.

Ahad, 23 Mei 2021

PKP & Rindu



Tahun kedua kita semua hadap #PKP dek penularan wabak Corona Virus. Entah bila virus ni nak hilang. lenyap terus dari muka bumi, tak tahulah.


Sejak C19 (Covid 19) masuk ke dalam negara kita ni, terlalu banyak hal yang kita semua rindu. Secara peribadi, untuk aku... Serius, terlalu banyak. 


Aku, sejenis lone-ranjer, kebebasan itu sangat penting buat seorang Aku. Sebelum C19 datang melanda, aku bebas ke mana-mana saja. Buat macam-macam perkara yang aku suka, merata aku jelajah demi mencari kepuasan diri.


Itu juga cara aku tenangkan diri, dapat idea baru dan pulihkan kesakitan dalam diri. Aku lemas kalau berkurung dan dikurung. Aku serabut. Stress!


Dan, aktiviti yang paling aku suka dan missing sejak C19 dan PKP ni, apabila tak dapat cuci mata di pasar malam dan pasar pagi.



Serius, dah lama gila tak ke sana. Aku rindu, tapi aku taku. Siapa tak takut mati, aku pun takut. Apa lagi bila ada nyawa lain yang perlu aku lindungi. 


Kalau aku tak jaga dan lindungi diri aku, macam mana aku nak lindungan nyawa-nyawa yang sangat aku sayang?


Ini yang membuatkan aku terpaksa fikir beribu kali kalau nak keluar dari rumah. Balik dari pasar pun aku dah kecut perut nak hadap nyawa lain dalam rumah, apa lagi kalau saja suka-suka masuk cuci mata dan poket di pasar malam/ pasar pagi.


Tak boleh, aku tak boleh buat macam tu.


Setiap masa aku doa (kau orang pun tentu buat hal sama, bukan?), supaya C19 ni cepat-cepat menghilang dari muka bumi ni. Supaya kita dapat kembali menjalani hidup seperti sedia kala.


Tapi, sejak beberapa hari kebelakangan ni, aku rasa keadaan semakin memburuk. Angka-angka semakin naik dan tak nampak bayang nak turun. Allahu.


Kalau kena total lockdown macam tahun lepas, macam mana? Ramai yang akan terkesan. Kesan tahun lepas pun masih ada segelintir tak mampu bangkit lagi. Aduhai.


Kalau tak buat total lockdown, dibimbangi keadaan bertambah serius. Lebih buruk jadinya, semakin tak terkawal.


Ya Tuhan, semoga Engkau Yang Maha Baik terus melindungi kami daripada virus ini. Permudahkan dan lapangkanlah perjalanan hidup kami dunia akhirat. Aamiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan