Anak: "Ayah, kenapa orang baik meninggal dunia lebih awal?"
Ayah: "Anakku, apabila kamu beradi di dalam sebuah taman, bunga mana yang kamu akan ambil dulu?"
Anak: "Bunga yang paling cantik, Ayah."
Bah besar di bumi 'bergelar' Serambi Mekah penghujung 2014 baru-baru
ini, bagaikan petanda daripada-Nya. Alam terlebih dahulu menangis kerana
'mengetahui' akan kehilangan seorang Ulama' berjasa, bumi menerima air
bagi 'membersihkan' diri untuk menerima jasad seorang Murobbi Hebat nan
zuhud.
AllahuAkbar...AllahuAkbar...AllahuAkbar, Jumaat amat hiba,
begini rasanya sedih pedih kehilanganmu wahai Murobbi Ummah. Ketat dada
menahan semua rasa yang berbaur, namun anakanda redha. Saat pergimu
dengan amat 'tenang' dan penuh 'kemuliaan'.
Segala kebaikan, jasa dan ilmu yang diberi akan terus abadi dalam
ingatan 'anak-anakmu'. Selamat beristirehat 'Ayahanda', selesai sudah
urusanmu di dunia ini. DIA telah menjemputmu pada saat penuh berkah.
Biar diratapi sekalian banyak, 'senyummu' sudah menguntum. Lelahmu lepas
sudah, tinggal kami menyambung juang.
Tatkala jenazahmu 'dihantar' ribuan insan, jelas lagi nyata Ayahanda benar-benar dikasihi, akan dirindui sampai bila-bila.
Semoga damailah Ayahanda di sana, anakanda semua pasti menyusul, entah
esok, lusa....entah bila dan di mana, namun janji-Nya pasti tiba tepat
saat dan ketika.
 |
MURSYIDUL Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, 84, meninggal dunia kira-kira
jam 9.45 malam tadi. Bekas Menteri Besar Kelantan menghembuskan nafas
terakhir kira-kira satu jam sebaik tiba di rumahnya, selepas keluar
daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). -sumber- BHOnline .
AllahuAkbar. AllahuAkbar.AllahuAkbar. Innalillah. Tenanglah di sana,
berehatlah. Semoga senantiasa dalam lindungan, rahmat, berkah dan kasih
sayang-Nya. Aamiin. |
Moga kami setegarmu mempertahankan
kesucian agama kami. Berangkatlah ke negeri abadi setenangnya,
'anak-anakmu' redha.
Selamat berangkat wahai Murobbi Ummah. Innalillahi
wainna ilaihi rajiun. Al-Faatehah - Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji
Nik Abdul Aziz Nik Mat - 12022015- AlFaatehah.