.

Ahad, 7 Disember 2014

Terkalahkah dek nafsu sendiri...?

TAK tau 'lah kenapa, kerjanya asyik nak makan je. Dah pagi buta (2 pagi), boleh rasa nak makan sangat2...sanggup turun katil, masuk dapur goreng telur. Bubuh nasi dalam piring, gaul dengan kicap. Serius tak tahu kenapa, ada ke disebabkan aku gigih diet maka ada waktu-waktu tertentu laparnya jadi lain macam???

Lima hari diet tanpa nasi, oklah. Dah serasi, cuma nak istiqomah tu payahnya ya ampun!!! Ada ajelah yang teringin nak dimakan, ulang alik masuk dapo entah berapa kali. Bila bukak peti ais, rasa berdosa. Tutup...!

Tak sampai 3 minit, terbayang benda-benda yang boleh dimasak dok ada dalam ice box. Masuk balik...huish...stress ooo berperang dengan nafsu ni!

Itu belum lagi time kena cover event kat tempat best2...yang hidangan ya Tuhan...sumpah tension!

Macam mana ni? 

Bakal terkalahkah aku dek nafsu sendiri???

Oh please... Gua nak slim sikit bersempena tahun 2015 ni. Dapat turun 10-15 kg tu satu rahmat sangat. Ya Allah, semoga dipermudahkanNya. Aamiin.


1 ulasan:

  1. Kak Nis!

    Samelah kiter, boleh pulak haritu terbayang donut gebu ditabur gula halus acik kat bawah ni jual.. Aduh craving gula sampai nak nangis k *nanges dah* sbb nak buat skrip xdo idea, nak makan donut xboleh *nanges* hahaha sampai tahap gitu tekanan tekak! Sama2lah kitevistiqamah k..

    BalasPadam