.

Sunday, March 25, 2012

Pergi tak kembali...

Jam 8.45 pg, dpt sms drpd teman sepejabat (Kak Azeda)-katanya Wak (ayah dia) dlm keadaan kritikal. Mujur dah bgn awal2 sbb plan nak ke rumah Ila (juga teman sepejabat) di Rawang, smlm dia sms nk follow ziarah wak Kak Azeda di hospital Selayang. So, mmg saja bersiap awal biar sampai Rawang cepat sikit.

Sebaik sj dpt sms Kak Azeda, terus jd kalut semacam. Berdebar2 dan terkocoh2 bersiap, haih la...mcm2 hal bila dilanda panik. Capai tudung dan kunci kereta, aku pecut En Omee x ingat dunia. Masa tu air mata dah meleleh sakan. Adoi...hope sgt2 aku sempat jumpa Wak.

Perjalanan dr Danau Kota ke Hospital Selayang x ada la jauh mana, tp pg ni aku rasa jauh sgt2. Aku tepuk2 dada biar tenang sikit, tp sebaknya x boleh nak tahan.

Wak mmg bukan sesiapa dlm hidup aku, tp sejak aku kerja bersama Kak Azeda maka aku kenal juga Wak. Malah, x sampai seminggu lalu aku ada bekalkan pau yg aku buat utk wak dan Kak Azeda. Mmg, wak dah lama x berapa sihat...al-maklumlah umurnya pun dah 81. Tapi, saat ini aku masih berharap wak dlm keadaan baik2 saja hendaknya.

Akur, kuasa Tuhan tiada siapa boleh menghalang. Aku x sempat tgk wak, hanya sekujur tubuh kakunya menyambut kedatangan aku. Masih terbayang2, tgh hari semalam waktu aku melawatnya...pergerakkan wak masih aktif. Sungguh x sangka, dia pergi buat selamanya pg ini.

Tiada kata yg mampu aku ucapkan. Sayu hati melihat wajah sugul Kak Azeda, doa ku tak putus utknya semoga dia tabah dan cekal menghadapi kehilangan besar ini.

Hari ini juga sepanjang hari, aku rela lapangkan masa utk bersama Kak Azeda.Aku x mampu beri apa2, kecuali sedikit perhatian dan bahu utk dia tumpang berpaut. Sungguh, walaupun terkadang terkecil hati namun aku akui manusia tiada yg sempurna. Dia dan aku juga begitu, tetapi dlm keadaan begini aku benar2 ikhlas mahu berada di sisinya. Menemaninya melalui detik2 kalut dan emosi. Semoga dikau terus tabah dan sabar wahai kakakku.
setia menunggu wak dimandikan di bilik ini


Wak disemadikan di Tanah Perkuburan Tanjung Karang, Kuala Selangor tepat jam 3ptg

No comments:

Post a Comment