.

Saturday, September 12, 2015

Udang Nestum vs Nasi Goreng Malas...

Pagi ni, lepas Subuh...kemas rumah kejap, terus merempit ke Pasar Tani, Taman Melawati. Walaupun besok ada jugak pasar tani area Danau Kota tu, aku lebih gemar ke Melawati. Lebih banyak pilihan, terutama sayur dan ulam-ulamannya.

Hari ni, meriah udang size besar. Harga pun boleh tahan, sekilo RM35. Aku pilih yang besar dan gemok dalam 13 ekor, dah RM15. Pejam mata, hulur duit. Merayap pulak ke bahagian sayur dan ulam. Kecur liur tengok batang keladi, pucuk ubi, nangka muda, pucuk manis dan macam-macam jenis pucuk ada. Memang rambang mata, kalau ikut nafsu semua nak sumbat masuk dalam beg shopping. Ngeee!

Bawa bajet RM50, cuma berbaki RM2! Gila 'kan! Sampai rumah terus tanak nasi. Hari ni nak kerjakan udang dulu. Memandangkan sebelah petang perlu keluar bekerja, jadi masak pun ala-ala je la. Udang gemok-gemok tu aku buat #UdangNestum , memandangkan masih pagi...jadi aku buatlah #NasiGoreng malas! Memang malas betul, cuma campak bawang merah, bawang putih, cili padi, kubis dan telur. Selesai.

Actually, ni pertama kali aku try masak Udang Nestum ni. Itu pun sebab minggu lepas aku terpandang ada baki nestum yang buat semekut raya tu ari. Lagi dua minggu expired, jadi sebelum dia bunuh diri sendiri baik aku kerjakan dia.

Masak Udang Nestum ni senang je. Bahannya pun lebih kurang nak masak Butter Prawn. Bezanya, kali ni guna nestum dan tak pakai susu cair. Simple 'kan, sesuai dengan tahap kemalasan aku...hahahaha. Nak try buat Udang Nestum ni? Tengok kat bawah ye, aku share resipinya yang sangat simple...tapi hasilnya memang tak cukup sepinggan ^_^

Bahan-bahan:-
* Udang sederhana besar 7 ekor (kalau boleh elak beli udang yg terendam dlm air sbb hilang manisnya, kalau tak ada pilihan belasah je la)
* Minyak utk menggoreng
* 1 biji telur dicampur dgn sedikit lada sulah, dipukul sebati
* Sedikit tepung gandum
* 3 sudu besar mentega
* 2 tangkai daun kari
* 3 ulas bawang putih, dicencang
* 5 biji cili padi, dihiris (kurangkan kalau tak nak pedas)
* Nestum secukupnya (tadi dekat semangkuk kecik aku guna, dah banjir nestum hahaha)
* Garam dan gula secukup rasa

Cara buat:
1. Udang yg dah dibasuh dan ditos tu, lap sikit dgn tisu dapur. Kemudian, salut dgn adunan telur pukul tadi, dah tu gaul sebati dgn tepung gandum.

Tujuan aku buat gini utk elak udang keras, jadi kalau nak skip tepung tu boleh je. Just gaul dgn adunan telur & goreng sehingga warna udang berubah keemas-emasan. Angkat dan ketepikan.

2. Cairkan mentega, masukkan daun kari. Bila daun kari agak garing, masukkan bawang dan cili padi. Gaul sebati.

3. Bubuh garam dan gula secukup rasa, kemudian terus masukkan nestum. Gaul sebati dan goreng sehingga nestum nampak garing (time ni memang sedap menyudu nestum tu, krup krap dlm mulut hahaha).

4. Akhir sekali, masukkan udang goreng tadi. Gaul rata dgn adunan nestum tu, tutup api. Siap. Selamat mencubalah buat yang rajin / teringin nak cuba tu  eh ^_^

No comments:

Post a Comment