.

Jumaat, 5 Disember 2014

Konsert Search: Live in Istana Budaya 2014 yang awesome...

APA rasanya nonton konsert rock di pentas Panggung Sari, Istana Budaya? Boleh terkinja-kinja? Hangguk-hangguk kepala macam orang sasau? Terjerit-jerit macam orang meroyan? Pakai jeans rabak, baju selebet?

Gila, mana boleh!!!


Pun begitu, enjoynya tetap awesome. Kaki tetap hentak lantai, tangan dan kepala tetap bergoyang tak henti. Mulut tak diam, melalak sama naik dengan artis yang buat show. Keluar panggung, hilang suara. Ye, itulah penangan nonton Konsert Search: Live in Istana Budaya 2014 malam tadi.

Malam tadi adalah malam permukaan (juga malam pratonton untuk rakan media) konsert Search yang berlangsung tiga hari berturut-turut. Memang power depa semua, paling menangkap mata keletah vokalisnya, Amy yang menggeletis atas pentas macam budak belasan tahun dan kesanggupan serta kecekalan pemain drumnya, Yazid, walaupun sedang berperang dengan sakit buah pinggang tetap sanggup keluar ward demi konsert sulong Search di Istana Budaya. Hebat...cukup hebat!







Bagi peminat tegar Kumpulan Search tentunya maklum, betapa mantapnya lagu-lagu mereka. Persembahan mereka sentiasa memukau, selalu menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila dan itu juga yang melanda diri aku. Apatah lagi dapat menonton dengan sekumpulan penonton yang sangat cool dan sporting habis!

Susah aku nak ceritakan kat sini, apa yang aku boleh katakan...menonton Konsert Search: Live in Istana Budaya 2014 adalah a moment to remember yang akan sentiasa ada dalam ingatan aku sampai bila-bila. Aku bangga menjadi salah seorang daripada peminat tegar mereka, pengalaman menulis mengenai perjalanan seni Kumpulan Search sesuatu yang sentiasa mengujakan aku.









Terima kasih Search, kerana bagi aku sekali lagi peluang memahat kenangan bersama muzik rock kalian. Tahniah, untuk 33 tahun yang cemerlang. Bravo Search!!! Nak baca review aku pasal konsert Search, boleh klik di sini



*Kredit foto: Istana Budaya, KL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan