.

Isnin, 17 November 2014

Aku vs ahli motivasi (part 1)...

SEJAK dua tiga bulan ni, tiba-tiba aku menjadi manusia super-busy. Tak cukup dengan kerjaan yang bertimbun, aku gigih menyita waktu untuk mendengar luahan teman-teman yang memerlukan telinga, bahu dan mulutku. Eh, hebat sangat ke aku ni?

Mungkin, kalau tak kenapa aku dicari-cari dengan ayat-ayat;

"Nis, aku nak jumpa ko sekarang!"

"Beb, ko ada mana? Aku perlukan ko, sekarang!"

"N, tolong I...I kena jumpa u hari ni, please!!!"

"Gua lagi perlu Lu ni, call back...super-urgent ni!"

"Kak, tolong saya...tolong bagi saya semangat. Saya tengah lemah ni!"

Hampir setiap hari, talian whatsapp / telegram / private call / private sms, malah inbox fb/instagram aku penuh dengan 'permohonan-permohonan' begitu dan aku acapkali rasa sangat bersalah kalau terlupa, atau tak cukup waktu nak melayani permintaan mereka.

Memang aku tak dapat duit daripada memenuhi semua itu, tetapi aku dapat imbuhan lebih besar dan berharga iaitu KEPUASAN.

Iya, aku puas, gembira, tenang dan bahagia bilamana dapat MEMBANTU mereka bertenang, lega, senyum kembali, semangat semula dan paling penting, MOVE On daripada apa-apa juga permasalahan yang dicerita dan dikongsikan kepada aku.

Aku berasakan aura positif itu sejak 10 tahun dulu, bilamana teman-teman sering curhat (curahan hati) kat aku mengenai masalah mereka. Ada macam-macam, sampai kadang aku nyaris tak lena tidur gara-gara mencari solusi untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.

Siapa aku untuk membantu menyelesaikan masalah mereka? Kaunselor bertauliah? Ahli motivasi terlatih? Pakar psikologi?

Tidak, aku tak mempunyai sehelai pun sijil / diploma / ijazah / master/ PHD atau apa-apa saja pengiktirafan secara formal dalam bidang 'menyelesaikan konflik hidup orang lain'.

Kalau minta aku hulurkan semua itu, memang aku tak ada! Aku hanya seseorang yang dari dulunya sampai sekarang menekuni bidang Journalism. Aku gembira berada dalam bidang ini, kerana aku mampu 'bertemu' siapa saja melalui tulisan-tulisanku. Sama ada di blog ini, majalah, web portal, post motivasi aku di wall fb mahupun di Instagram. Aku bahagia sekali.

Sebatas kemampuan aku, aku amat bahagia, gembira dan bersyukur dapat membantu mereka mencari jalan keluar daripada kemelut masalah. Walau apa pun juga permasalahan mereka, aku cuba biar hanya sekadar mampu memberi buah fikiran.

Modal aku cuma air liur dan insyaAllah, keikhlasan.

Alhamdulillah, ada saja teman dan kenalan yang mencari. Walau ada dikalangan mereka hanya mencari 'waktu perlu' saja kemudian 'menghilang' selepas itu, bagi aku itu biasa. Berbaik sangkalah, mungkin mereka segan nak ganggu hidup aku yang sentiasa busy dengan kerjaan dan hobi mengarut meraban. Mungkin juga mereka malu nak tanya pendapat atau nasihat aku (mana tahu, masalah itu sangat sensitif dan bersifat peribadi), atau apa sajalah... dan waktu mereka 'kembali' mencari aku untuk berbahagi rasa, aku terima dengan lapang dada.

Paling penting bagi aku, dapat membantu apa-apa saja yang termampu. Biar aku tak punya wang untuk membantu, tetapi masih ada banyak cara lain buat meringankan beban di hati dan fikiran mereka.

"Alhamdulillah Nis, leganya hati aku ni lepas dengar cakap ko."

"Kenapalah aku tak terfikir macam tu ye, beb. Huh...nasib baik aku jumpa ko!"

"Berkat nasihat U, sekarang I dah boleh berfikir dengan tenang. Walaupun kita jarang jumpa, tetapi U selalu sudi dengar problem I."

'Kak, terima kasih ye. Selalu bagi saya semangat, selalu ada bila saya perlukan seseorang untuk mencari kekuatan."

ALLAHU AKBAR respond begitu sudah cukup mahal buat aku. Buat aku tersenyum-senyum bahagia depan laptop (waktu baca email), phone (waktu baca sms / whatsapp / telegram / belek post IG / fb) dan surat. Benarlah kata bijak pandai, membahagiakan orang lain itu kesannya turut membahagiakan hati kita. "Ikhlaskan waktu kamu untuk mereka yang memerlukan, insyaAllah Dia memberi kamu lebih berharga daripada itu." Alhamdulillah.

Hari demi hari, aku berasa tidak semestinya aku bukan siapa-siapa maka aku terhalang daripada memberi manfaat kepada orang lain. Tidak semestinya aku bukan seseorang yang berpengaruh dari segi sijil, nama atau kuasa, maka aku terbantut untuk menghulur buat fikiran, nasihat atau semangat kepada orang lain.

Pucuk pangkalnya, 'kan kemahuan...hati dan mana tahu, semua ini adalah latihan, ujian dan sumber pengalaman untuk aku menjadi MOTIVATOR suatu hari nanti? Siapa tahu'kan, Allah itu Perancang Maha Hebat! Dia punya rencana terbaik untuk aku disebalik semua ini. InsyaAllah, Aamiin.

Jumpa lagi di part II, ada cerita lebih hot untuk aku kongsikan. Aku nak sambung kerjaan nih ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan