.

Wednesday, February 6, 2013

Shila Amzah-Sharnaaz...'slot Samarinda'...

Pagi tadi dapat whatsapp daripada kengkawan yang sibuk dok tanya berita hot pasal Shila Amzah & Sharnaaz. Wah...mentang-mentang aku ni writer/reporter, pantang ada gosip hot nak tanya aku.

Actyually, aku tak de la ikuti sangat hal couple ni, dengar & baca gitu-gitu je pasal depa berdua. Cuma sejak kebelakangan ni, byk jugak la hal berbangkit yg x sedap di dgr (misalnya kes cium tgn, sebut 'cinta hati sy' atas pentas anugerah, 'perang kat Twitter' & mcm2 hal lagi la).

Pastu tup2, keluar cerita pasal ayah Shila 'sound' Sharnaaz bab masuk merisik/meminang. Seterusnya meleret sampai ke surat terbuka Shila mengenai kontroversi yg membabitkan ayahnya dan kekasih hati dia. Kemudian, terus berpanjangan sampai dibuat topik perbincangan kat Hot FM. Hebatkan kisah percintaan depa ni, baru bercinta tu...kalau kahwin x tau la mcm mn gayanya kan. Dah macam slot samarinda lak kan...

Pendapat aku? Sebagai anak, aku kurang setuju dengan cara Shila mahupun Sharnaaz. Betul, hati kita hak kita, cinta kita hak kita. Tapi, selagi masih ada ibu bapa kawal la emosi. Jgn ikut perasaan, jangan ikut kehendak hati demi mempertahankan hak kita. Kenapa kita sampai sanggup melukakan hati ibu bapa semata2 nak pertahankan hak kita? Sebagai ibu bapa pula, kita tentu lebih matang. Jadi, guna saluran dan cara betul utk selesaikan kemelut ini.

Akhbar...tv...radio...media sosial bukan medium sesuai utk selesaikan kemelut ini, sebaliknya mungkin boleh memburukkan keadaan. Ini cuma pendapat peribadi aku je la, tak bermaksud nak menyebelahi mana-mana pihak dan aku harap masing-masing muhasabah diri. Cari saluran dan cara betul, matang dan positif utk merungkai permasalahan ini.

Shila Amzah
Petikan berita: Mstaronline
Cium tangan jadi isu...

Respon Sharnaaz pasal surat terbuka Shila
Saling 'berbalas' kenyataan di media...
Sharnaaz
Apabila ayah buka mulur...


No comments:

Post a Comment