.

Tuesday, February 5, 2013

Tip Red Velvet Cake tak pahit...

Gara-gara aku post kat FB & Instagram gambar  Red Velvet Cake yg aku buat beberapa hari lepas (tengok link eh), ramai yang tanya dan minta tip macam mana nak buat supaya cake ni tak rasa pahit. Alamak...aku bukan la pakar bakeri untuk jawab soalan ni. Tapi, aku cuba jawab berdasarkan pengalaman aku yang 'pakar' menderhaka kat resipi dan gemar buat DIY cake.

Ok, Red Velvet Cake ni sebenarnya proses pembuatannya tak ada la payah mana. Kalau korang dah jumpa 'key' nye mmg tak jadi hal. Sangat senang dan cukup mudah nak menggodek bahannya menjadi adunan.

Kalau korang tanya Puan Google or Yahoo, memang banyak resipi kek ni. Tapi, sebelum korang cuba baca cara buatnya betul-betul. Memang la kita teruja nak buat, tapi kalau tak baca dan paham betul-betul, buat membazir bahan je (ini berdasarkan pengalaman aku sendiri ok - kadang teruja lebih ni buat kita jadi tak sabar...tak nyempat-nyempat jadinya!).

Red Velvet memang ada rasa coklat sikit, tapi korang jangan tamak. Korang bukan nak buat kek coklat, so tak payah bubuh banyak-banyak. Nama pun Red Velvet 'kan, tentu guna pewarna merah (aku paling ngeri part ni, kalau boleh jangan la makan kerap sangat terutama untuk budak-budak...serius tak berapa elok la). Gunakan pewarna daripada water based ye, puan-puan. Kat kedai bakery banyak jual pewarna daripada water based ni.

Sukatannya pulak, bergantung tahap kemerahan yang korang nak. Kalau nak merah gelap, letak lebih. Kalau nak merah lipstik yang 'mak ngah tu' letak skit je la. Jujur cakap ni, Red Velvet yang menggunakan Beet Root (Ubi Bit Merah) sebagai pewarna merahnya lagi bagus. Kalau rajin, lebih baik guna cara ni sebab bahannya semula jadi dan sihat (tapi biasalahkan, kalau dah malas nak guna cara mudah je 'kan).

...utk gula pula, bagi yang tak berapa suka terlalu manis sukatannya memadai 2 cawan je. Jgn la sampai tawar, nanti terasa la pahitnya tu sebab kita letak pewarna agak byk biasanya 2-3 sudu. Selainnya, korang godek la mcm biasa. Ye, prosesnya sama mcm kita buat kek biasa tu. Bezanya, ada pewarna merah je.

Ok itu je la yang aku mampu cakap kat sini, kalau ada yang tanya lagi aku update kemudian eh ^_^

Aku share resipi yang aku gunakan:

Bahan A: Kering
250 gram tepung kek
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/2 tsp garam
1/2 cawan serbuk coklat

* semua bahan ni dicampur bersama, gaul sebati

Bahan B:
250g butter, lembutkan suhu bilik
300g gula kastor/ kurangkan if x nak manis
3 biji telur/suhu bilik
240 ml buttermilk/susu segar pun boleh
2 tbsp pewarna merah/ perahan air Beet Root
1 tsp esen vanila

Cara membuatnya:
1.  Pukul butter sampai kembang, masukkan gula dan pukul lagi 3-4 minit.
2. Masukkan telur satu persatu, kemudian bubuh esen vanila.
3. Kemudian masukkan buttermilk dan pewarna merah, kemudian bubuh tepung.
4. Bubuh esen vanila. Kacau sebati, tapi jgn over ye nanti kek jadi tak moist pulak.
5. Masukkan dalam loyang dan bakar sehingga masak. Suhu antara 170-180 darjah celcius (bergantung pd oven masing2 la yek  )


Ini aku pakaikan 'baju' buttercream jek sebab x mkn cream cheese
Merahnya...
Over bakar...leka tgk tv
Kalau guna pewarna daripada Beet Root a.k.a Ubi Bit Merah lagi bagus puan-puan, soalnya lebih sihat dan sedap. Percayalah, cuba ye. Aku dah cuba, rasanya sangat lain dengan guna pewarna tiruan tu ^_^

No comments:

Post a Comment