.

Jumaat, 1 Februari 2013

Miz Red Velvet in da house...

'Meh rajinkan diri yg tgh malas tahap dewa neh! Serius, sgt xde mood hari ni walaupun bercuti. Knp? Coz, pagi2 lagi dpt sms pasal kerja. Hari cuti pun nak kacau hidup gua, Isnin-Khamis tu x cukup nak semakkan otak gua pasal kerja ke?

Bangun tido, dgn mood yg telah 'jahanam' mmg menyakitkan kepala. Try x nak terbawak2 dgn mood yg x best ni, so aku pk2 la apa benda yg boleh kasi ceria hari aku sepanjang 3 hari bercuti ni. Oh ye, semlm opis mate ada nak order Red Velvet Cake for besday kakaknya.

Actually, dah lama sgt aku tak buat kek tu. Last membakingnya, akhir tahun lepas. Jadi, dah ingat-ingat lupa stepnya. So, memandangkan hari ni mood dah kacau bilau...maka aku perlu buat sesuatu. Masuk 'zone baking' memang mendamaikan perasaan. Jadi tak jadi, belakang kira.

Bahan-bahan semua ada, kecuali susu segar. Dek mood nak jenjalan tu bukan main bagus lagi, so aku pun start kereta p melencong ke Giant (Tmn Melawati). Sambil-sambil tu, boleh cuci mata tengok ikan (termasuk kepala ika, oh my fav...) dan sayur. Hurmmm...Tak payah beli, sebab banyak lagi dalam peti...jangan membazir Anis!!!

Lepas 11/2 jam kat Giant, aku balik dgn barang penuh kat tangan. Mengalahkan orang ada 5 anak! Apa-apalah, yang penting aku tak kacau duit orang. Semuanya aku beli dengan duit sendiri...hasil stress setiap bulan hokey!

Jam 3pm, aku start membaking Red Velvet. Resipi? Aku cedok sana sini...ubah suai sana sini (memang konsep aku suka menderhaka kat resipi...kuang....kuang...kuang). Stepnya mudah je, main campak dan mix sampai sebati. Cuma yang ngerinya part nak bubuh pewarna merah (biasa aku guna kalau lagi tak ada stock 'pewarna aslinya'), kalau terlebih pahit tahap cipan la Red Velvet aku.

Dalam 4.30 pm, cake siap masak sepenuhnya dan semua bekas setiap dicuci bersih. Cuma, bila belek-belek, red velvet aku ni macam terlebih moist jek. Adoyai...memanjang je buat hal, tu la derhaka kat resipi lagi! Nak tgk rupa red Velvet aku? Tengok kat bawah ni...jangan bising-bising...tengok je k ^_^

Oh ye, ni red velvet versi 'bogel'. Nanti aku pakaikan dia 'baju' bila time rajin sikit, now nak pi layan drama korea lak...pinggang pun dah lenguh semacam...maklumlah 'faktor usia' *PENGSAN*
Next try, kena kurangkan serbuk coklat
Huduhnya 'buntut' red velvet ni
Leka layan tv, nyaris hangus kek aku neh
Nampak...over moist kan...adoyai la

Tiada ulasan:

Catat Ulasan