.

Jumaat, 17 Oktober 2014

Remedi - Halba...

BOLEH dikatakan, aku ni jenis yang banyak angin dalam badan (bukan berangin a.k.a emo ye, Uolls). Macam mana aku tahu?
Awal tahun tu hari, entah mana silapnya boleh jatuh terjelepuk masa panjat Bukit Broga, tak luka...tak patah mana-mana bahagian tubuh pun. Boleh lagi teruskan sesi memanjat macam biasa, tetapi esok paginya bangun tidur tiba-tiba rasa 'lenguh lumpuh' satu badan. Berat semacam, sampai nak angkat kaki pun tak menyeringai sakit.
Call kakak kat Kepong, tanya dia kot2 kenal tukang urut yang bagus. Alhamdulillah, dia ada kenal sorang...duduk dekat je dengan rumah dia. Malamnya, aku dalam sakit-sakit tu gigihkan juga drive ke sana. Tak sanggup tunggu lama, seksa!
Tengah-tengah syiok diurut tu, tukang urut beritahu badan aku banyak angin. Peliknya, sepanjang diurut 1 jenis angin pun tak keluar! Mintak jugaklah petua-petua buang angin kat dia, macam biasa suruh makan jamu, air halia dan jauhkan daripada kopi. Oh tidak...aku dan kopi sangat bersahabat, mana mungkin kami berpisah. Doktor pesan pun aku tak nak dengar, teguk jugak. Degil!
Bab banyak angin tu aku rasa kena mengakulah, sebab antara tanda-tandanya aku selalu sakit kepala, tak boleh makan lambat, susah tidur dan jarang sangat 'melepas angin'. Act, nak keluarkan angin ni macam-macam cara aku try. Dah tak gigih nak rebus halia ori, aku beli versi ready made (ala yang dalam kotak tu, siap ada perisa honey lagi...teh halia madu...nama je ada teh tapi tak ada rasa teh pun, rasa halia semata). Tak jugak menjadi! Apa degil bona angin dalam badan nih!
Bubur Jepun
Time demam dan sakit kepala raya korban tu ari, aku ada buat bubur jepun. Bubur yag sangat simple tapi berselera makan sampai habis bermangkuk-mangkuk. Bahannya simple je (aku dah cerita pun kat entry lepas...).
Memandangkan bubur tu sedap dan dah lama sangat tak membuatnya, seminggu dua ni asyik ulang masak bubur sama. Kesannya Alhamdulillah, kerap jugak 'melepaskan angin' dalam keadaan tak sedar...boleh tidur awal (biasa aku hanya boleh lelap jam 3-4 pagi, sekarang dah boleh lena jam 1.30 pagi). Syukur.
Dek perubahan yang begitu ketara, aku teruskan buat bubur tu dan jarang sangat masak nasi biasa. Telan bubur je, kalau lapar aku makan oat pulak or buat la apa-apa jajan ringan yang tak banyak kolestrol (no more cheese untuk 3-4 bulan ni).
Kelmarin, sambil hadap bubur jepun yang mudah lagi sedap tu, aku teringat kat arwah Mama Tok, dia dulu bidang terkenal kat kampung dia. Orang berpantang selalu panggil dia sampai setengah bulan. Dia jugak jumu sendiri (sayangnya time tu aku taklah belajar, tak minat sebab baunya menyengat hidung), yang aku sempat belajar...masak bubur jepun. Setahun duduk dengan Mama Tok (aku duduk dengan arwah sempat setahun je, itu pun sebab dia uzur dan gantikan Ma yang tak boleh nak jaga dia), kalau demam or nak exam...itulah makanan yang dia masak (waktu pagi atau malam).
Halba
Dulu, aku tak pernah terlintas nak tanya kenapa dalam bubur tu dia bubuh halba. Act, dalam kebanyakan bubur yang arwah masak mesti dia bubuh halba. Cuma, setiap kali halba tu sebati dengan semua ramuannya, wanginya aduhhh...toksah cerita...aromanya memang membangkitkan selera.
Dua hari lepas masa assignment di Taman Melawati, aku sempat bersembang dengan seorang Makcik (lingkungan umur 50-an) ni time tengah tunggu turn masukkan duit dalam ASB. Dia orang Pasir Mas, Kelantan. Pernah berniaga nasi berlauk, nasi kerabu, mee celup di Kota Bharu. Kebetulan, arwah Mama Tok pun orang Pasir Mas di Kampung Kasar...jadi aku saja sebut nama arwah kot-kot dia kenal. Alhamdulillah, terkedu dia bila aku sebut nama arwah. Dia kata memang kenal sebab zaman muda-muda dulu dia berurut dengan arwah Mama Tok setiap kali lepas bersalin.
Herba campur or dipanggil juga sebagai rempah campur.
Memandangkan dia pun dah berusia, aku pun tanyalah kenapa orang sebelah Pantai Timur ni kalau memasak suka bubuh halba, contohnya dalam nasi dagang, bubur dan lain-lain. Katanya, halba tu bagus. Kaya khasiat yang tak ramai orang tahu. 
Haah, memang pun. Aku sendiri jarang guna kecuali time masak kari (itu pun sebab pakai rempah campur, memang ada halba dalam tu) dan beberapa jenis bubur yang arwah Mama Tok ajar dulu (macam bubur biji nangka, bubur jepun, bubur sagu dan lain-lain).
Kata Makcik tu lagi, Rasulullah S.A.W pernah bersabda pasal kebaikan halba, "Sekiranya umatku tahu kelebihan halba, nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas."
Khasiat Halba
1. Direbus atau rendam dalam air panas dan diminum sebagai teh membantu;
·         -Melancarkan haid
·         -Menghilangkan kembung, sebu dan senak perut.
·         -Pencuci perut
·         -Menguatkan jantung
·         -Menghilangkan lender dan kahak
·         -Melegakan sakit kepala / migraine
·         -Membuang angin
·         -Menyembuhkan buasir
·         -Senggugut
·         -Merangsang rahim
·         -Masalah kegemukan
·         -Kurang berat badan
·         -Mengawal kencing manis
·         -Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba +Madu, diamalkan untuk membantu;
·        - Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
·       - Anemia
3. Bagi kanak-kanak akil baligh, bagus untuk membantu;
·        -Kecergasan 
          -Kekuatan badan
·       -Tumbesaran
4. Banyakkan air susu
5. Ramuan tradisi untuk membantu;
-Merangsang ghairah lelaki dan wanita.
·        - Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan.
·        - Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.
Hasil 'googlean' aku mendapati, Halba ni antara ubat yang tertua di dunia dan digunakan Al-Abqirad (Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani. Wow...Hebat betul remedi cara semula jadi ni, rugi kalau kita tak ambil tahu dan cuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan