.

Khamis, 12 Februari 2015

Home made keropok lekor...


Selalunya, aku buat versi isi ikan ditumbuk aje. Ikut selera aku, lebih sedap dan rasanya sangat 'mari'. Pun, memandangkan buat untuk orderan, so kena ikut selera pengordernya la. Versi ikan dikisar dan gemuk-gemuk.

Maka, inilah hasilnya. Sekilo ikan, banyak jugak 'kan. Memang puas makan kalau buat sendiri, tetapi nak buat sendiri tu kalau korang jenis macam aku yang suka derhaka resipi - cara buat memang makan masa nak mahir. Kena rajin, cuba dan cuba lagi. Jangan nak give up cepat sangat, lagi satu kena ingat...kita buat dia. Kalau hari ni tak berapa nak menjadi, esok buat lagi.

Aku sendiri, masa belajar-belajar buat dulu...dalam sehari boleh buat 2 kali. Buat sampai nak jadi, tak jadi memang kecewa...hasil buat tu tetap dimakan sambil buat kajian dan teori sendiri, lama-lama cerdiklah membikinnya...hahahaha.

Bahannya pun tak payah nak dapat, senang aje. Korang cuma perlukan isi ikan segar, kalau kurang segar rasanya kurang 'mari' (ni hasil RND aku ye) dan jangan pakai ikan buruk (isi dah lembik2 tu...gatal lidah kakak!!!).

Bahannya simple;
Isi ikan
Tepung sagu /tepung kanji/ tepung ubi
Garam
Lada sulah sikit (ni aku suka bubuh...tak wajib bubuh)
Ketul ais 4-5 ketui

Nisbah tepung dengan isi ikan tu, aku buat macam ni...banyak mana isi ikan...banyak tu 'lah tepung. Tepung jangan banyak sangat nanti jadi batu bata kopok lekor korang. Kalau tepungnya bajet sangat, payah nak golek2...rupa tak menawan...tapi rasa ikan best. Alah kalau korang dah mahir, buat kot mana pun maintain je rasanya. Cuba eh. Sekian bebelan si pembuat keropok lekor hahahaha ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan