.

Selasa, 25 November 2014

Gulai Asam Pedas yang menggoda nafsu...

SUKA Asam Pedas? Aku? Suka sangat-sangat. Sejak bila tak pasti, rasanya lepas pandai makan makanan pedas. Setiap hari, sekurang-kurangnya kena ada sejenis lauk pedas. Kadang tu, bila jadual kerjaan sibuk dan padat - melekat, aku masak sambal tumis ikan bilik or ikan selayang (sardin) untuk bajet seminggu makan. Selesai.

Kalau nak kawal makan, lauk ni memang aku akan elak masak. Kalau tak, jahanam diet. Apa taknya, asyik berulang-ulang makan. Tengah malam pun aku sanggup pulun tanpa rasa 'berdosa', lepas makan...enak baring-baring, barulah teringat 'dosa' yang dah selamat masuk dalam perut hehehe.

Gulai Asam Pedas ni biasanya ada dua jenis yang aku gemar. Kalau rajin dan ada kepala ikan merah atau jenahak, tak pun ikan duri size sederhana tu, aku akan buat asam pedas versi bertumis. Sebabnya, bukan kerana guna ikan mahal...cuma kalau guna kepala ikan or ikan duri biasanya bau hanyirnya lebih sikit, so kena guna banyak bahan bantuan terutama penggunaan asam jawa.


Bila time malas, rasa nak makan tanpa rasa bersalah sangat...aku masak asam pedas ala rebus je dan guna asam gelugor atau asam kandis kampung. Paling penting, untuk kedua-dua versi ni aku akan guna lebih daun kesom dan bubuh sayur kegemaran terutamanya batang keladi, terung, bendi atau sawi jeruk. Kadang tu, kalau tak ada stok sayur aku belasah bubuh daun kesom banyak-banyak (jadi sayurlah jawabnya) hihihi.

Macam hari ni, aku masak sejenis lauk je. Kebetulan time pergi NSK tu hari banyak ikan kembung segar bugar, geram betul nengoknya...maka jadilah manusia tamak, berekor-ekor aku sumbat bubuh dalam plastik. Sekali timbang, RM19.60. Hah...hambik ko, tamak sangat!

Dalam pasu kat balcony, dah merimbun daun kesom. Dah tua-tua daunnya, tak sia-sia berbudi pada tanah walaupun mampu dalam pasu je. Pastu, jiran rumah bawah pun ada bagi batang keladi. Memang terujalah dibuatnya, 'kan.


Tiga ekor ikan kembung aku kerat 2 setiap sekor, batang keladi direbus dulu kemudian perah airnya. Cili blend memang selalu ada stock, so senang kerja. Cuma tambah apa yang patut je. Oh, hari ni aku buat gulai Asam Pedas Rebus Ikan Kembung dengan batang keladi. Bubuh pulak sepinggan daun kesom, perghhh...baunya semerbak satu rumah!

Huish...cakap banyak tak gunalah, kalau nak tahu nikmatnya menghirup kuahnya kenalah buat sendiri ye. Tak payah nak resipi sangat, sebab aku main campak je cili kisar, bawang merah, bawang putih, kunyit, asam kandis, gula dan garam secukup rasa. Aku tak pakai bahan perasa mcm pak aji ke apa-apa jenis tu, cukup bubuh bawang putih lebih sikit...rasanya lebih sedap daripada letak bahan perasa yang membahayakan kesihatan tu, Uolls.

Oklah...nak sambung makan semangkuk lagi. Jumpa next entry ye...terima kasih sudi singgah baru baru aku ni ye. Muah ciked!


#AsamPedas #Daunkesom

Tiada ulasan:

Catat Ulasan