.

Friday, October 3, 2014

Karipap mini serunding daging homemade...

My Karipap Mini Serunding Daging Homemade
Petang ni terlebih rajin sikit. Act, kebosanan. Sambil-sambil layan youtube, capai balang jajan. Alamak... dah habis!!! Masuk dapur, selongkar kabinet 1 per 1. Jumpa tepung gandum dan marjerin. Hurmmm... Google je la apa yang boleh dibuat dengan dua benda tu.

Tiba-tiba teringat sebekas Serunding Daging Homemade yang buat bulan lepas, masih banyak lagi. Makan sorang-sorang, luak banyak mana sangat pun. Ok...kita buat karipap mini berinti serunding daging. Wallahhh!

Ada orang kata buat karipap ni senang je, yang penting intinya sedap. Bagi aku pulak, membuat kulit karipap tu yang paling mencabar sebab semendang je tak menjadi sesedap beli kat gerai. Apa-apa pun, aku tak berhenti mencuba. Mana tahukan, one day dapat juga resipi rahsianya hehehe. Practice make perfect katanya 'kan...'kan...'kan!

Kalau Uolls tanya Mr. Google, resipi buat karipap ni ada macam-macam jenis. Pilih aje mana yang berkenan di hati, lepas tu bersedialah sama ada menjadi ke tak...tapi 'kan kalau orang tu memang mahir part masak memasak ni...resipi tak cukup 'sifat' pun menjadi aje kat tangan dia.

Secara basicnya, bahan buat karipap ni sama aje. Ada yang guna tambahan minyak panas atau marjerin yang dicairkan dan aku pulak, menderhakannya tahap gaban sebab aku memang pemalas terutama bab sukat menyukat ni. *PENGSAN*

Dek kemalasannya tahap diva, jadi aku main campak-campak aje semua bahan dalam mangkuk. Antara bahan yang menjadi mangsanya adalah;

* Tepung gandum
* Marjerin
* Garam halus
* Gula halus
* Air
* Serunding daging (inti)

Ok, kalau Uolls malas jangan cuba-cuba membuat kuah ni ye. Serius rasa nak bongkok tiga mengerjakannya. Dalam 2 cawan tepung tu aku dapat lebih kurang 50 ketul karipap mini yang comel-comel (rasanya boleh dapat lebih lagi kalau tak pecah tengah jalan - time goreng tu).

Ulasan aku untuk resipi karipap mini versi derhaka + malas ni = usaha perlu dipertingkatkan lagi, sebabnya ada kulit yang tebal, ada nipis sangat dan ada yang ok. Rasa dan kerangupannya just nice, tapi aku belum dapat rasa yang tepat macam versi beli punya. Tak apalah, cuba lagi. Ingat moto kita ye Uolls, practice make perfect. Ok, sekarang aku nak tayanglah sikit Karipap Mini inti Serunding Daging Homemade. 

Btw, secara pukul ratanya...berbaloi sakit pinggang. Cuma aku rasa, kalau intinya bukan serunding kering lebih sedap (inti biasa tu la, sardin or kentang kari pedas harus terbaik dengan jenis kulit karipap yang aku buat ni).

No comments:

Post a Comment