.

Tuesday, September 2, 2014

Tak payah mana pun nak appreciate orang...

Kadang 'kan, kita ni suka menyusahkan keadaan sampai jadi susah sgt nak cari sebab appreciate orang sekeliling kita. Terutama orang penting dlm hidup kita (kat mak ayah, suami, isteri, tunang, anak, adik-beradik, kawan, staff, bos or siapa aje la yg menjadi orang penting tu 'kan). 


Punya la gigih fikir cara paling awesome nak ucap terima kasih, sayang or cinta. Padahal, tak payah nak gigih beria sangat la wey... boleh je buat random actions. Simple je, tak semestinya kena hulur benda mahal utk appreciate & make people that matters to us HAPPY

Paling penting, biar dari hati. Iya, ikhlas tu urusan kita dgn Allah. Tapi, suntikan ikhlas ni boleh rasa sampai ke ulu hati tau. So, moh le laju-laju create happy moments orang penting dalam hidup kita. 

Jangan nantilah..tunggulah dulu. Takut nanti... kalau kita dok bertangguh-tangguh, menyesal tak sudah. Hidup mati kita ni dalam genggaman Allah. Kita berusaha sebab kita tak tahu apa akan jadi esok hari. Sama ada dia pergi dulu atau kita. 

So, jom...kita bermurah hati saling 'topup' kasih sayang. Letak tepi sat ego tu. Hulurlah 'sesuatu' semampunya. Jangan bebankan diri, kalau tak berduit sgt, boleh je buat diy... Bake la cake, cookies, kuih, dessert or dakapan kasih (Note: pelakuan ni untuk yang HALAL aje ye). Part  yang ni bukan je buat penerimanya teruja, kita sendiri pun enjoy. Betul tak? Setuju? Angkat 🙋

No comments:

Post a Comment