.

Isnin, 28 Julai 2014

Terima kasih Amin Jauhary...

Minggu lepas, aku terima ni. Allah, terkedu tatkala menerima pemberian ni. Mengenalinya sejak thn 2000, serius aku senang dgn personalitinya. 

Dia peramah, baik & tak lokek idea. Paling penting, kami boleh bersembang apa-apa saja & gelak mcm org gila walau mknan penuh mulut. Awalnya, memang kenal atas dasar kerja, tapi dia antara sahabat yg aku syg sekali. Mahu tgk dia bahagia dan maju jaya selalu. 

Tak kira dia sedih atau gembira, aku nak dia selalu sudi bercerita dgn aku. Tak diberi apa2 pun aku x berkecil hati, cukup kami selalu bersahabat selamanya sbb susah nak dpt teman yg jujur dan tak berkepentingan mcm dia. 

Hari itu, dia buat aku terkesima. Dia belanja aku berbuka puasa, ajak aku bersembang hal2 memajukan diri dan dia serah pemberian ni. Allah. 

Ni Amin Jauhary yg aku maksudkan. Uolls boleh google pasal dia di facebooknya (klik sini)
"Amin Jauhary, aku tak harap apa2 balasan berbentuk material mcm ni. InsyaAllah selama ni apa2 juga sokongan yg sy beri atas dasar seorang sahabat kepada sahabatnya. Cukup Allah tahu nawaitu aku yg sedalamnya. Doa aku, ko lebih maju dan bahagia masa depan. 

Aku bangga bila tgk produk2 ko tersusun cantik di gedung2 ternama di ibu kota. Aku gembira bila tgk orang belek2 produk ko, ambil dan bawak ke kaunter bayaran. Alhamdulillah. Semoga Allah terus melindungi, merahmati dan memberkati hidupmu serta keluarga dunia akhirat. Eh...bagi tau member ko yg cool tu, aku seronok jumpa dia.^_^"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan