.

Friday, July 25, 2014

Gara2 resipi cookies...

Cookies ni antara hot product bawah jenama Qalischa Homemade Recipes, Alhamdulillah
Beberapa hari lepas, seorang 'bekas teman' hantar mesej di inbox fb & mengucap maaf. Aku terkesima.

Hampir 2 tahun dia diam, tak call or sm langsungs. Lebih sakit, dia 'tinggalkan' aku dgn pelbagai cerita busuk di telinga teman2 lain.

Berawal daripada cookies yg biasa aku hadiahkan kepada dia & anak2. Dia minta aku share resipi yg digunakan utk cookies itu. Aku tak ada masalah pun nak sharing, cuma lebih baik kalau dia tgk sendiri mcm mana aku buat, dia akan lebih faham sebab dia tiada basic bab2 baking ni. Mcm2 alasan dia bagi & mlmnya aku whatsapp resipi yg diminta.

Dua hari kemudian, 'bergegar' box whatsapp aku dgn kata2 pedas dan maki hamunnya. Dia bilang, aku tamak...dengki, busuk hati kerana beri dia resipi 'tipu'!

Aku terpana! Aku semak semula resipi yg diberi, juga pada folder resipi yg dah 'RND'...tiada kesilapan. Aku offer diri utk ke rumahnya, aku nak tgk cara dia buat tapi dia tolak mentah2.

"Dahlah, pergi mampus lah kau dgn resipi kau tu. kau ingat boleh kaya dgn tamak kau tu! Kau ingat biskut kau sedap sgt?" Begitu katanya. Tanpa salam, talian dimatikan.

3-4 hari kemudian, seorang teman lain inbox aku di FB. Bertanyakan 'tragedi' yg diceritakan 'teman biskut' itu kepadanya. Aku diam.

"Aku cuma nak tau aje, sebab aku kenal ko mcm mana. Resipi2 yg ko share kat aku selama ni ok aje. Tu sebab aku tanya." Kata si teman.

Dan bukan hanya dia yg bertanya, lebih parah ada 4-5 org rakan lain yg bagai dirasuk. Menghentam aku dengan mcm2 perkataan sadis. Allahu Akbar sedihnya, Tuhan saja tahu.

...dan beberapa hari lepas, 'bekas teman' yg membuat onar hanya kerana resipi biskut muncul. Menyapa aku di fb (padahal dia dah unfriend aku sekian lama), dgn bahasa yg membuat aku luluh hati (biasalah aku, hati kapas hahaha).

"Nis, aku minta maaf. Selama ni, aku tak senang hati sebab rasa berdosa sgt kat kau. Aku tuduh kau mcm2, aku buruk2 kan kau. Aku cerita bukan2 pasal kau. Aku salah, Anis. Kau tau, dgn resipi yg kau bagi dulu aku guna sampai skrg utk cari rezeki. Aku malu, tapi aku segan nak minta maaf dgn kau.

Hal dulu tu memang salah aku, aku yg silap. Aku tak pandai buat, kau tau biskut tu sedap sgt2. Kalau tak anak aku simpan biskut yg aku buang sebab ingat tak jadi (dan aku tuduh kau bagi resipi tipu), mungkin aku tak sedar kesilapan aku. Maafkan aku ye, aku yg salah. Aku yg perasan bagus sgt, tuduh kau mcm2."


Allah. Berbaur perasaan membacanya. Katanya, lepas keluarkan dari oven biskutnya lembik dan mudah berderai. Hai la...biskut tgh panas2, baru keluar oven memanglah lembut skit, sebab itu kena tunggu sejuk dulu. (kalaulah dia tau, utk aku mahir 1...1 resipi tu brp byk modal aku terbuang? Aku mmg tak pandai memasak, cuma rajin mencuba. Cuba sampai menjadi, sebab aku percaya kalau nak sesuatu tak ada cara senang. Kena redah macam2 dugaan.). Hmmm...

No comments:

Post a Comment