.

Ahad, 28 Disember 2014

Pelan-pelan dulu ya...

BANYAK yang aku nak kongsikan di sini. Entry2 sebelum kejadian dan ketika kejadian #bah2014 yang melanda Malaysia. Terlalu banyak, tapi pelan-pelan ye. Nak buat proses catatannya dengan tenang, biar mulus hasilnya.

Rindu sangat2 dengan dinding #amomenttoremember ni. Aku tengah mencari waktu lapang, selepas selesainya beberapa urusan dan tuntutan kerjaan. Jadi, dapatlah mencatat dengan santai di sini. Harapnya, insyaAllah.

Jadi, aku tinggal dulu ye. Ketemu lagi kita di entry lain secepatnya. Terima kasih banyak-banyak buat yang selalu menjenguk ke sini. Semoga mendapat manfaat atas apa yang aku kongsikan ye. Terima kasih sekali lagi.

Jaga diri, hidup baik-baik.

Selasa, 16 Disember 2014

Huru-hara tu biasa...

ENTAh kat mana silapnya, selalu sangat jadi kelam-kabut dan huru-hara setiap kali ada plan nak jalan jauh. Selalu sangat aku perasaan keadaan ni, susun la jadual kerja elok macam mana pun last-last minute ada juga halnya.

Hari ni, aku sepatutnya dah siap-siap pack baju dan segala benda yang nak dibawa ke projek le tour de Pantai Timur. Macam tahun-tahun sebelumnya, aku memang pilih sama ada bulan November atau Disember untuk ke sana. Alasannya, waktu macam ni keadaan tak panas sangat. Member-member di Terengganu dan Kelantan kebanyakannya cikgu, jadi senang nak jumpa bila datang time cuti sekolah panjang.

Sayangnya, hari ni aku masih kelam-kabut dengan kerjaan. Setup date dah cantik, tapi last-last minute cancel dan tukar date ke hari ni. Demi nak menjaga mood, aku malas nak cakap banyak. Redah ajelah.

Hari ni jugak, aku ada sesi exclusive interview with Azharina Azhar. Siapa? Ala, penyanyi lagu Elegi Sepi tu. Mana satu? Jap lagi aku tempek gambar, now nak curhat dulu! Nasib baik kerja yang last minute tu selesai elok je setengah jam sebelum dating dengan Azharina @ Nina. Memang penat, tapi layankan aje demi kerjaan.

Interview bermula jam 4 petang (tunggu Nina selesai makeup di Butik Razman Razmi Kuala Lumpur). Tak susah interview Nina sebab dia bukan jenis banyak songeh...or sejenis 'artis no comment' memanjang. Kalau nak tahu, dia juga selalu dicop sebagai 'artis out spoken' . Itu yang aku suka pasal dia, kadang sampai tahap kena off the record demi kepentingan bersama...hehehe.

Azharina nampak anggun dengan solekan dan pakaian daripada Razman Razmi Kuala Lumpur
Actually, aku kenal Nina ni dah lama. Zaman umur dia baru 17-18 tahun gitu dan dia jenis yang fokus dan sangat tahu apa yang dia nak. Jadi, tak hairanlah dalam umur 29 tahun dia hampir ada segalanya. Beberapa aset penting dalam kehidupan macam rumah (huish dia ada beberapa buah ok), company sendiri, kereta dan lain-lain.

Kalau dengar dia bercakap, memang best...confident dan telus. Pada masa sama, orangnya lucu. Dalam serius, terselit jugak lawaknya. Dek bestnya bersembang, tak sedar dah jam 7 malam. Huish...time tu baru teringat baju tak pack lagi, makan pun belum dan macam-macam mula menyemak dalam kepala.

Oklah...sehari dua ni aku cuba siapkan secepat mungkin artikel Nina ni dalam ruangan selebriti di portal www.inspirasimagazine.com . Korang boleh baca perkembangan terbaharu Nina termasuk lelaki bernama 'Rahmat' yang kini cukup istimewa dalam hatinya.

Aku chow dulu ok, nak sambung pack barang dan kemas rumah sebelum gerak ke Pantai Timur esok pagi. Terima kasih korang, jumpa lagi...Muahhh!

Isnin, 15 Disember 2014

Selamat bertemu kekasihmu, Datuk Mus

DAPAT info pasal seniman filem Melayu klasik, Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju jam 8.38 pagi tadi.

Kata sumber, Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azhari Maarof meninggal di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital selepas dua minggu mendapatkan rawatan akibat penyakit paru-paru.
Allahyarham sebelum ni dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan bergantung sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan.

Jenazah akan disempurnakan di hospital dan disembahyangkan di Masjid Sentul sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang selepas solat Zuhur.

Dalam kenangan
Berpeluang menemubual suami kepada Allahyarhamah Roseyatimah, antara kenangan mengujakan dlm perjalanan kerjaya aku sebagai penulis/wartawan. Aku biasa panggil beliau dengan sapaan Uncle Mus (sebab suatu ketika dulu beliau selalu bertandang ke office ex boss aku, Datuk Mustafa Haji Ton, pemilik dan penerbit Variapop Group Sdn. Bhd.) dan kalau ada urusan rasmi, aku sapa beliau dengan Datuk Mus.

Beliau walaupun telah lama kehilangan pendampingnya, tetap tampil kemas, segak bergaya. Senyum tak pernah lekang dari bibirnya. Aura seorang ayah yang penyayang tu sangat kuat dalam dirinya. Itu yang paling aku ingat la.

Beliau yang aku kenali menerusi filem Melayu klasik seperti Hang Tuah, Bawang Putih Bawang Merah, Seri Mersing dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, sangat santun orangnya. Cukup gentleman, ramah dan penyayang. Pendek kata, peribadinya sgt menyenangkan kala didampangi walaupun beliau seorang bintang tersohor. Paling berbekas di hati, perkisahan beliau mengenai cinta hatinya, bunga yg sentiasa mewangi dlm hati - Allahyarham Roseyatimah. 

Setiap detik yg dikongsi bersama wanita istimewa itu sentiasa segar dlm sanubarinya. Tiada cinta baru yang mampu menggugat kesetiaannya itu."Dia (Roseyatimah) terlalu sempurna di hati saya. Sukar mencari setanding dia."
 

Selamat bertemu kekasih sejatimu. Mewangilah cinta kalian selamanya di Syurga Allah. #AlFatehah #DatukMustaphaMaarof #LegendafilemMelayuKlasik #writer #ialwayslovemyjob #ilovemyjob

Ahad, 14 Disember 2014

Teringin cucur udang chef Mat Gebu...

Gara-gara skodeng blog chef Mat Gebu , dan-dan teringin nak mkn cucur udang. Semua sukatan guna cawan, senang nak follow (sebab aku pemalas). Harapnya menjadilah...ekekeke.

Plannya pagi-pagi pegi pasar tani Danau Kota cari udang. Nak cari udang...nak cari udang....! Malangnya, ada orang block belakang kereta aku sampai berjam-jam. Actually aku dah perasan dari malamnya, tapi aku fikir mungkin sekejap aje. Tak sangka sampai ke pagi. Jadi, plan ke pasar tani mendadak 'hancur'!!!

Aku suka resipi ni sebab semua main campak-campak hehehe.

Rupa tak cantik, biasa orang tak berapa kreatif. Tapi rasanya memang best, tqsm Mat Gebu

Dek nak makan jugak, cari bahannya di NSK dan keinginan tertunai. Akhirnya... My homemade cucur udang tengah mlm ni 'kan. Tqsm chef Mat Gebu memang awesome resipi cucur udang tembam ni. Gebu-gebas dlm kuali & di atas pinggan. Terkinja-kinja kat dapur keseronokan. Gila tak seronok!

Sorry, rupanya tak secantik hasil air tgn pemilik resipi, tapi bab rasa memang terbaik. *p/s: Sos cili tu memang saja suka-suka bagi cilinya bersepah hahaha!


Nah aku 'copas' daripada blog Mat Gebu, senang bila-bila nak buat lagi dah ada rujukan di sini.  

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia)
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel

BAHAN SOS LADA :-)
5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.
  2. UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan
  3. UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!...
CATATAN MAT GEBU :- Mat nak pesan, kalau buat ni "tolongggg lahhh" berhati2.. terutama jangan bagi anak2 anda tergedek2 kat dapur, minyak panas ni weyyy...kalau ter ter ter (nak sebut pun seriau!)...memang tak de maap bagi mu.... Untuk yang membuat pun berhati2 yeaa...kang tercedara dah tak lawa satu hal, sakittt tuu yang tak bley tahan...berhati2 ok....

Sabtu, 13 Disember 2014

Homemade Lockching...

Kalau pegi Kelantan, area KB, PC, P.Mas or Sabak, ni la makanan yg selalu tak boleh miss. Cari sampai jumpa, beli bercucuk-cucuk dan makan sampai kembung pipi.
 
Kat KL ni ada jugak, tapi nak yang menepati cita rasa yang dah biasa rasa tu payah sikit. Daripada jahat mulut, merosakkan hati baik cari penyelesaian. Nah,
my homemade Lockching a.k.a satay ikan .

Sayangnya tak ada stock ikan selayang segar, jadi aku pulun je ikan selayang dah dibeli minggu lepas. Membuatnya tak susah, bahan pun tak cerewet. Paling penting, semua main campak-campak aje. Sangat style untuk orang malas macam aku tapi nak makan sedap. Dush!!!


Menggodeknya tak sampai 15 minit siap, puas hati makan panas-panas versi more ikan less tepung . Special from #dapurkecikgua


Aku tempek resipi kat sini kot-kot ada yang nak cuba;

Bahan:
7 ekor ikan selayang, diasingkan tulang dan kulitnya
2 biji bawang merah kecil
Sedikit garam
Sedikit lada putih
Tepung kanji/sagu secukupnya 
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Tumbuk isi ikan selayang bersama bawang, garam dan lada putih. 
2. Gaul ikan bersama tepung kanji, sukatan tepung aku main agak-agak je (asalkan adunan tak melekat kat jari).
3. Bulat-bulatkan adunan ikan, kemudian goreng.
4. Akhir sekali, aku masukkan bebola ikan ni dalam kuali dan goreng tanpa minyak (ala-ala bakar gitu, baunya wangi). Siap.

Lockching ni aku makan dengan sos pencicah keropok, sedap gila. Puas hati sebab rasa ikannya memang mantap. Trylah kalau rajin, kalau 'over rajin' tu beli je senang cerita.
 

Ada bakat, tonjolkan jangan diperam...!


Aku nak share satu video, mengenai seorang pemuda yang gigih mencari rezeki dan merancang masa depannya. Dia menggunakan bakat yang diberi Allah sebaik mungkin, selain percaya tiada kejayaan tanpa usaha. Kalau berani bermimpi, harus juga tegar untuk menempuhi setiap cabaran yang datang.


Jumaat, 12 Disember 2014

Lepaking port...

AKU, jarang sangat ada keinginan nak lepaking kat luar rumah kecuali ada geng nak jumpa atau ada assignment / event kena cover. Jadi, kebanyakan masanya, habis kat rumah je. Lagipun, time kerja aku selalu tak tentu masa. Kadang tak ada time nak lepak langsung, so bila ada kesempatan kena guna betul-betul.

Selain melepak dengan novel romantis, novel puisi or sekadar majalah, aku suka jugak layan blues kat beranda rumah (balcony). Walaupun tak seluas masa, tetapi cukup 'luas' untuk aku melepak bersama secawan kopi o panas. Kadang sambil layan lagu rock kapak, tak pun versi relaxing. Ada waktunya, heret laptop sekali (biasanya time idea gila tengah mencurah-curah).

Iya, aku mungkin agak skema. Jarang sekali keluar tanpa sebab. Mungkin kerana kat rumah banyak benda best boleh dibuat, selain memasak tentunya.

Ada pemandangan best kat balcony tu?

Kadang ada, kebanyakan masanya tak pun. Cuma, aku suka sangat suasananya yang cozy. Kalau lepaking waktu malam atau lepas solat Subuh, memang terharu. Menusuk jiwa betul.

Aku ada plan nak kasi best port melepak ni. Beberapa idea aku dah simpan baik-baik dalam folder 'home deco'. Cumanya kena tunggu ada bajet sesuai, kalau boleh biarlah menjadi macam yang dirancang.



Kalau ikutkan, barang-barang deco yang diperlukan kena cari kat merata tempat. Ada sebahagiannya boleh dapat kat Ikea dan kedai jual barang terpakai. Semua tu ambil masa, tetapi tak kisah janji menjadi bagai diidamkan. Aamiin.

Khamis, 11 Disember 2014

Terserahlah...


KITA, tak mungkin sama sekali boleh paksa orang untuk terima kita apa adanya. Suka atau tidak suka, itu hak mereka. Terserah!

Kalau pun kita cuma beli jiwa mereka dengan harga semahal mana sekali pun, tak memungkinkan mereka akan terima kita. Mungkin sekadar membantu kita dilihat dengan ekor mata, sadiskan!

Iya, susah nak faham. Hakikatnya, itulah manusia, tetapi jangan sampai ragam mereka merencatkan perjalanan hidup kita. Selagi tidak mencabar murka Allah, teruskan. Simple, iya hidup ini mudah kalau tak dipayahkan cara menerima dan memahami perjalanan hidup.


Ahad, 7 Disember 2014

Terkalahkah dek nafsu sendiri...?

TAK tau 'lah kenapa, kerjanya asyik nak makan je. Dah pagi buta (2 pagi), boleh rasa nak makan sangat2...sanggup turun katil, masuk dapur goreng telur. Bubuh nasi dalam piring, gaul dengan kicap. Serius tak tahu kenapa, ada ke disebabkan aku gigih diet maka ada waktu-waktu tertentu laparnya jadi lain macam???

Lima hari diet tanpa nasi, oklah. Dah serasi, cuma nak istiqomah tu payahnya ya ampun!!! Ada ajelah yang teringin nak dimakan, ulang alik masuk dapo entah berapa kali. Bila bukak peti ais, rasa berdosa. Tutup...!

Tak sampai 3 minit, terbayang benda-benda yang boleh dimasak dok ada dalam ice box. Masuk balik...huish...stress ooo berperang dengan nafsu ni!

Itu belum lagi time kena cover event kat tempat best2...yang hidangan ya Tuhan...sumpah tension!

Macam mana ni? 

Bakal terkalahkah aku dek nafsu sendiri???

Oh please... Gua nak slim sikit bersempena tahun 2015 ni. Dapat turun 10-15 kg tu satu rahmat sangat. Ya Allah, semoga dipermudahkanNya. Aamiin.


Jumaat, 5 Disember 2014

Konsert Search: Live in Istana Budaya 2014 yang awesome...

APA rasanya nonton konsert rock di pentas Panggung Sari, Istana Budaya? Boleh terkinja-kinja? Hangguk-hangguk kepala macam orang sasau? Terjerit-jerit macam orang meroyan? Pakai jeans rabak, baju selebet?

Gila, mana boleh!!!


Pun begitu, enjoynya tetap awesome. Kaki tetap hentak lantai, tangan dan kepala tetap bergoyang tak henti. Mulut tak diam, melalak sama naik dengan artis yang buat show. Keluar panggung, hilang suara. Ye, itulah penangan nonton Konsert Search: Live in Istana Budaya 2014 malam tadi.

Malam tadi adalah malam permukaan (juga malam pratonton untuk rakan media) konsert Search yang berlangsung tiga hari berturut-turut. Memang power depa semua, paling menangkap mata keletah vokalisnya, Amy yang menggeletis atas pentas macam budak belasan tahun dan kesanggupan serta kecekalan pemain drumnya, Yazid, walaupun sedang berperang dengan sakit buah pinggang tetap sanggup keluar ward demi konsert sulong Search di Istana Budaya. Hebat...cukup hebat!







Bagi peminat tegar Kumpulan Search tentunya maklum, betapa mantapnya lagu-lagu mereka. Persembahan mereka sentiasa memukau, selalu menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila dan itu juga yang melanda diri aku. Apatah lagi dapat menonton dengan sekumpulan penonton yang sangat cool dan sporting habis!

Susah aku nak ceritakan kat sini, apa yang aku boleh katakan...menonton Konsert Search: Live in Istana Budaya 2014 adalah a moment to remember yang akan sentiasa ada dalam ingatan aku sampai bila-bila. Aku bangga menjadi salah seorang daripada peminat tegar mereka, pengalaman menulis mengenai perjalanan seni Kumpulan Search sesuatu yang sentiasa mengujakan aku.









Terima kasih Search, kerana bagi aku sekali lagi peluang memahat kenangan bersama muzik rock kalian. Tahniah, untuk 33 tahun yang cemerlang. Bravo Search!!! Nak baca review aku pasal konsert Search, boleh klik di sini



*Kredit foto: Istana Budaya, KL

Isnin, 1 Disember 2014

Diet katanya (1st day)...

DEK kecut perut bila jeans yang selalunya sekali tarik dah masuk, tiba-tiba jadi payah nak sarung. Aku tambah gemuk ke (maksudnya, aku memang tak kurus hahahaha) ?

Esoknya terus dengan semangat berkobar-kobar menjalankan operasi diet nasi, garam dan gula. Ayooo...memang tak senang oi! Bukan soal lapar, keje aku ni banyak attend event, tak kira time. Makanan asyik hidang yang sedap-sedap dan menggoda mulut nak ngap wahal perut tak rasa lapar.

Demi jean dan baju-baju yang perlu dipakai (sebab aku tengah tak ada bajet nak shopping baju baru!), maka sesi diet harus dilakukan dengan segera. Memandangkan aku pernah jugaklah beli beberapa jenis makanan tambahan yang kononnya berpotensi besar untuk membuat aku kurus dan Alhamdulillah, semuanya GAGAL! Maka, aku buat keputusan untuk berdiet cara normal.

Caranya, aku masih makan setiap waktu dan hari. Cuma, aku tolak nasi, bihun, mi, roti, semua bahan perasa termasuk garam dan gula. Habis aku makan apa??? Ha... aku rembat sepapan telur kat pasar tani. Bukan untuk dibuat kek or tart telur ye!

Gambar telur rebus tak payah tayanglah, 'kan. Ni makanan petang aku, sekeping isi ayam dan kobis bunga dibakar.
Setiap pagi dan tengah hari aku makan 2 biji telur rebus. Petangnya pulak, aku bakar ayam tanpa kulit yang diperasakan dengan lada hitam kisar dan serbuk cili. Lepas tu, aku campak beberapa ketul kobis bunga untuk dibakar sekali.

Rasanya macam mana? Kenyang tak? Haruslah tak ada rasa, tawar segala. Bab kenyangnya tu subjektif. Kalau ikutkan memanglah tak kenyang, tapi kena ingat tujuan berdiet 'kan. Kalau nak kurus, masa sama nak kenyang memang payahlah der!

Oklah, aku stop kat sini dulu. Gigil lak rasa jari-jemari Iols ni nak menaip banyak-banyak perkataan kat sini...ekekeke. Next entry kita jumpa lagi ye. Terima kasih ye, singgah ke sini dan baca cerita karut-marut aku neh. Tqsm...group hug ^_^