernah muncul dalam reality show The Hills dan sekarang dia juga jadi blogger di webnya sendiri (www.oliviapalermo.com). Haruslah dalam blognya tu meriah dengan gambar2 mood fesyen dia, 'kan.


Bercakap pasal Palermo ni, jujur kata aku selalu rasa terinspirasi bila  tengok gaya dia yg stylish tu. Perghhh...beranganlah kalau2 aku ni bertubuh tinggi macam dia, bentuk badan cantik, slim je pakai apa pun terletak kat badan. Kalaulah aku 'Olivia Palermo'...Huishhh...berangan ni bab paling best 'kan. Bukan kena bayar pun, 'kan... bahahahaha!


No comments:

Post a Comment