.

Friday, November 7, 2014

35 minit di Pasar Payang...

Kuala Terengganu, Aku Datang (part 1):

WALAU bukan kali pertama menjejak kaki di Terengganu, tetapi ni pengalaman kali pertama dapat meronda-ronda tanpa perlu bekerja.  Ya, maksud aku bukan datang kerana urusan kerja sebaliknya hanya untuk cuci mata dan fikiran.

Part ni aku nak cerita pasal sekitar Pasar besar Kedai Payang dulu, tempat lain tu tunggu turn rajin. Hehehe...!

Apa yang menarik sangat Pasar Payang ni, sampai hampir semua orang yang datang ke Kuala Terengganu mesti singgah sini?

Pasar Pusat yang dikenali sebagai Pasar Payang ni terletak di tepi Sungai Terengganu dan menjadi salah satu destinasi pelancong paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar yang terletak di dalam bangunan ni menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade, barang logam, sayur dan buah-buahan segar serta aneka makanan yang menyelerakan.

Barangan tempatan kat sini harganya masih boleh dikatakan murah.  Lagi satu, pasar ni juga tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya orang Terengganu.

Sejujurnya, kalau Uolls macam aku yang memang suka masuk pasar, tempat ni memang 'wajib' masuk. Kenapa? Selain cuci mata, banyak benda susah tengok kat pasar raya ada dijual kat sini. Paling aku suka, barang-barang atau makanan yang bercirikan tradisional/tradisi.

Waktu aku masuk dalam pasar ni, masih agak pagi. Jam 8.30am...banyak kedai belum dibuka, tapi gerai-gerai jual buah, sayur dan makanan pagi tengah meriah dengan pembeli. Memang seronok tengok gelagat orang, sama ada si peniaga atau pembeli. Aku? Cuci mata sambil ber'snapsqueen...hehehe!

Punyalah seronok tengok itu dan ini, sampai tak sedar keluar dari perut pasar dengan tangan kosong. Nasib baik di luar kaki lima pasar ada orang jual gula 'nise' dan dodol lipat, jadi aku sempat rempat tu aje sebelum gerak ke destinasi seterusnya.

 
Actually, aku nak ronda lama-lama kat dalam pasar ni, tapi dek terlanjur berjanji dengan member nak sarapan bersama terpaksalah gerak awal dengan janji dalam hati akan datang lagi next time. Gitu!


#PasarPayang #KualaTerengganu

No comments:

Post a Comment