.

Sunday, September 27, 2015

Sakan jumpa pasar lambak...

Beberapa hari lepas, otw ke Jerteh, Terengganu, jumpa pasar lambak ni kat tepi jalan. Tak tahu apa orang tempatan panggil pasar ni. Singgah, Allahu, seronok sakan dapat tengok sayur, ikan segar, bau ikan asin, etok salai, kuih-muih dan ragam penjual serta pembelinya.

Jiwa kampung buat orang yang tak berkampung seperti aku sangat tersentuh sayu, dalam hati berbisik alngkah seronoknya ada kampung. Takdir Tuhan, tertulis sudah kampung cuma di ibu kota yang penuh kabus buatan setiap kali penghujung tahun.

Dari tepi jalan, aku menyusur masuk dan singgah menjamu mata di setiap tapak jualan. Perasaan teruja memang susah nak diluahkan dengan kata-kata. Bukan rambang mata lagi. Tamak haloba terus hahaha, kalau boleh semua nak diangkut sumbat dlm kereta. Apa lagi bila peniaganya dgn manis menawar barang jualan mereka. "Dik, marilah sayur sega2 ni. Peta ado, lanas ado...pise molek-molek buat goreng..." Aduhai..., mencair ^_^

Walaupun tak dapat singgah lama, tapi dalam masa tak sampai 30 minit aku sempat rembat 6 papan petai RM3, jeruk maman, duku langsat, kain sarung batek 6 pasang RM15 utk 2 helai, etok salai RM3, ikan tamban asin 1/2 kg RM6, nise kerek 12 keping RM6. Beras pulut 1 kg...apa lagi eh lupa hahaha *_*

Oklah, now turn ampa cuci mata tengok gambar yang sempat aku snap waktu dalam pasar ni, serius best. Kampung habis dan sangat meriah Uolls...Ngeee!





Sorry, tak banyak kenangan dapat aku rakam di sini. Sibuk membeli itu dan ini. Next time kalau lalu jalan ni, ada rezeki boleh singgah lagi. InsyaAllah. 

No comments:

Post a Comment