.

Ahad, 23 November 2014

Kentut yang bikin aku derita...

Sorry Uolls, jangan marah eh. Dalam entry kali ni aku nak bersembang pasal kentut, sesiapa yang rasa topik ni jijik...sengal ubi...bengong...atau bahasa manisnya, sangat tak sopan bercakap pasal kentut...sila ziarah entry yang lain ye...ekekeke!

Ok, nak tanya ni...siapa kat sini (soalan ditujukan kepada yang baca entry ni tentunya) kentunya setiap hari? Paling penting setiap pagi dan sebelum tidur? Ada? Ramai? Oh, tak pernah? Rugi sangat Uolss!!!

Tahu tak, kentut itu nikmatnya susah dapat ok. Kalau 'dia' datang, jangan tahan-tahan...lepaskan je (janganlah depan orang...kang jadi bahan berbulan-bulan...hahahaha, cepat-cepatlah cari port yang 'aman' sikit utk melepas bom atom tu...ekekeke).

Kenapa aku cakap macam ni? Sebab, aku dah melaluinya. Iya, melalui waktu paling stress apabila kentut tak keluar berminggu-minggu. Kesannya? Huih...jangan tanya, memang seksa...tahap menderita jugaklah dibuatnya.

Sebelum tu, kalau rasa nak terkentut selalunya aku tahan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan (misalnya, ada kat event...tengah assignment -gila ko, tengah interview orang nak melepaskan bomm! - dan alasan yang sewaktu dengannya). Malangnya, dek terbiasa tahan kentut lama-kelamaan 'bom' tu macam jadi tak aktif. Maksud aku, dah jarang sangat rasa nak terkentut macam sebelumnya sampai aku tertunggu-tunggu. Macam tunggu durian gugur!

Aku tak tahu Uolls macam mana, tetapi bagi aku yang dah mengalami peritnya tak kentut...seksanya tu Allah je tahu. Serius, aku bukan tengah buat lawak ye. Kalau nak rasa macam mana perasaannya, trylah. Caranya senang je, bila rasa nak kentut tu Uolls tahan dengan sesungguhnya jangan sampai 'terlepas'!

Sampai suatu petang, aku bongkar masalah ni kat seorang bff aku;

Aku: "Maunya tak susah hati, dah 3 minggu ni. Sekalipun tak kentut lagi. Macam mana nak buat, eh?"

Babun: "Dari minggu lepas ko dok bising-bising pasal tak kentut ni dah kenapa? Tak ada masalah lain lagi besar ke ko nak pikir selain kentut?"

Aku: "Hey, sekarang ni isu kentut jadi masalah besar dalam hidup aku. Lebih besar daripada masalah tak cukup tido...migraine!"

Babun: "Relaklah! Ko ingat kentut tu ciptaan Bill Gates ... Mark Zuckerberg? Kentut tu 'kan terjadi semula jadi!"

Aku: "Ko tolonglah aku, tak tahan dah ni. Keras perut aku tau tak...entah2 dah beranak-pinak 'bom' dalam perut aku ni!!!"

Babun: "Iya...iya...nanti aku tanya Opah. Sabtu ni aku balik kg, aku tanya dia."

Babun menunaikan janjinya, bukan dia bawa balik ubat tetapi dia pass telefon kat Opahnya dan suruh aku cakap sendiri.

Opah: "Lain kali, kalau rasa nak kentut tu buang aje. Jangan simpan-simpan, benda tak elok buat apa simpan lama-lama. Kalau dah jadi macam ni, memang susah. Kentut tu satu daripada nikmat daripada Allah, kena bersyukur sebab bila kentut tu keluar maknanya semua angin tak baik dalam badan pun keluar jugak. Hish, kamu ni muda...belajar tinggi, takkan kebaikan kentut pun tak tahu. Malu terkentut? Kenapa nak malu? Orang yang selalu kentut tu tandanya badan dia sihat. Hah, ingat ni pesan Opah...tak kentut ni boleh bawak mati tau!"

Ya ampun, ngeri pulak jadinya dengar kat-kata Opah si Babun waktu tu. Demi kesihatan diri dan nak selesaikan masalah, aku tadah je telinga dengar bebelan Opah. Agaknya kalau aku ada depan mata dia, entah macam mana gaya Opah bebelkan aku. Huhuhu!

Opah bagi petua orang lama, dia suruh aku rebus halia tua dengan lada hitam. Kata Opah, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh bantu buang angin dalam perut dan membuat kita kentut. Satu lagi, air rebusan herba ni jugak sesuai untuk orang baru bersalin yang ada masalah angin dalam badan.


Alhamdulillah, lepas tiga hari berturut-turut minum air rebusan halia-lada hitam  aku dapat kentut semula (aku rebus dengan 2 cawan air, bila dah tinggal secawan tu padamkan api...biarkan suam, minum...aku amalkan sampai sekarang. Maknanya dah 4 bulan). Syukur Ya Allah. Serius, keluar kentut waktu pagi, lepas makan dan sebelum tido cukup nikmat! Leganya Allah je tahu.

Sampai sekarang aku teringat-ingat pesan Opah,  (firman Allah swt yang bermaksud): “Sesungguhnya segala sesuatu itu ada sebabnya.” 


*p/s: Jom, kita kentut secara berjemaah....jadi tak ada siapa boleh jadikan bahan...hahahaha!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan