.

Jumaat, 16 Mac 2012

The making - Pau GebuS ;-)...

Dah seminggu semangat nak ‘mengepau’, tapi dek kerja yg bertimbun2 kat opis n asyik balik dlm kepenatan dan kestressan, terpaksa pendamkan semangat tu dlm2. Tapi mlm ni, walaupun penat yg amat sgt, gigih nk buat pau. Nasib baik semua bahan dah siap dibeli tinggal nk buat je.

Jam 10pm, susun semua bahan atas meja. Bubuh satu demi satu bahan dalam mangkuk adunan. Semua main pukul rata, x timbang2 bagai sebab malas. Leceh satu hal, biasalah kerja org malas ‘kan.

Aceli byk resipi yg berjaya dikutip dlm internet, pilih je nk yg mcm mn dan seperti biasa tentunya aku pilih resipi yg paling mudah n terbukti menjadi (berdasarkan komen2 org yg pernah mencubanya).

Dengan resipi paling mudah dan dikatakan mmg menjadi tu, maka aku penuh semangat menguli adunan. Lebih kurang ½ kilo tepung diuli. Intinya cuma kacang merah, plan nk buat kari ayam tp x time la nk berkari2 bagai. Sumbat je la kacang merah tu.

Selepas 2 jam, kejadian pau hasil tangan comel ku menunjukkan sesuatu yg memberangsangkan. Kejadinnya sgt gebu n montok. Kemain hepi perasaan aku tgk pau menggebu dlm pengukus (bercermin lut sinar).

Mcm biasa, sesi pose-mengepose x kan dilupakan. Pau yg tgh panas2 tu aku ajak pose, oh sgt lah hepi.

Selesai mengukus, masuk bekas siap2 sebab plan nk bg budak opis merasa sikit begitu jugak anak2 buah. Itu satu kemestian apabila cuba resipi baru. X kisah apa komen depa, yg penting aku ikhlas bg depa rasa. Dah, jom kita layan pose ;-)
Tepung siap diuli
Puaslah menggodek2 adunan nk jd kan bentuk pau mcm kat kedai tu
Siap susun dlm pengukus
part2, tunggu turn nk dikukus
Inilah kejadian pau hasil ku uli td, sgt montok kan
Taraaaa...pau inti kacang merah
Susun elok2 dlm bekas nak bahagi2 kat kengkawan n anak buah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan