.

Sabtu, 31 Mac 2012

Dalam Mihrab Cinta...

Teringat waktu pergi ke Jakarta penghujung 2011 lalu, sakan memborong novel2 daripada penulis asli Indonesia. Sedih juga, sebab banyak novel2 yg dilistkan tiada dlm stock mereka. Adoyai...dah dtg jauh2 x ada pula! Apa nak, maybe x ada rezeki. Tak apa, lain kali boleh dtg & cari lagi ;-)

Sejak 15 thn kebelakangan ini mmg aku lebih beri perhatian pada karya2 dari Seberang, secara peribadi aku rasa idea dan perkisahan karya mereka lebih matang. Bukan bermaksud menidakkan karya penulis M'sia. Ramai yg bagus2, tp susah nk jumpa. Dan aku masih setia membaca karya penulis M'sia, itu x perlu dipertikaikan sebab selera masing2 la. Juga bukan maksud aku semua karya2 dari Seberang itu bagus2 belaka. Senarionya lebih kurang mcm di negara kita juga, if pandai memilih dan menilai, maka bertemu la buku dgn ruasnya ;-)

Misalnya, mcm novel karya Habiburrahman El Shirazy, Dalam Mihrab Cinta (DMC). Ralit membaca setiap plotnya, setiap watak yg direka bagaikan hidup di depan mata. Mengujakan. Bertuahnya penulis ini sebab dikurniai kelebihan dan keistimewaan sedemikian.Selesai membacanya, terdetik dlm hati...alangkah bagusnya kalau naskah ini turut diadatasikan ke layar lebar seperti mana Ayat-Ayat Cinta.

Alhamdulillah, akhirnya harapan jd kenyataan. Novel ini diadaptasi ke layar lebar dan diarahkan sendiri  penulisnya. Sgt cantik la...pasti hasilnya lebih hebat. Apatah lagi tunggak utamanya dipegang aktor yg cukup aku minati, siapa lg kalau bukan cik abgku (...ewahhh), Dude Herlino.

Okeh lah, masuk bab filem pulak. Permulaanya, DMC ni agak sedih apabila Syamsul Hadi (Dude Herlino) difitnah teman sebiliknya, Borhan. Syamsul Hadi dikeluarkan dari pesantren (sekolah pondok) dengan cara yang cukup mengaibkannya. Dia diheret dgn paksa dan dibotakkan di khalayak ramai (di depan pelajar pondok lain). Lebih malang, keluarga Syamsul marah dan tak percayakan dia lg kecuali ibu dan adiknya, Nadia (suka cara dia bertudung, kemas je).Akhirnya Syamsul keluar dari rumah.

Kehidupannya sebagai pelarian mmg banyak dugaan. Dek desakan hidup, dia betul2 jadi pencopek (pencuri), dia memilih jd pencuri sebab terdesak duit. Malangnya, tabiatnnya itu diteruskan lagi selepas mendapat galakkan daripada kawan2 dalam penjara. Tapi, syukur akhirnya dia sedar malah jd ustaz (oh sgt cair tgk penampilannya yg ala2 'suci' hehehehe).

Byk mesej menarik dlm filem ini, kalau nak tahu korang kena tgk sendiri la. Secara peribadi, aku layan cerita ni, tambah pula dah layan 2 versi (novel + filem)...mmg layan habis. Sebagai pelakon, Dude Herlino berjaya membawa watak Syamsul Hadi dgn baik.

Selain plotnya yg menarik, lagu2 latarnya pun best. Malah, Dude Herlino turut menyumbang suaranya berduet dgn Asmirandah (mereka ni dulu sempat bercinta sekejap, tp skrg dgr2nya dah putus...hehehehe). Aku dah, link kan lagu2 mereka korang boleh tgk dlm post yg lepas. Oh ya, antara lagu2nya Bunga-Bunga Cinta (mcm tajuk lagu Misha Omar lak) dan Dalam Mihrab Cinta (ini nyanyian Afgan-sgt mendayu suka).

Kalau korang paham (aku paham dan malas pulak nk tolong edit utk korang (mood tgh x berapa nk rajin) hehehehe), boleh layan sinopsis di bawah ini;-

Sinopsis novel 'Dalam Mihrab Cinta'
Syamsul (Dude Harlino) pemuda 20 tahun-an bertekad menuntut ilmu di sebuah pesantren di Kediri, meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman. Disini ia bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira) putri pemilik pesantren yang pernah ditolongnya ketika dijambret di kereta, yang kejadian tersebut membuat mereka jadi dekat.

Dipesantren ini Syamsul terusir kerana dituduh mencuri akibat fitnah sahabatnya sendiri Burhan (Boy Hamzah). Kemudian kerana keluarganya sendiri juga tidak mempercayainya, hingga benar-benar membuat Syamsul menjadi seorang pencuri. Di tengah kekacauan dan kegelapan hidupnya ini Allah memberikan jalan baginya untuk bertobat dan mempertemukannya dengan Syilvie (Asmirandah) seorang gadis solehah.

Apakah Syilvie nantinya yang akan berjodoh dengan Syamsul ataukah Zizi yang bakal jadi pendamping hidupnya? (cari kat youtube, mesti ada org upload filem ni hehehehe)


Puas dpt baca novelnya (walaupun dlm bahasa Indonesia, x kisah sebab aku paham sepenuhnya)
Cantik poster promosi filem DMC ni
Para pelakon dan pengarah DMC
Babak awal, Syamsul tolong Zizi dlm keretapi
Nadia, adik yg sgt penyayang
Nadia terkejut apabila abgnya di penjarakan, mmg dia tak sangka Syamsul betul2 jd pencuri. Di sini juga Syamsul belajar mcm mana nk jadi pencuri...hehehhee
Kesian dua beranak ni, Nadia dan ibunya sedih sebab Syamsul 'ghaib' selepas di jamin keluar dr penjara
Silvi ni awek Borhan, kemudian jatuh cinta pada Syamsul
Syamsul akhirnya pilih Silvi jd isterinya, bukan Zizi
Dari awal, aku lebih suka Syamsul Hadi pilih Zizi daripada Silvi ;-(
Dude ku yg cute ni digondolkan...sadis betul ;-(

Cute sgt Dude waktu senyum mcm ni...sweet dowh...ngeh...ngeh...ngeh ;-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan