.

Sabtu, 16 Februari 2013

Konsert Anuar Zain 3 Dekad - Auranya luar biasa...

Akhirnya, Konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari bertemu peminat setianya dia Stadium Malawati, Shah Alam. Selain cover konsert untuk bahan berita, aku sendiri memang teruja nak tengok x-factornya jejaka idaman Malaya neh.

Serius, konsert ni memang kena bagi 5 bintang (*). Sepanjang 2 jam persembahan, bagi aku (secara peribadinya) konsert ni hampir lengkap kerana setiap aspek cukup teliti termasuk vokal, susunan muzik, rekaan pentas dan pencahayaan.

Lebih penting, suara Anuar tak pancit langsung dan pastinya yang paling diingati peminat 'aksi romantis &  nakal' nya 'Abang Nuar' menarik perhatian penonton. Sorakan dan jeritan kuat penonton mengisi segenap ruang stadium setiap kali Anuar mengusik dgn gurauan dan telatahnya. Pendek kata, penyanyi popular ni berjaya memukau lebih enam ribu (kalau tak silap la) penontonnya.

Anuar buka tirai konsert jam 9 malam menerusi lagu I'm The Lucky One dengan iringan 26 pemuzik bersama empat penyanyi latar. Seterusnya, Bila Resah yang mendapat sentuhan baharu di bawah pimpinan Mac Chew.

Selain lagu rancak Selamat Pagi Sang Suria,  Anuar menghiburkan peminatnya dengan lagu popular termasuk Jangan Bersedih Lagi, Mungkin, Keabadian Cinta, Kau Bunga Cintaku, Ajari Aku, Perpisahan, Ku Hanya Milikmu, Ketulusan Hati, Bidadari, Semua Untukmu, Kain Pelikat, Teman Terulung dan Lelaki Ini.


Layan...berbaloi...puas hati
Penuh stadium
Ini gambar Google.Com
Hehehehe...
Berbaloi kerja mlm minggu uolls
Bukan saja kemunculan Nora Danish di pentas (yang disambut Anuar dgn penuh mesra dan romantis) suasana stadium gamat apabila Anuar mendendangkan lagu Cinta Tak Harus Memiliki bersama tiga penyanyi wanita Adibah Noor, Dina Nadzir dan Elvira sebagai penyanyi iringannya. Lebih menarik lagi, klip video lagu terbaharu berjudul Sempurnakan Aku buat julung kali ditayangkan di hadapan khalayak.

Bukan hanya kekuatan vokalnya yang konsisten dan lantang, malah persembahan Anuar juga berlatarkan paparan visual menarik pada setiap lagu dan pencahayaan berwarna-warni.

Sepanjang 2 jam bagaikan tak terasa, sedar-sedar Anuar melabuhkan tirai persembahan dengan lagu tema filem Hikayat Merong Mahawangsa, Sedetik Lebih.

Selain penonton, kedua ibu bapa Anuar, kakaknya penyanyi Ziana Zain dan rakan artis lain seperti fara Fauzana, Hafiz, Fazli Zainal dan Datuk Rahim Razali.

...yg pasti, menonton konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta &  Sanubari cukup berbaloi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan