.

Wednesday, July 23, 2014

'Wara-wiri' nak raya...

Ada seminggu lagi nak raya 'kan. Bg tukang buat kuih raya mcm aku ni, dah mula mcm lipas kudung. Dengan nak menaip artikel, assignment, nak mengayak tepung, nak menguli, nak paip aising dan segala bagai. Aduh memang nak menang tangan!

Jangan merungut! Yup, tapi kadang terbabas jugak! Biasalah, manusia yg selalu khilaf dek kelemahan serta kekurangan diri. 24 jam Allah beri masa, masih rasa tak cukup...tak sempat...nak tambah jadi 27 jam sehari. Tamak! Tak sedar diri!

Aku lebih suka marah diri sendiri, berbanding ada orang lain marah aku. Itu boleh buat aku migraine berhari2! Nak2 pulak kalau marah benda yg tak ada kaitan atau bukan salah aku, huish...berangin satu badan!

Misalnya pagi tadi, nyaris2 aku nak sound orang dan nyaris2 nak batal puasa. Kesnya, dia bertanya pasal order #RedVelvetCake kat Instagram aku. Aku pun tanya la, bila order dan dia start marah2. Eh...aku cuba cool lagi. Sy tanya baik2, bila order? Berapa no phonenya aku nak check kat whatsapp.

Dia jawab, "I tulis kat IG (Instagram), bawah gambar kek u!!!"

Aku dah cuak! Serius! Aku selongkar galeri IG, semua gambar kek aku bukak. Cari nama yg dia sebut. Serius, tak ada!

Aku tanya lagi sekali, betul ke bawah gambar kek sy di IG @snapsqueen? Lama sy tunggu si dia balas komen tu, lepas 1 jam baru dia reply. "Sorry, I order kat IG org lain. Dia jual #RV jugak."

Ohman...rasa nak meletup! Hadoilah...mcm ni pun ada ye. Aneh2 aje depa ni, nasib tak migraine aku  pg tadi. Cobaaan *_*

Alhamdulillah, #missredvelvetcake aku byk permintaan Ramadan ni. Syukur...

No comments:

Post a Comment