.

Khamis, 7 Januari 2021

Pisang Emas & Pisang Berangan Bersatu


Di pasar pagi, beli selonggok Pisang Emas bercampur Berangan masak ranum. RM3.

Petang ini, masuk dapur.

Capai plastik pisang.

Kupas kulitnya, basuh dan tuskan air.

Ambil mangkuk plastik, isi pisang dan lenyek separuh hancur.

Masukkan tepung gandum dan sedikit garam (lebih gemar rasa yang asli, jadinya tanpa serbuk penaik mahupun soda bicarbonate). Gaul sehingga sebati.

Panaskan kuali, tuang minyak masak.



Basuh bersih tangan, pastikan jari berkuku pendek dan tiada kotoran.

Jemput adunan pisang masukkan di dalam minyak panas.


Goreng sehingga adunan pisang masak dan garing sempurna.


Selesai.

Ini cerita sekarang.

Pada 10 tahun dulu, goreng #Jemputjemputpisang mesti bertukar jadi ‘batu’.

Salah satu sebabnya, suka tambah air dalam adunan.

Tak reti agak-agak sukatan tepung (dan sebenarnya, selain daripada kek, masak apa-apa pun memang malas nak sukat atau timbang. Main lebur saja... Malas tapi nak makan😆😆😆).


Sekarang, Alhamdulillah, bolehlah gigit sambil pejam mata. Berteman kopi O panas tak bergula dan sebuah buku kegemaran.

Begitulah mengisi hari cuti, sederhana tapi nyaman.
Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan