.

Sabtu, 13 Disember 2014

Homemade Lockching...

Kalau pegi Kelantan, area KB, PC, P.Mas or Sabak, ni la makanan yg selalu tak boleh miss. Cari sampai jumpa, beli bercucuk-cucuk dan makan sampai kembung pipi.
 
Kat KL ni ada jugak, tapi nak yang menepati cita rasa yang dah biasa rasa tu payah sikit. Daripada jahat mulut, merosakkan hati baik cari penyelesaian. Nah,
my homemade Lockching a.k.a satay ikan .

Sayangnya tak ada stock ikan selayang segar, jadi aku pulun je ikan selayang dah dibeli minggu lepas. Membuatnya tak susah, bahan pun tak cerewet. Paling penting, semua main campak-campak aje. Sangat style untuk orang malas macam aku tapi nak makan sedap. Dush!!!


Menggodeknya tak sampai 15 minit siap, puas hati makan panas-panas versi more ikan less tepung . Special from #dapurkecikgua


Aku tempek resipi kat sini kot-kot ada yang nak cuba;

Bahan:
7 ekor ikan selayang, diasingkan tulang dan kulitnya
2 biji bawang merah kecil
Sedikit garam
Sedikit lada putih
Tepung kanji/sagu secukupnya 
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Tumbuk isi ikan selayang bersama bawang, garam dan lada putih. 
2. Gaul ikan bersama tepung kanji, sukatan tepung aku main agak-agak je (asalkan adunan tak melekat kat jari).
3. Bulat-bulatkan adunan ikan, kemudian goreng.
4. Akhir sekali, aku masukkan bebola ikan ni dalam kuali dan goreng tanpa minyak (ala-ala bakar gitu, baunya wangi). Siap.

Lockching ni aku makan dengan sos pencicah keropok, sedap gila. Puas hati sebab rasa ikannya memang mantap. Trylah kalau rajin, kalau 'over rajin' tu beli je senang cerita.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan