.

Isnin, 1 September 2014

Kekasih gelap...

Meh nak share 1 cerita cinta...

Tahun lalu (2013), laman sosial, Instagram menjadi medan temu kali pertama antara aku dengan anak kecil superduper berbakat ni. Danish Harraz namanya. Keletahnya mencuit hati dan yang mengagumkan aku, dia rajin memasak juga bijak.

Pada usia enam tahun (ketika itu), aku kira anak kecil seorang ni memang lain daripada kanak-kanak yg aku kenali. Aku sangat berterima kasih kepada ibunya, Kak Liza atau lebih mesra dengan sapaan Mama serta suaminya yg tak lokek kasih sayang. Sudi berkongsi satu2nya 'nyawa' mereka ni.

Huish...'anak' dengan Ummi dah nak sama beso hahaha
Awal perkenalan, byk berkaitan fasal kerja dan kali pertama bertemu Danish serta keluargnya juga sebab kerja. Sebab itu i love my job, menjadi writer memberi ruang dan peluang untuk aku jumpa orang2 hebat dan luar biasa termasuk kanak-kanak ini. Hingga kini, Danish menjadi antara insan paling istimewa dalam hati aku. Cukup istimewa!

Hari demi hari, tanpa sebab kami sentiasa berhubung. Kalau Danish tak sibuk dengan sekolahnya (oh dia sekarang pelajar tahun 1 di Tenby School, Setia Eco Park) dan kalau ada kelapangan dapatlah kami bertemu, main bersama dan saling topup kasih sayang.

Kenapa aku kata dia istimewa? Sebab dia tak mcm kebanyakan budak. Orangnya penyayang, peramah, sopan, budi bahasa dididik dengan baik, kreatif, suka bahan bacaan dan berani mencuba. Aku cukup terkejut apabila Mama beritahu, Danish mula berminat dan rajin ke dapur seusia awal tiga tahun. Bagi budak lelaki memang Wwow la ye!

Chef cilik kat Mama's Red Kitchen hihihi...

Waktu Mama Danish whatsapp gambar ni kat aku, dengan kepsyen...anak tunggu congo bars masak depan oven...Allah syahdunya
Kemain...siap topi chef tu...
Serius congo bars buatan tangan Danish ni memang awesome!!!
Dia ralit setiap kali tengok program tv berkisar mengenai sains dan masakan. Dia selalu kata, dia nak jadi 'A scientist who cooks'! Lagi satu, dia juga model sambilan yg tengah 'naik daun' sekarang ni. Banyak iklan dah tayang bakat dia termasuklah Ribena Raya, Petronas.Mengujakan!

Kalau uolls berminat nak tahu lebih pasal dia, boleh skodeng akaun instagram Danish, di situ banyak dia share aktiviti harian termasuk resipi yang diolah dan telah dicuba sendiri di 'Mama's Red Kitchennya'. Oh ye lagi satu, dia pandai main Ukulele dan kalau bercakap mcm budak tingkatan 5... BI 'nya memang thumb up la... (...aku memang suka dengar budak2 speaking ni hehehe).

Satu hal yang membuat aku terharu dan syahdu apabila Danish panggil aku, Ummi. Dengan suara manjanya, dia sebut Ummi...adoi mencair hahaha! Dan dia, 'Chenta hati' aku...hadirnya dalam hidup aku bagaikan mekarnya kembang sakura yang merimbun setiap kali musim bunga sepanjang jalan menuju Pulau Jeju, kemudian bertukar menjadi hamparan putih dan syahdu seolah-olah berada Di Pulau Nami pada musim dingin. Begitulah perumpamaan perasaan aku kepadanya...sorry ye, agak hiperbola di situ hehehe.

Ummi love u, Danish
Alhamdulillah, tahun kedua ikatan kasih sayang antara kami bertambah erat. Sepanjang 364 hari tahun lalu dan menghampiri 364 hari untuk tahun ini, perjalanannya indah sekali.

Terima kasih Mama, Papa dan Danish...hadirnya kalian dalam hidup Ummi bagaikan bulan jatuh ke riba. Walaupun kita bukanlah siapa-siapa dalam hidup masing-masing, namun kasih yang Allah kurniakan kepada kita amat berharga. Walaupun tak selalu dapat jumpa, tetapi rindu, kasih sayang dan ingatan tetap mewangi dalam hati. Mohon Ummi, maafkan jua segala kekurangan, kelemahan dan kekhilafan sepanjang perkenalan ini. Semoga Allah terus setuju dan restui kasih sayang kita. Aamiin...Aamiin...Aamiin.

*p/s;...Walau siapa pun kamu nanti, Danish...harap tak lupa Ummi sayang Danish ok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan