.

Selasa, 21 Oktober 2014

Memanfaat gajet canggih...

Actually, malu gila setiap kali teringatkan kejadian dalam gambar ni.
Malu?
Iya, malu kat diri sendiri.
Kenapa?
Nah, aku ceritakan... (terjadinya pada beberapa minggu lepas dan ya, mood baru 'mari' nak berkongsi kat sini hehehe);

Lokasi: Dalam LRT dari stesen Wangsa Maju ke KL Sentral.

Pagi ni ada urusan di Mid Valley, aku malas nak drive dan gigih cari parking kat mall tu. So, pilihan terbaik aku ada...naik LRT. Senang, boleh suka hati nak melencong ke mana-mana tanpa perlu fikir, "kereta nak parking kat mana, parking full ke tak...or apa-apa jua soalan yang sewaktu dengannya. He...he...he...!

Mungkin dah melepasi time orang masuk office, jadi tak perlulah aku gigih bergasak bagai nak beli coin / naik LRT. Semuanya secara santai-mantai je, serius suka!

Dalam perut LRT pun tak ramai orang, boleh pilih tempat duduk. Aku duduk di sebelah seorang wanita bertudung biru yang khusyuk merenung gajet di tangannya. Ni pandangan biasa di mana-mana pun 'kan, even kat meja makan pun orang lebih tekun belek gajet daripada makan or bersembang dengan teman makan!

Memandangkan aku hanya mampu tengok je gelagat orang (sebab aku memang tak boleh buat sebarang aktiviti membaca or yang sepesen dengannya dalam kenderaan bergerak, nanti pening...nak muntah), aku terjenguk (iya, ter...sebab tak sengaja, aku nak tengok ke cermin luar LRT dan terpandang...ekekeke) aktiviti wanita yang duduk kat sebelah aku. Mulanya memang tak jelas apa yang terpampang kat screen gajetnya. Aku panjangkan leher sekali lagi...hehehe!

Allahu Akbar! Malunya aku. Bukan sebab 'tertangkap basah' gara-gara perbuatan 'terjenguk' tu, tetapi aku malu apabila ternampak dalam screen gajetnya barisan ayat-ayat suci al-Quran. Aku juga malu sebab, aku ada juga gajet canggih termasuk iphone dan ipad...tetapi kalau ke luar jarang sekali nak memanfaatnya dengan cara betul macam yang wanita tu buat. Serius malu, der!

Lebih memalukan, time LRT turun - ambil penumpang di stesen Jelatek, wanita tu segera simpan gajetnya dalam beg apabila beberapa penumpang berdiri depan tempat duduk kami. Allahu Akbar. Dalam fikiran aku, bagusnya kakak ni...dia tak nak orang nampak secara terang-terangan apa dia buat. Mungkin dia tak nak dicop sebagai 'poyo'. Biasalahkan, ada setengah orang 'sakit mata' tengok orang lain buat kebaikan dan benda-benda berfaedah.

Allah. Sepanjang perjalanan, aku beristighfar dalam hati. Malu dengan kelemahan dan kemalasan diri sendiri. Sebelum turun di stesen Mid Valley, aku sempat katakan sesuatu kepadanya.

"Kak, terima kasih 'ajar' saya sesuatu tadi. Terima kasih ya."

Aku senyum. Dia terpinga-pinga.


Terlalu banyak yang perlu aku perbaiki. Semoga Allah terus memberi hidayah, panduan, petunjuk dan 'ilhamNya' seperti kejadian di atas.

Muhasabah diri.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan