.

Jumaat, 8 Ogos 2014

Laksa Penang oh Laksa Penang...

Aku ada 1 masalah besar. Iya, bila aku teringin nak mkn sesuatu payah nak bawak bersabar. Dan2 tu jugak nak cari, nak masak...kalau tak ada, tak lena tido! Serius 'kan masalah aku? Sama mcm ke teringin nak makan laksa. Nak mkn pulak versi homemade, tak nak beli kedai!

Adoi, musim2 raya cenggini memang payah nak cari bahan masak laksa, terutama bunga kantan. Act, dah tahu sejak bertahun, tiap kali raya sure bunga kantan akan 'pupus' secara drastik dan malangnya, selera aku tak belajar dari sejarah. Time2 darurat cenggini tekak sibuk nak makan laksa homemade!

Dua tiga hari saya ulang-alik pasar cari  bunga kantan...memang nan ado! Subuh hari ke pasar tani pun, jangan kata kuntum...batang bunga kantan pun tak nampak bayangnya. Bak kata si penjual, "kalau ada pun nasib2 la dik!"

Hadoilah...ikan dah dibeli, daun kesom dah dipetik (aku tanam sendiri dlm pasu tau...saja nak bagi tahu, sebab nak berlagak wahahaha). Mlm kelmarin saya gigihkan jugak buat kuahnya, konon2 masak dulu sebab syg ikan beli segar2 x nak simpan dlm peti ais lama2. Kononnya lagi, aku tengah buat kuah laksa versi 'postpone'. Esoknya nak teruskan misi mencari si bunga kantan lagi, tapi nengokkan kuahnya,hidu romanya...perghhh tak tahan.


Tak tipu, memang aku pulun kuah laksa ni dengan nasi...hehehe

Makan laksa dengan nasi? Ajegile...kuah laksa mkn dengan nasi! Itu ler yg aku buat! Hahaha...rare 'kan 'kan 'kan!

Lepas dua hari mereneh kuah laksa dan makan kuahnya tanpa laksa tapi nasi...akhirnya habis jua. Tak dan jumpa bunga kantannya. Tiga hari kemudiannya, waktu pergi pasar raya (tanpa niat nak mencari bunga kantan pun)...eh...ada pulak selonggok bunga kantan segar bugar! Apa lagi, aku rembat sampai 3 kuntum. Puas hati, harga pun tak semahal yg kawan2 beli (ada yg sanggup beli 2 kuntum RM15...giler! Macam ni, tokey bunga kantan boleh buat haji hari-hari)
Bunga kantan yg akan pupus secara misteri pada musim perayaan...hehehe
Dengan adanya bunga kantan, maka, hilanglah sudah kempunan aku nak makan laksa. Perghhh...rasa nikmat sungguh tiap kali menyuap laksa ke dalam mulut. hehehehe... Nah, kat bawah tu aku share dengan uolls resipi laksa cara aku...ingat ni versi #resipimudah & #resipiringkas... kalau tak sama dengan kebanyakan resipi yg uolls jumpa, harap maklum ye ^_^

Resipi Laksa Penang 
Bahan:
1 bungku laksa beras, direbus sehingga empuk, tuskan airnya
1 kg ikan sardin segar (atau ada org panggil ikan selayang)
2-3 ekor ikan kembung
20 tangkai cili kering, dikisar
6 biji bawang merah, dikisar
3-4 keping asam kandis (uolls boleh pakai je asam keping)
Garam dan gula secukup rasa
Bunga kantan secukupnya, dibelah 4 (aku potong bulat2)
Daun kesum secukupnya

Pelengkap:
Timun, dihiris
Telur rebus, dibelah dua
Cili padi, dihiris
Daun salad
Limau nipis/kasturi, dibelah dua

Cara membuatnya:
1. Rebus ikan sehingga masak dan asingkan isi ikan daripada tulangnya. Carik-carikkan isi ikan (part ni aku tak tumbuk sebab nak rasa ketulan isi ikan tu, so uolls boleh je tumbuk/kisar...ikut suka).
2. Di dalam periuk, campur air rebusan ikan, cili kisar, bawang merah, asam kandis, bunga kantan dan air secukupnya. Rebus sehingga mendidih.
3. Masukkan isi ikan dan kacau rata. Masak sehingga mendidih.
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa serta daun kesum. Kacau rata dan tutup api.

* aku memang tak masukkan belacan ye, bukan sebab tak suka...tapi hidung gatal kalau mkn belacan. Macam mana nak menghirup kuah laksa nanti kalau asyik menggaru aje 'kan 'kan 'kan.
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan