.

Saturday, November 8, 2014

Kuih Lapis (part 2:)...


INI cerita 3 hari lepas, waktu terbangun sebelum azan Subuh. Masih ada 2 jam (selepas buat apa yang patut dibuat apabila Allah kejut daripada tidur yang lena), masuk dapur. Keledah kabinet, tengok deretan Tupperware berisi pelbagai jenis tepung.

Fikir punya fikir, akhirnya kuputuskan buah kuih lapis je. Senang dan tentunya akan habis, kalau buat kek berzaman nak habis makan sorang-sorang. Lepas jerang air dalam periuk kukusan, atur semua bahan atas meja makan (sebab ruang dapur aku kecik jek, sebab tu aku namakannya #dapurkecikgua).

Kali ni, aku tak follow mana-mana resipi daripada Pakcik Google, or Makcik Yahoo. Belasah je ikut suka hati. Kalau menjadi, Alhamdulillah. Harapnya menjadilah, sebab ikut pengalaman aku yang suka menderhaka resipi ni...kalau main campak-campak sure jadi (malangnya, aku selalu tak ingat apakah bahan yang aku campak...biasanya sebab tak catit apa bahan yang aku bubuh).

Tak sampai 20 minit pun proses bahan, dapatlah setengah mangkuk. Ngeri jugak bila tengok adunannya terlebih cair, tapi aku tawaqal aje. Saja nak RnD (sekali gus try & error) , mana tahu menjadi (sebenarnya malas).

Kalau sebelum ni aku guna mangkuk merah nan comel-lote tu, untuk adunan ni aku guna loyang bulat biasa je. Pagi sangat main masak-masak, tak ada mood nak merajinkan diri. Ekekeke! Aku lapis setiap adunan ikut sukatan cawan. Secawan adunan merah, secawan adunan putih. Ulang proses sama sampai habis.


Memandangkan adunan ni agak cair, jadi waktu mengukus setiap lapisan tu antara 7-10 minit. Lapisan terakhir, dalam 30-40 minit (actually, aku pun main agak-agak je. Neves jugak bila goyang2kan loyang, adunan tu masih bergerak-gerak... jadi dari 30 minit aku tambahn 10 minit lagi). Selepas 1 jam, adunan pun dah lekang dari birai loyang dan boleh dipindahkan ke bekas hidang, tapi aku simpan dalam peti ais sebab belum nak makan lagi.

Lepas Subuh, on laptop dan check email. Sambil-Sambil tu masuk dapur dan potong kuih lapis. Alhamdulillah, elok je kejadiannya. Tak lembik, tak keras. Just nice, macam tu jugak rasanya. Pendek kata, bikinan kali ni antara yang terbaik pernah aku hasilkan. Cewahhhh!

Lepas potong dan susun dalam Tupperware untuk bekal ke office, aku letak atas meja makan. Memandangkan masih awal, aku pun baring-baring atas sofa sambil belek Instagram. Tak sedar bila masanya aku terlena.

Huh...9.15 am! Astaga...memang macam lipas kudung bersiap ke office (nasib baik waktu kerja aku antara jam 10am hingga 6 pm, tak termasuk kalau ada event malam) dan separuh perjalanan, baru sedar aku ketinggalan bekal kuih lapisku...Waaaaa!!!



#KuihLapis




No comments:

Post a Comment