.

Ahad, 10 Februari 2013

Kak Har & kekhilafan diri...

Actually, aku tak tahu nak mula dari mana cerita ni. Serius, benda yang berlaku depan mata ni cukup mengganggu emosi. Semuanya berlaku secara spontan apabila aku tergerak hati nak ziarah dan melawat tapak Kak Har berniaga.

Siapa Kak Har? Tak perlu la aku gebang panjang pasal siapa dia dalam hidup aku, cukup aku katakan...dia seorang wanita yang sangat aku hormat dan sayang. Dia sentiasa ada untuk dengar bebelan dan emosi aku. Dia juga selalu berkongsi cerita lawaknya, pendek kata kami berkongsi banyak benda bersama.

Nak dijadikan cerita, hari ni lepas siap mengemas rumah, update blog neh (^_^). Aku tergerak hati nak p ziarah Kak Har, lagipun dah banyak kali dia ngajak datang ke tapak dia berniaga secara kecil-kecilan. Sebenarnya, aku masih rasa mcm mimpi bila Kak Har cakap dia dah berhenti kerja dan sekarang berniaga sepenuh masa.

Ye aku tahu, Kak Har mmg suka berniaga. Sepanjang mengenalinya macam-macam benda dia dah jual, dia suka cuba macam-macam. Mulanya aku tak setuju apabila Kak Har nak berhenti kerja, selain anaknya agak ramai. Aku rasa dia masih muda dan bagi seorang wanita berpelajaran sepertinya cukup sayang kalau dia pencen' awal.

... tapi dah tertulis rezeki Kak Har makan gaji tak lama. Akhirnya, daripada part time sekarang jadi peniaga full time. Aku tak mampu kata apa-apa, keadaan memaksa dia perlu 'pencen' awal. Walaupun minggu-minggu pertama tu dia nampak down, tapi lepas tu aku tengok dia dah normal semula (kepada 'manusia' yang buat dajal kat Kak Har, percayalah balasan Allah itu pasti datang pada Lu!).

Sejak berhenti kerja Kak Har sibuk membaking. Badan dia dah mcm bau roti dan kek... kemudian bau laksa, mee kari dan bau pasar malam. Tapi biasalah, adat org berniaga pasti ada pasang surutnya. Apa lagi bagi orang baru macam dia.

Setelah agak lama tak bertemu muka dan bersembang, hari ni aku menziarahinya. Lagipun teringin nak merasa makanan yg dijualnya. Aku juga rasa bersalah sebab sebelum ni aku selalu tak berkesempatan ziarah tapak dia berniaga. So, kiranya hari ni membalas hutang lama 'la 'kan.

Gigih
Aku sampai kat gerai kak Har sekitar jam 3pm. Time ni tak ramai org dan dia pun nampak relax skit. Kak Har nampak comel dengan apron bergantung kat badan. Dia sengeh lebar bila nampak muka aku terjongol depan gerainya. Muka cerianya yg menyambut kedatangan aku, buat aku rasa sangat bersalah dan malu.

Kak Har maintain ramah dan mesra menyambut aku, walaupun muka dia berkilat dipanah mentari. Dia jemput aku duduk dan hidangkan maknan yang dijual (tauhu bakarnya meletup Uolls!). Kami chit-chat banyak hal, dia teruja bertanyakan kesibukan aku.

Lama kami bersembang, pada masa sama aku ralit memerhati gerak -geri Kak Har. Langit petang berlabuh, aku nampak Kak har terkocoh-kocoh mengemas gerai. Rupa-rupanya dia dapat sms daripada hubby, tak boleh datang on time sebab ada kerja so 'kak Har' kena naik teksi sebab anak-anak ada di rumah tanpa jagaan.

Beberapa kali dia minta maaf  sambil dia dok kalut kemas gerai. Aku tolong apa yang patut, ikut kalut dibuatnya. Memandangkan plan nak balik ke rumah Ma ditunda malam nanti, aku offer diri nak hantar dia balik. Aku bagi alasan dah lama tak jumpa anaknya.

Kak Har peluk erat bahu aku, sambil sepasang matanya yang comel berkaca-kaca. Lepas berkali-kali ucap terima kasih, dia terus kalut mengemas. Paling aku tak tahan apabila tengok badannya yang kecil digagahkan untuk angkat meja, payung dan semua peralatan jualan. Ya Allah, tabahnya Kak Har.

Sekonyong-konyong aku diserbu keinsafan, betapa selama ni aku asyik merungut pasal kerja, stress dan tension yang aku lalui setiap hari. Macam tak reti nak bersyukur atas nikmat yang Allah beri. Melihat 'kehidupan' 'yang Kak Har lalui, membuat aku sangat terpanah dengan kekhilafan diri. Ya Allah, ampunilah aku. Maafkan kekhilafanku selama ini.

Berdikari
Selepas teman Kak Har beli bekalan jualan untuk esok, aku pecut kereta kecilku laju-laju. Air mata tak tertahan nak tumpah, aku tak nak Kak Har nampak nanti dia banyak tanya.  Sampai di rumahnya, kami disambut keriangan anak-anak kecil yang ceria di muka pintu. Anaknya yang paling kecil rakus menarik plastik di tangan Kak Har. Biasalah budak-budak 'kan...

Belum pun hilang penat berniaga dan membeli bekalan di pasar, Kak Har sibuk menyiapkan makanan untuk anaknya. "Macam ni la akak hari-hari, Nn. Dah biasa, pergi la duduk kat depan sana. Akak boleh buat ni," kata Kak Har apabila aku cuba nak bantu dia di dapur. Aku buat tak reti je, terus potong sayur untuk di masak. "Kerja sendiri mcm ni la, Nn. Kena kuat semangat, dugaannya tak sama macam kita makan gaji. Nn jaga la kerja elok-elok, kalau nak buat bisness pun kena plan betul-betul. Kerja Nn dah bagus sekarang, akak bangga tau."

Ya Allah, sayunya hati dengar kata-kata Kak Har. Petang ni, aku dapat pengajaran paling besar..."Jangan TAMAK dengan nikmat Allah, kena muhasabah diri. Biar hidup berkat, hati tenang." 

Malangnya, pada masa sama ada sesuatu yang 'besar' masih terbeban dan terbuku dalam hati aku ni. Macam mana???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan