.

Sabtu, 10 Januari 2015

Selamat 'jalan' Chip...

MENGENALINYA tahun 1998, waktu itu wartawan/penulis di Kumpulan Karangkraf (sekarang dikenali sebagai Kumpulan Media Karangkraf ) yang terletak di TTDI (Taman Tun Dr. Ismail). Hubungan kami ada 'manisnya' tersendiri. Azahari Aris atau kami lebih senang panggil dia 'Chip'.

Orangnya baik, tutur kata sopan, penyabar dan sangat komited dengan kerjayanya sebagai jurugambar. Diarah ke mana saja, dia tak pernah merunggut dan berkali-kali juga kami assignment bersama. Dia rakan sekerja yang menyenangkan, walaupun beza usia tetapi selesa berteman dengannya.

Masih melekat ketat di ruang ingatan, cerita-cerita 'peribadi' kami. Sorry, aku tak boleh nak catatkan di sini, bukanlah terlalu 'peribadi' atau 'skandal sulit' sangat, cuma sebab ada kaitan dengan seorang lagi teman sekerja yang telah pun tiada. Jadi, tak baik 'kan kalau aku bercerita.

Kembali ke cerita aku dan Chip, aku masih ingat waktu kami assignment sama ada cuma dalam KL atau outstation bersama. Waktu itu aku masih staff baru, tetapi jenis banyak mulut (entah bila berubahnya aku tak pasti, sebab kalau ikutkan zaman sekolah-kolej aku ni seorang yang berat mulut...*wink*).

Chip pulak agak malu-malu nak bersembang, lebih banyak gelak (malu-malu), senyum malu-malu...dan hanya menjawab beberapa patah kalau ditanya. Selebihnya, akulah yang jadi 'badut'. Merepek merapu bercerita itu ini, kalau sama-sama diam payah 'kan.

Aku suka suasana kerja yang santai, jadi walau berat macam mana tugasan tu fikiran masih mampu 'berjalan' dengan baik sekali gus memberi energy pada tubuh terutama bila ada assignment luar. Bukan saja menuntut kesabaran tinggi, sikap toleransi juga sangat penting dengan rakan sekerja kita. Apatah lagi dia jurugambar untuk tugasan aku, keserasian kena ada baru hasilnya mantap.

Kalau dapat assignment dengan Chip memang best, sebab dia bukan jenis kepala angin...atau banyak songeh macam segelintir orang yang bekerjasama dengan aku.  Pendek kata, aku sangat selesa bekerja dengan dia.

Arghhh...indah sungguh kenangan hingga sukar untuk aku percaya, ketika ini dia telah pergi buat selama-lamanya. Cerita beberapa teman lama yang pernah kerja di syarikat sama, Allahyarham menghidap kanser otak sejak beberapa bulan lalu.

Aku sempat ziarah arwah waktu dirawat di Hospital Sungai Buloh, waktu itu dia tengah tidur dan tak sampai hati nak kejutkan dia. Itulah kali terakhir aku tengok dia (dengan wajah yang begitu uzur, Allahu Akbar...sebaknya dada Dia saja Maha Mengetahui).

Arwah meninggal dunia di hospital sama lebih kurang jam 2 pm semalam (Jumaat). Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam pagi keesokan harinya kira-kira jam 10.30 pagi. Sayangnya, aku tak dapat datang.

Chip, semoga Allah mencucuri rahmat dan kasih sayangNya kepadamu. Pergimu pada hari yang mulia, semoga dipermudahkan segala urusanmu di sana. Selamat 'jalan' Chip, aku akan mengenangmu serta segala kebaikanmu sampai bila-bila. Aku juga bakal jenazah, Chip. Moga-moga pengakhiran hidupku juga baik, diberkati dan dirahmatiNya, Aamiin.


AL-FATIHAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan