.

Jumaat, 9 Januari 2015

Awak kat mana...?

"AWAK KAT MANA? Awak kat mana? Awak kat mana?"

Ok, jujur eh...siapa yang suka ditanya soalan 'Awak kat mana?' dan siapa yang cukup tak suka dan menyampah apabila ditanya soalan 'Awak kat mana?'

Aku? Tengok keadaan dan siapa yang bertanya. Kalau pertanyaan tu ditanya waktu ok tengah santai-santai je, oklah. Kalau ditanya waktu tengah meeting...depan client...tengah dalam migraine...atau apa-apa juga keadaan 'serius', wajib 'slient mode'. Sila tinggalkan pesanan anda.

Kalau yang bertanya tu, Ma (mak aku 'la tu)...kena jawab elok-elok...kan Mak tu...hehehe! Kalau yang bertanya tu, bos...kenalah berdiplomasi sikit...*wink*, dan kalau yang bertanya tu member-member...aku akan nyanyi kat telinga dia sampai lebam! Ok yang bertanya tu si Arjuna Hati? Kalau dia bertanya dengan nada romantik...mood santai, maksudnya bukan mood cemburu buta...maka kujawab dengan penuh kasih sayang 'la 'kan.

Eh, kenapa aku dok sembang pasal topik ni? Saja, intro untuk aku bukak topik asal. Nak sharing pasal pengalaman member aku yang sorang ni. Kisah seorang suami yang sering ditanya, 'Awak kat mana'? Sebelum tu, biar aku kasi nama samarannya...senang sikit nak 'mengumpat' pasal dia neh (hahaha, dah minta kebenaran ok untuk sharing kat sini...tqsm geng!) Ok, aku letak namanya Mat Jemput (sebab dia suka makan jemput-jemput pisang...).

Mat Jemput: "Letih aku nak menjawap, der. Angkat call, 'Awak kat mana?'. Masuk sms...'Awak kat mana?' Macam dah tak ada soalan lain!"

Aku: "Dia ambil beratlah tu, apa masalahnya isteri tanya soalan tu?"

Mat Jemput: "Ko tau tak, aku naik fobia dengar soalan tu. Dah 'la kat radio dengar ayat sama...dia pun sibuk nak tanya guna ayat sama. Letih, der!"

Aku: "Haah, tengah famous lagu tu."

Mat Jemput: "Ko tak payah nak gelak sangatlah. Pelik 'kan, orang perempuan ni suka sangat dok tanya..'Awak kat mana? Awak kat mana? Awak kat mana?' Tak ada soalan lain ke nak tanya?

Aku: "Ko nak soalan macam mana?"

Mat Jemput: "Banyak soalan boleh tanya 'la..."

Aku: "Contohnya?"

Mat Jemput: "Tanyalah, bila awak nak tambah bini baru? Bila awak tambah kereta baru? Ha...tak pun tanya, bila awak nak keluar lepak-lepak dengan kawan? Sejuk sikit hati tanya soalan gitu!"

Macam tu 'lah lebih kurang rentetan sembang santai aku dengan Mat Jemput. Actually, bukan Mat sorang je tak suka ditanya soalan, 'Awak kat mana?' ni. 

Boleh dikatakan, secara puratanya kebanyakan lelaki / suami tak suka ditanya soalan tu. Kenapa? Sebab bagi depa, bertanya soalan macam tu bukan saja buat depa lemas...letih...menyampah, tetapi juga ada unsur-unsur 'mengongkong' pergerakan depa. Tak percaya, cuba tanya suami / boyfriend hangpa...tengok reaksi depa macam mana? Pastu, bagi tahu aku...nanti boleh aku buat entry baru...wakakaka.

Suka hati jiwa raga aku je cakap depa (kaum lelaki / suami) tak suka ditanya, 'Awak kat mana?' Macam mana aku tau? Aku pernah beritahu dalam beberapa entry aku sebelum ni, bahawasanya geng-geng lepaking aku hampir 95% adalah LELAKI dengan pelbagai ragam perangai, emosi, cara pemikiran juga keletah dan tentunya merangkumi semua status...ada bujang...bujang telajak...bujang sembunyi-sembunyi...suami orang...duda...duda yang tak available, tunang orang...bekas tunang orang...kekasih orang...bekas kekasih orang...abang angkat...abang terangkat...adik manja...adik lembut...adik berjiwa penyayang dan lain-lain.

Pendek kata,  aku sangat memahami depa ni. Serius, aku paham sangat kenapa depa ni tak suka sangat bila ditanya 'Awak kat mana?' So, pesan aku 1 je kepada isteri, tunang dan awek...sila kurang-kurangkan bertanya soalan 'Awak kat mana?' tu ye. 

Pusing-pusing sikit la soalan tu, sampai depa ni tak perasan sedang ditanya maksud soalan 'Awak kat mana?' 

Contohnya? Contohnya, "Abang dah makan? Huishhh...sedap tu, ni mesti makan kat Acik bawah pokok ketapang tu kan? Habis tu...(part ni...sila mood manja sikit ok...eleh..macam tak biasa!)? Oooo...ok-ok, nanti bila-bila kita pergi makan kat situ sama-sama ye. Ok, bang (awak..sayang...darling...anje...)...take care, ye. 

Gunakan kreativiti dan seni bertanya untuk mendapat jawapan yang korang nak tu. Paling penting jangan emo, orang lelaki ni kalau dilayan dengan emo...memang berat 66 'la! Kita wanita ni sering diberi pelambangan, bunga...bulan...pink...pendek kata semuanya lambang-lambang yang lembut dan manis. Jadi, jangan korang bertukar menjadi 'Abang sado hijau' bila berdepan dengan kesayangan korang. Diplomasi...penting untuk menikmati kehidupan aman damai. Ok...Adios!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan